Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Sektor sawit di Malaysia lebih bertuah jika dibandingkan dengan sektor lain kerana pengembangan sektor ini berada di hala tuju yang sihat serta dengan program pembiakbakaan yang tidak terkira jumlahnya. Hasilnya ialah peningkatan mutu anak benih sawit telah dapat direalisasikan. Walaupun masih ada segelintir penanam tidak begitu percaya terhadap kelebihan yang boleh diperolehi daripada mutu anak benih sawit yang lebih tinggi, namun ini satu realiti yang telah dibuktikan oleh penanam yang pernah menyertai program bantuan anak benih berkualiti dari MPOB di Sabah dan Sarawak.
Program tersebut sudah dilakukan beberapa tahun lalu dan satu bancian ke atas mereka telah dilakukan untuk menilai hasil daripada bantuan tersebut. Sejumlah 120 orang pekebun kecil dari Sabah dengan jumlah keluasan 302 ha serta 345 pekebun dari Sarawak merangkumi 934 ha telah mengambil bahagian dalam bancian tersebut. Secara purata, semua pekebun ini hanya memiliki keluasan kebun 2.2 ha dan program bantuan ini hanya untuk mereka yang mengusahakan kebun seluas tidak melebihi 7 ha untuk pekebun di Sabah dan Sarawak. Artikel ini hanya menerangkan situasi yang berlaku pada pekebun kecil persendirian di Sabah dan Sarawak. Anak benih sawit berumur 12 – 14 bulan diberikan percuma beserta baja tertentu dalam program bantuan tersebut.
Hasil bancian ini menunjukkan hasil purata sawit pada tahun kutipan pertama oleh pekebun kecil persendirian di Sabah ialah 7.358 tan/ha, iaitu lebih tinggi 113% berbanding pekebun kecil persendirian yang tidak menyertai program tersebut yang hanya mendapat hasil 3.462 tan/ha dalam tempoh masa yang sama. Di sarawak pula, hasil sawit bagi peserta dalam program bantuan anak benih berpurata 7.255 tan pada tahun kutipan pertama berbanding 3.410 tan/ha bagi mereka yang tidak menyertai program. Di sini mereka juga memperolehi peningkatan hasil 113%.
Malahan, 3 pekebun dari Sabah dan Sarawak masing-masing mendapat hasil sawit yang tinggi mulai tahun kutipan pertama sehingga tahun keempat sebagaimana dapat dilihat di jadual 1.
Perolehan hasil yang menggalakkan ini berpunca daripada pekebun-pekebun tersebut mengikuti kaedah pengurusan kebun yang disampaikan oleh MPOB termasuk kaedah betul membaja, merumput, kawalan penyakit dan perosak serta cara memangkas pelepah. Mereka ini juga sering menghadiri kursus mengenai amalan pertanian baik yang dianjurkan oleh MPOB. Daripada sini, jelas kelihatan untuk mendapat hasil sawit lumayan, menanam dengan anak benih bermutu tinggi serta mengikuti cara amalan dari MPOB adalah langkah yang memanfaatkan.
Sumber maklumat :
Zulkifli Abd Manaf; Suboh Ismail dan Rahmahwati Rasuddin, “Penilaian Ke atas Pencapaian Awal Hasil dan Pendapatan Peserta Skim Bantuan Anak Benih Sawit Berkualiti (SBABB), Prosiding Persidangan Pekebun Kecil Sawit Kebangsaan 2014, MPOB.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336