Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my
Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/
Bulan Ogos tahun 2021, rakay Malaysia masih dibendung oleh PKP sebagai langkah pencegahan kerajaan bagi mengekang penularan Covid-19. Dalam tempoh masa ini, ramai orang termasuk pekebun tidak dapat merentas daerah dan negeri untuk memasarkan hasil pertanian mereka. Kebetulan itu musim besar durian kampung di negeri Kelantan menyebabkan kejadian lambakan harga hampir berlaku. Lambakan akan merugikan petani.
Dalam keadaan ini, Ketua Pengarah FAMA Kelantan telah mengarahkan lembaganya untuk membeli durian kampung berlebihan daripada petani di daerah sekitar Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai. Seramai 600 petani telah dimanfaatkan dalam program ini membabitkan 150 tan durian berjumlah RM375,000. Harga belian oleh FAMA ialah pada RM2.50/kg, iaitu 50 sen/kg lebih tinggi daripada harga ladang. Durian ini akan dihantar ke FAMA Machang untuk diproses kemudian dipasarkan sebagai produk durian yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran Singapura dan China untuk dijadikan bahan ramuan dalam ais krim atau kek durian.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Ketua Pengarah FAMA Kelantan mengatakan negeri Kelantan paling banyak menghasilkan durian kampung di Malaysia. Sekiranya tangan tidak dihulurkan dalam masa kecemasan ini, sara hidup ramai petani akan terjejas kerana mereka terpaksa menjual durian mereka secara lambakan yang pasti bukan penyelesaian yang baik. Dalam tempoh pandemik Covid-19 ini, FAMA sebenarnya sudah banyak membantu petani yang menghadapi masalah pemasaran hasil pertanian mereka akibat perintah kawalan pergerakan.
Menurut laporan akhbar, petani tembikai dan sayuran serta pelbagai hasil pertanian lain juga mendapat manfaat daripada kerjasama FAMA dalam pemasaran hasil pertanian mereka. FAMA mempunyai saluran pemasaran hasil pertanian di seluruh negara, justeru itu petani yang masih menghadapi kesukaran untuk memasarkan hasil pertanian mereka bolehlah menghubungi pejabat FAMA di negeri masing-masing untuk mendapat bantuan pemasaran selanjutnya. Harga pembelian hasil pertanian oleh FAMA amnya berpatutan.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350










