You are currently viewing Penguatan Tanaman Padi Melalui Aplikasi Produk Acrecio

Penguatan Tanaman Padi Melalui Aplikasi Produk Acrecio

Di Kampung Chui Chak, Langkap, Perak, Encik Ooi Yun Loan sudah menanam padi selama 3 tahun. Keluasan tanaman adalah seluas 10 hektar. Kebelakangan ini beliau menghadapi serangan serangga perosak bena perang (rice planthopper) iaitu sejenis perosak yang menghisap cecair pada batang tanaman padi sehingga pokok menjadi kering, layu dan mati. Gejala ini serupa pokok yang terbakar yang juga dikenali sebagai ‘hopperburn’. Kejadian seperti ini jika tidak diawasi, keseluruhan padi sawah akan dicerobohi dan mendatangkan kerugian hasil yang tinggi kepada petani.

Bena perang dewasa atau nimfa akan turut menyerangi tanaman padi. Bena perang dewasa akan menggunakan muncungnya yang panjang untuk menusuk masuk ke dalam tisu batang pokok padi kemudian menghisap cecair di dalam. Bena perang dewasa betina semasa di musim bertelur akan menggunakan organ peneluran untuk memecahkan batang dan daun pokok padi kemudian bertelur di situ. Dalam anggaran, bena perang dewasa betina setiap kali akan menghasilkan 150 500 biji telur menandakan perosak ini membawa kadar pembiakan yang amat cepat.

Apabila batang pokok padi atau daunnya sudah dipecahkan, kulat akan bertumbuh di situ menyebabkan proses fotosintesis dan pernafasan pokok terjejas. Serangan serius akan menyebabkan pokok padi mati. Serangan juga akan melemahkan mekanisme tumbesaran dan pengeluaran hasil padi. Oleh itu, sebagai langkah pencegahan, Encik Ooi tanpa berlengah-lengah lagi dan terus menggunakan racun serangga yang diedarkan oleh syarikat Brightonmax Sdn Bhd.

Pada hakikat, tanaman padi yang sihat dapat mengelak daripada serangan bena perang. Oleh itu Encik Ooi kini menggunakan produk Acrecio untuk menguatkan tanaman padinya di sawah.

Produk Acrecio adalah keluaran bermutu tinggi daripada syarikat De Sangosse di Perancis dan fungsi utama produk ini ialah merangsang pertumbuhan sistem akar padi untuk melestarikan tumbesaran pokok. Produk ini mengandungi 4 jenis bahan aktif serta dilengkapi dengan nisbah NPK yang bersesuaian untuk tumbesaran pokok padi. Bahan-bahan aktif ini ialah Acreciactiv, asid humic, asid amino L-Tryptophn dan asid amino L-Methionine yang dapat mempercepatkan pengembangan sistem akar demi pengambilan nutrisi yang lebih pantas serta merintangi stres yang dihadapi oleh pokok padi. Dengan kata lain, penggunaan produk ini juga salah satu cara untuk mengatasi risiko serangan daripada bena perang.

Encik Ooi mula menggunakan produk Acrecio apabila pokok padi mencapai umur 20 hari selepas ditanam kerana serangan bena perang umumnya bermula pada hari ke-50 selepas ditanam. Kawalan yang lebih awal akan memberi perlindungan yang baik terhadap serangan bena perang. Beliau terus menggunakan Acrecio pada selangan 10 hari sehingga pokok padi mencapai umur lebih 90 hari.

Beliau mendapati Acrecio memberi kesan yang amat positif kerana tanaman padi yang disemburi dengan produk ini menghasilkan cabang yang lebih banyak teguh serta dengan daun yang rimbun menghijau. Selain itu, bijirin padi juga lebih besar dan padat. Keadaan ini telah meningkatkan hasil padi Encik Ooi sehingga 10 – 12 tan se hektar. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Brightonmax Sdn Bhd di talian 07- 595 3580 / 595 3680.

 

Sila kongsi kepada kawan :