Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Sekiranya minyak sawit dapat dihasilkan secara sintetik, ia akan menghentak kehidupan ramai pekebun kecil di kawasan tropika yang sara hidup mereka semata-mata bergantung pada tanaman sawit. Di Malaysia sahaja terdapat seramai 650,000 orang pekebun kecil sawit.
Minyak sawit sintetik baru-baru ini menjadi topik hangat apabila Bill Gates – orang terkaya di dunia – sedang melabur USD 20 juta di sebuah syarikat Amerika di New York bernama C16 Biosciences untuk mempelopori kajian di bidang terebut. Minyak sawit sintetik atau nama lebih saintifik minyak sawit tiruan merupakan sejenis produk yang serupa minyak sawit semula jadi tetapi bukan berasal daripada pokok sawit.
Pengeluaran minyak sawit sintetik bertujuan memberi satu alternatif baru kepada pemain industri untuk memilih dan mengguna bahan ini dalam pembuatan produk-produk makanan, penjagaan kebersihan diri, biodisel serta beribu-ribu item produk lain yang berasaskan minyak sawit semula jadi. Didapati antara tahun 1985 – 2019, penggunaan minyak sawit semula jadi dalam pembuatan barangan pengguna telah makin meningkat (diagram 1). Sehingga kini lebih 50% produk pengguna mengandungi elemen minyak sawit semula jadi. Potensi global minyak sawit semula jadi yang bernilai hampir USD 93 bilion di tahun depan merupakan satu taikan besar kepada hartawan untuk diterokai.
Kemudahan pengeluaran minyak sawit sintetik perintis di syarikat C16 Biosciences itu dimulakan 3 tahun lalu dan kini masih di peringkat pengeluaran secara kecil-kecilan iaitu 10 kg dalam seminggu yang mungkin akan dipercepatkan ke 1,000 kg melalui pelaburan yang telah diperuntukkan. Proses pengeluaran itu sebenarnya menggunakan ragi (yeast) untuk menfermentasikan sisa makanan dan juga produk samping industri. Sisa makanan boleh diperolehi daripada merata-rata tempat termasuk supermarket dengan harga paling rendah di samping mengurangkan impak terhadap alam sekitar. Impak ini juga termasuk potensi pengurangan 500 juta metrik tan pengeluaran CO2 ekoran penebangan hutan untuk penanaman sawit.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Walaupun projek perintis sudah dimulakan, namun pelbagai pihak masih mengamalkan sikap “menunggu dan melihat” perkembangan selanjutnya. University of Bath sedang mengkaji kejadian ini dan menyimpulkan teknologi di masa kini belum dapat menghasilkan minyak sawit sintetik secara berekonomi dengan kos terbesar berada pada ekstraksi minyak sawit daripada ragi selepas kerja sudah selesai.
Grant Rosoman dari Greenpeace, sebuah syarikat mengenai solusi hutan global pula ingin tahu lebih lanjut apa bahan yang menjadi makanan kepada ragi serta tenaga input untuk pengeluaran minyak sawit sintetik, dan juga apakah sisa yang dikeluarkan sebagai hasil fermentasi di samping juga ingin tahu keberkesanan proses itu dan kebaikannya terhadap sosio-ekonomi.
Pasukan Palm Done Right menganggap projek ini kemungkinan besar akan gagal seperti mana projek lain yang mengekstrak minyak daripada produk sampingan masing-masing. Ini kerana elemen terkandung di dalam minyak tiruan itu tidak serasi dengan badan manusia. Bahan seumpama ini tidak berguna kepada manusia malahan mungkin akan merosakkan organ badan.
Hal sedemikian memberi kesimpulan bahawa kesan yang wujud daripada penghasilan minyak sawit sintetik (jika ada) hanya di bidang nic sahaja iaitu di bidang yang ingin menggantikan minyak sawit semula jadi dengan minyak sawit sintetik dengan syarat kos pengeluaran hendaklah lebih rendah daripada minyak sawit semula jadi.
Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my