Sering kali kita jumpai pokok matang durian tidak berbuah dalam musim pembuahan. Panorama ini amnya berpunca dari ladang durian yang tidak dijaga rapi ataupun tidak menggunakan kaedah tanaman yang betul semasa menanam, misalnya tidak mengamalkan penanaman pelbagai baka. Secara umum, pokok durian tidak berbuah adalah disebabkan oleh beberapa faktor termasuk viabiliti debunga yang rendah, kadar pendebungaan yang rendah, persenyawaan yang gagal, tidak membaja, sifat pendebungaan silang pokok durian, kadar keserasian yang rendah antara baka, kekurangan air, serangan perosak, cuaca dan sebagainya.
Keseluruhannya, buah tidak terbentuk di atas pokok adalah bermula daripada ketiadaan bunga atau bunga yang sedikit kemudian diikuti oleh kegagalan mengekalkan bunga itu di atas pokok. Oleh yang demikian, teknik memupuk bunga serta mengekalkan putik buah di atas pokok amat penting kepada penanam.
Pancaran matahari yang mencukupi amat penting kepada pembungaan dan pembuahan pokok durian. Umpamanya pokok yang telah tumbuh terlalu tinggi ataupun pokok tidak dipangkas semasa dalam proses pembesaran akan mengakibatkan kejadian tersebut. Selain itu, sifat tanah dan juga kadar saliran turut memainkan peranan sampingan. Suhu yang terlalu sejuk pada waktu malam akan merosakkan debunga merupakan antara sebab-musabab kepada pokok durian matang tidak berbuah.
Simple Farm Sdn Bhd
E-mail : mrbanana@simple-farm.com
Website: www.mrbanana.com.my
Kadar pendebungaan sendiri pada pokok durian amat rendah iaitu ke bawah 10%. Dengan kata lain kebanyakan baka durian memerlukan pendebungaan silang untuk berjaya menghasilkan buah. Pendebungaan silang dimaksudkan sebagai debunga dari satu baka mestilah didebungakan pada bunga betina baka lain. Oleh itu, walaupun pokok matang durian berbunga dengan banyak tetapi sekiranya ia mengamalkan tanaman baka tunggal serta tidak mempunyai baka lain di sekitaran, kadar pembuahan juga akan rendah. Dengan maksud lain, inilah sebab yang berpunca daripada masalah pendebungaan sendiri sehingga buah tidak menjadi-jadi.
Sifat pokok durian yang berbuah dengan banyak dalam setiap dua tahun menyebabkan hasil tahun kedua bertambah kurang. Oleh itu, untuk mengelakkan perkara ini berlaku, ada pihak mencadangkan supaya meninggalkan 3-7 biji buah di dahan berukuran 1 meter. Cara ini akan membantu pokok durian sembuh lebih cepat daripada pembuahan genting itu supaya terus memberikan buah pada tahun berikutnya.
Akhir kata, pembajaan dan pengairan juga penting kerana ketidakseimbangan yang yang wujud akan menyebabkan ketiadaan bunga dan tentu tiada buah. Oleh yang demikian, pokok matang durian yang tidak memberi buah pasti ada puncanya dan penyelesaian ke atas punca tentu akan membawa kesan positif dalam pembuahan pada masa akan datang.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336