You are currently viewing Keperluan Air Untuk Tanaman Durian Baru Matang

Keperluan Air Untuk Tanaman Durian Baru Matang

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Tanaman durian agak sensitif terhadap kelembapan tanah. Di musim kering, kekurangan air akan menyebabkan anak benih mati. Oleh itu, ramai penanam durian di masa kini yang berkemampuan telah memasang sistem pengairan di kebun masing-masing. Keperluan air oleh tanaman durian adalah bergantung kepada umur pokok, cuaca malah baka pokok. Misalnya, durian D24 berkehendakkan bekalan air yang lebih daripada durian D99. Demikian halnya, anak benih D24 yang ditanami di kebun menghadapi kadar hidup yang kurang daripada 50% manakala D99 adalah 90% dalam suasana penanaman semula jadi.

Abdul Jamil dan Ghani (1991) pernah menyarankan pada tahun pertama anak benih durian ditanam di kebun, kadar air yang diperlukan ialah 8 – 10 liter pada setiap 4-7 hari. Zainal Abidin et al. (1992) pula menyarankan pemberian air kepada pokok dengan kadar 6 – 8 liter setiap hari bagi mengelakkan bunga gugur. Masdek (1993) pernah melaporkan penanam durian di Thailand mengairkan tanaman durian di musim pembuahan dengan kadar 5mm setiap hari bagi menggantikan air yang sejat ke udara. Bagi tanah liat, pengairan dilakukan setiap 3 hari manakala di tanah pasir, pengairan diperlukan setiap hari. Pada jarak tanaman 10m x 10m, kadar air tertinggi yang diperlukan oleh setiap pokok ialah 360 liter. Memandangkan kos air dan kos pemasangan sistem pengairan agak mahal di masa kini, maka satu kajian telah dilakukan untuk meninjau kadar air minimum yang diperlukan oleh pokok durian sehingga ke tahap permulaan pembuahan.

Kajian ini dijalankan oleh MARDI antara tahun 1992 – 1995 di Kuala Krai, Kelantan. Kawasan ini mempunyai 3 bulan musim kering dan satu bulan musim hujan lebat. Tanah di situ adalah sesuai untuk tanaman durian. Baka durian D24 dan D99 yang ditanami pada tahun 1987 telah digunakan dalam kajian ini. Di musim kering, plot kajian W1 hanya bergantung pada air hujan manakala plot W2 dan W3 masing-masing dipasang dengan sistem pengairan yang memberikan air 75 liter dan 100 liter/hari. Pembekalan air dijalankan setiap hari melainkan hujung minggu dan juga di masa sebelum berbunga. Beberapa aspek pertumbuhan vegetatif pokok telah ditinjau dalam kajian seperti ketinggian pokok, garis pusat kanopi, garis pusat batang pokok, jumlah bunga dan juga jumlah hasil buah.

Hasil Kajian

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Pokok durian yang baru matang amat memerlukan bekalan air. Ini dapat dibuktikan oleh kanopi pokok dan ketinggian pokok yang lebih besar. Soal baka pokok pula tidak menunjukkan kadar tumbesaran yang nyata dalam kajian melainkan batang pokok menjadi lebih besar yang hanya jelas kelihatan selepas 3 tahun kajian dijalankan. Jumlah putik buah didapati tidak bertambah baik di plot yang dibekalkan air. Secara amnya, garis pusat kanopi pokok dan kadar daun gugur paling munasabah untuk menerangkan kepentingan bekalan air. Plot yang tidak dibekalkan air mengalami kadar daun gugur yang lebih tinggi selanjutnya mengurangkan garis pusat kanopi pokok serta ketinggian pokok. D99 sememangnya baka yang lebih tahan terhadap kekurangan air. Gejala ini dapat dilihat dengan jelas melalui kadar daun gugur yang lebih rendah. Tambahan, D99 lebih cepat berbuah serta berhasil lebih tinggi jika dibandingkan dengan D24.

Kesan musim kering antara bulan Januari Mac 1992 adalah lebih ringan jika dibandingkan dengan tahun 1993. Oleh itu, selepas pengiraan, keperluan air oleh tanaman durian pada tahun 1992 ialah 73 liter/hari manakala tahun 1993 pula ialah 145 liter/hari. Maka itu, bekalan air 75 liter – 100 liter setiap hari adalah lingkungan air yang dapat memenuhi keperluan air oleh pokok pada musim kering tahun 1992. Apabila pokok semakin besar, kadar air yang diperlukan akan meningkat. Dalam keadaan ini, air hujan dan air bawahan akan menjadi sumber air yang penting. Bekalan air melalui sistem pengairan menjadi penting jika air hujan dan air bawahan tidak mencukupi.

Di bawah pokok durian, air berdekatan dengan pangkal pokok mula diserap oleh pokok kemudian menyebar keluar daripada pangkal pokok. Ini kerana 60% taburan akar pokok durian terletak dalam lokasi 2 kaki daripada pangkal pokok dengan kedalaman tanah antara 0 – 1 kaki. Oleh kerana sistem akar pokok durian klon adalah cetek, maka bekalan air menjadi penting kerana dapat diserap oleh pokok dengan cepat.

 

Sumber maklumat :

M. N. Jaafar, “The Performance of Durian Clones Under Supplementary Irrigation”, J. Trop. Agri. And Food Science. 26(1)(1998): 65-72.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Sila kongsi kepada kawan :