You are currently viewing Kaedah Memupuk Durian Musang King Berhasil Dalam 3 Tahun

Kaedah Memupuk Durian Musang King Berhasil Dalam 3 Tahun

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Arus ombak durian Musang King semakin hangat di arena penanaman. Ramai penanam mempercepatkan penanaman baka ini untuk menghambat pulangan yang tinggi. Namun Musang King cantuman umumnya memerlukan 4-5 tahun selepas ditanam baru mula mengeluarkan hasil. Jika ingin mendapat hasil lebih awal, umpamanya 2 1⁄2 tahun, maka sesuatu perlu dilakukan oleh penanam. Di bawah ini diturunkan 3 kaedah mempercepatkan hasil Musang King di ladang masing-masing.

Kaedah 1 : Menanam Anak Benih Berumur Lanjutan

Anak benih dimaksudkan di sini bukanlah anak benih dalam polibeg kecil yang tidak terjual tetapi merupakan anak benih yang dikultur dengan tujuan penjualan dalam umur lanjutan. Oleh itu anak benih ini berada dalam polibeg besar yang mana sistem akarnya sudah berkembang dengan sihat. Di peringkat ini, anak benih lebih kurang 7 kaki tinggi dan akan mempercepatkan tumbesaran selepas ditanam. Namun begitu, lubang tanaman hendaklah diurus dengan baik, umpamanya cukup besar dengan 1m dalam dan 1m lebar serta ditokok baja organik dan baja penggalak akar. Selepas ditanam, tanah di sekeliling anak benih dipadatkan kemudian disiram air.

Amalan seterusnya adalah menurut prosedur standard terutama pembajaan dengan rumusan 15/15/15 atau 16/16/16 serta mengawal serangan perosak dan penyakit. Dengan cara ini anak pokok dijangka akan membesar dengan cepat dan mendatangkan hasil lebih awal.

Kaedah 2 : Anak Pokok Berkaki 3

Kaedah ini kurang ditemui di negara kita tetapi merupakan amalan popular di Indonesia dan Thailand. Anak benih berkaki 3 bermaksud 3 pokok penanti digabung kemudian dicantumkan dengan sion Musang King. Dengan kata lain terdapat 3 sistem akar boleh menyerap nutrien dan air dengan lebih efisyen berbanding anak benih kaki satu. Secara teori kaedah ini berdaya maju. Namun bekalan nutrien melalui pembajaan serta pengurusan ladang lain juga perlu diberikan untuk menghasilkan anak pokok yang sihat. Menurut sumber, sistem akar melebihi satu memang ada kelebihan, umpamanya sistem akar berdua (gabungan dua pokok penanti) sudah dikenal pasti memiliki kadar tumbesaran lebih baik berbanding kaki satu. Justeru itu anak benih berkaki tiga dijangka akan memberi pulangan lebih awal.

Kaedah 3 : Cantuman Dewasa

Dengan mencantumkan sion Musang King ke atas pokok durian tua akan menghasilkan pokok yang mengeluarkan buah Musang King dengan lebih awal. Kes jeyaaan di sisi ini sudah banyak dan merupakan amalan optimum dalam memudakan pokok serta mentransfomasikan pokok durian dari baka kurang bermutu ke baka bermutu tinggi. Cara ini juga boleh memupuk pengeluaran hasil lebih awal.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Sila kongsi kepada kawan :