You are currently viewing Durian Tangkai Panjang Daftar 3 Kali Di Jabatan Pertanian

Durian Tangkai Panjang Daftar 3 Kali Di Jabatan Pertanian

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Durian tangkai panjang juga dikenali Kanyao adalah kultivar kuno di Thailand. Kononnya pada tahun 1927, kultivar ini sudah ditanami di daerah Nonthaburi, Thailand. la pertama kalinya didaftarkan di Jabatan Pertanian oleh Encik Awang Haji Yaacob dari Taiping pada tahun 1970 dan mendapat kod D105. Ketika itu kultivar ini lebih dikenali sebagai Ganja atau Taiping 3. Tiga tahun kemudian, kultivar ini didaftar sekali lagi oleh Jabatan Pertanian sendiri sebagai D130 yang juga dikenali sebagai T63.

Selepas itu, tahun 1987, Haji Omar Haji Bin dari Kedah menamakan kultivar ini sebagai tangkai panjang dan didaftarkan dengan Jabatan Pertanian serta mendapat kod D158. Kali ini juga, kultivar ini kelihatan memakai nama yang dapat menonjolkan karekter luarnya dengan lebih tepat iaitu bertangkai panjang. Daripada kesemua kultivar durian yang ada di pasaran, tangkai buah bagi Kanyao boleh dikatakan panjang sekali dan mencapai 10 inci justeru memudahkan ramai untuk membezakannya daripada kultivar lain. Pendaftaran 3 kali ini dipercayai adalah berpunca daripada morfologi pokok yang mungkin berbeza mengikut sekitaran penanaman yang berlainan.

Selain bertangkai panjang, buahnya yang bulat juga salah satu keunikan. Di Thailand, tangkai buah Kanyao adalah lebih panjang sedikit berbanding kultivar di Malaysia. Di Pulau Pinang, Kanyao berkulit coklat kekuningan tetapi di Thailand, warna kulit hijau juga boleh ditemui beserta hujung buah yang masih hijau. Hujung buahnya juga berbonggol sebagai bekas bunga layu menjelang pembentukan buah.

Mengopek buah Kanyao sangat mudah. Isi buah berwarna kuning cetek. Buah dari pokok muda mempunyai isi yang lebih berserat, kering tetapi manis belaka. Isi buah dari pokok tua memberi perisa berlainan iaitu isi yang melekit, halus, manis, tebal serta berbau kacang. Isinya juga jarang-jarang berbau alkohol justeru menjadi pengganti baik kepada penggemar yang sukakan durian Hor Lor. Musim durian Kanyao berlaku lebih lewat. Selepas menikmati durian ini, biasanya juga menandakan musim durian akan berakhir.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

 

Sumber maklumat :

Lindsay Gasik, The Durian Tourist’s Guide to Penang, 2018.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Sila kongsi kepada kawan :