You are currently viewing Pemupukan Tumbesaran Tanaman Strawberi Untuk Mendapat Hasil Yang Lumayan

Pemupukan Tumbesaran Tanaman Strawberi Untuk Mendapat Hasil Yang Lumayan

Strawberi sejenis tanaman di kawasan beriklim sederhana sejuk adalah unik dari segi morfologi terutama buah strawberi tumbuh berjuntai ke bawah dan apabila masak ia menampilkan satu panorama yang indah. Oleh itu, ramai pengunjung ke Cameron Highlands suka melawat kebun strawberi di situ dan keadaan ini meningkatkan potensi tanaman ini dari segi manfaat agro-pelancongan yang turut meningkatkan pendapatan pekebun.

Bagaimanapun, aspek ini juga bergantung pada kaedah penanaman sama ada ia berjaya memupuk tumbesaran tanaman ini sehingga memberi hasil buah yang lumayan serta berkualiti tinggi khususnya tampilan luaran buah yang segar, besar, padat serta berwarna merah yang cantik.

Memandangkan aspek ini amat penting dalam arena agro-pelancongan di Cameron Highlands, Encik Wong yang merupakan seorang pekebun strawberi seluas 2 ekar di situ dengan pengalaman bertanam strawberi melebihi 10 tahun telah mengambil initiatif menggunakan produk perangsang tumbesaran tanaman organik dari Daymsa Spain diedarkan oleh Syarikat Brightonmax Sdn Bhd. Kedua-dua produk yang digunakan ini ialah Naturamin-WSP dan Cytoplant-400.

Menurut Encik Wong, amalan biasa di kebunnya termasuk pembajaan dalam bentuk cecair secara pengairan titisan di samping juga pangkasan daun untuk mengurangkan saingan antara daun berlebihan dengan mekanisme pembuahan demi memupuk tumbesaran tanaman strawberi yang ditanam dalam medium cocopeat. Sungguhpun demikian, setakat bergantung pada amalan konvensional ini tidak mampu meningkatkan prestasi tanaman ke tahap yang memuaskan.

Oleh itu, apabila beliau diperkenalkan dengan kedua-dua produk tersebut tadi, beliau tidak ragu-ragu lagi memulakan penggunaan dan hasilnya ialah prestasi tanaman termasuk pembuahan telah berganda sehingga menarik perhatian ramai pengunjung yang datang ke kebunnya. Beliau juga mendapat sambutan baik daripada para pengunjung terhadap buah strawberi yang dijual di warungnya sendiri kerana buah yang besar serta dengan tampilan luaran yang canggih. Hasil ini berkait rapat dengan produk Naturamin-WSP Cytoplant-400 yang telah digunakannya yang walaupun memainkan peranan berlainan tetapi menuju ke arah yang sama iaitu pemupukan tumbesaran tanaman, pembungaan pembuahan strawberi.

 

Ciri-Ciri Unik Naturamin-WSP

Naturamin-WSP adalah sejenis perangsang tumbuhan yang mengandungi 80% asid amino bebas yang amat diperlukan oleh tanaman khususnya tanaman yang ditanami dalam suasana sekitaran yang lebih mencabar. Dalam aspek ini Naturamin-WSP akan menyeimbang serta merangsang pertumbuhan tanaman dalam suasana seumpama itu. Satu fakta yang perlu diingatkan ialah Naturamin-WSP merupakan produk organik yang mengandungi asid amino bebas tertinggi iaitu 80 % di dunia. Kandungan asid amino yang mencukupi dalam produk ini memupuk tanaman membesar dengan lebih sihat dan stabil.

Selain itu, asid-asid amino Glycine, Alamine dan Asid Glutamic adalah unsur asas dalam klorofil juga lumrah di dalam Naturamin-WSP. Asid amino ini berupaya meningkatkan kandungan klorofil daun yang selanjutnya membawa manfaat dalam proses fotosintesis. Tanaman strawberi justeru itu memperolehi kadar fotosintesis yang baik dan membolehnya menjana lebih banyak karbohidrat (makanan) untuk kegunaan dalam metabolisme dan tumbesaran serta pembuahan tanaman.

Tanaman strawberi juga memperolehi manfaat daripada asid-asid amino Serine dan Leucine yang terkandung di dalam Naturamin-WSP. Kedua-dua elemen ini turut berfungsi sebagai perangsang tumbesaran serta mencantikkan warna buah strawberi.

Naturamin-WSP juga mengandungi asid-asid amino L-Proline dan asid Glutamic yang sama-sama penting dalam pemupukan pendebungaan. Begitu juga dengan kandungan Valine dan Leucine di dalamnya pula memperkasakan proses kemasakan buah strawberi supaya menghasilkan buah berkualiti tinggi termasuk penampilan cita rasa yang lebih tinggi.

Naturamin-WSP juga sejenis bahan organik. Apabila ia ditaburkan ke dalam medium atau tanah tanaman, ia menjadi sumber makanan kepada mikrob dalam tanah selanjutnya meningkatkan kadar mineralisme dalam tanah dan memulih baik sifat tanah serta keberkesanannya untuk pencapaian tumbesaran tanaman yang lebih memuaskan.

Secara ringkas, produk Naturamin-WSP mengandungi asid amino bebas yang amat diperlukan oleh tanaman strawberi dan juga tanaman lain kerana keupayaan membantu tanaman menghadapi suasana sekitaran yang kadang-kadang menjadi kritikal akibat perubahan cuaca supaya terus memupuk kadar pertumbuhan yang diidamkan. Kelebihan Naturamin-WSP selepas penggunaan oleh Encik Wong adalah tergambar dalam perolehan buah strawberi yang berhasil lebih tinggi, lebih besar dan berat serta dengan warna kulit yang menarik. Encik Wong menyembur Naturamin-WSP pada kekerapan semingu sekali.

 

Kelebihan Cytoplant-400

Dengan produk Cytoplant-400 pula, Encik Wong menggunakannya ke atas tanaman strawberi sekali dalam setiap bulan. Cytoplant-400 adalah rumusan 100% rumpai air dan mempunyai kandungan Cytokinin tertinggi sehingga 400 ppm yang memainkan peranan mempergiatkan pemecahan serta penggandaan sel yang selanjutnya akan memupuk pencabangan yang lebih banyak bagi tanaman strawberi. Apabila cabang tanaman bertambah banyak, ia akan menghasilkan lebih banyak buah. Di samping itu, ia juga melambatkan proses penuaan daun serta memberi kesan positif dalam pembungaan dan pembuahan. Melalui cara ini, tanaman strawberi di kebunnya kelihatan mempunyai pucuk-pucuk dan bunga-bungaan yang rimbun. Keadaan ini memberi kesan pemanjangan tempoh pembuahan strawberi dan hasil kelihatan dapat dikutip sepanjang masa.

Antara kelebihan Cytoplant-400 yang lain ialah mengurangkan dominasi bahagian apikal tanaman dengan tujuan merangsang pengeluaran pucuk-pucuk dan cabang-cabang baru. Inilah syarat yang diperlukan oleh tanaman Strawberi supaya memberi hasil buah yang lebih tinggi. Penuaan tanaman juga dapat dilambatkan serta memupuk penghantaran nutrien yang lebih lancar. Tidaklah ini ciri-ciri yang amat dikehendaki oleh pekebun ?

Hasil penggunaan produk Cytoplant-400 oleh Encik Wong dapat disimpulkan iaitu ia mewujudkan buah yang lebih besar dan berat serta juga dengan warna buah yang lebih menarik. Saiz cabang tanaman juga lebih subur dan besar dan keadaan ini adalah antara sebab yang mencanggihkan pembuahan dan juga kualiti buah sehingga kebunnya semakin popular dikunjungi oleh para pengunjung terutama di musim cuti sekolah dan juga musim perayaan. Oleh yang demikian, Encik Wong amat beryakin dengan Naturamin-WSP dan Cytoplant-400 dan akan terus menggunakannya kerana kesan yang amat menggalakkan terhadap tanaman strawberi di kebun. Untuk maklumat lanjut mengenai Naturamin-WSP dan Cytoplant-400, sila hubungi Brightonmax Sdn Bhd di talian : 07-595 3580/595 3680.