Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Tebu kuning ditanam untuk pengeluaran jus. Biasanya tebu kuning ini diusahakan secara kecil-kecilan, berbeza daripada ladang tebu gula yang amnya berskala lebih besar. Tebu kuning memerlukan penjagaan lebih rapi daripada tebu gula untuk mendapat hasil yang lebih tinggi serta bermutu untuk pasaran jus. Perancangan yang rapi diperlukan sebelum menanam tebu kuning. Jadual menanam hendaklah dirancang supaya kos pengeluaran adalah pada tahap minimum. Antara kos-kos yang boleh dikurangkan ialah kos pengairan dan kos benih. Tebu yang dituai selepas melalui peringkat pramatang menghasilkan jus yang lebih manis dan bermutu. Pertumbuhan yang tidak terbantut akan menghasilkan batang tebu lurus dan panjang serta dapat dipasarkan dengan harga lebih tinggi.
Masa Menanam
Penanaman tebu hendaklah dijadualkan supaya tidak jatuh di musim hujan lebat. Air berlebihan akan menyebabkan benih menjadi reput sebelum bercambah. Untuk menggalak pertumbuhan awal yang baik, pengairan mesti diberikan dengan cukup. Kekurangan air menjadikan anak benih tebu menjadi kuning dan pertumbuhannya terbantut. Walau bagaimanapun, keadaan yang kering semasa pokok matang adalah diperlukan untuk meningkatkan peratus kandungan sukros.
Tebu untuk pengeluaran benih mestilah ditanam sekurang-kurangnya 7 bulan sebelum menanam tebu untuk jus bagi mendapat benih yang sihat dan tidak berpenyakit. Justeru itu, penggunaan racun kulat dan serangga tidak harus dihadkan untuk perolehan benih terbaik. Jika tanaman benih dijaga rapi, setiap hektar boleh menghasilkan benih tanaman untuk kawasan seluas 10 ha.
Penyediaan Tanah
Pembajakan tanah hendaklah dilakukan sedalam 30cm, diikuti dengan bajakan piring dan putar. Tapak tanaman diratakan sebelum alur atau sebelum lubang dibuat. Alur disediakan dengan menggunakan alat pembatas. Jarak di antara alur 1.5m dan dalam alur lebih kurang 25cm. Lubang sedalam 30 50cm disediakan dengan menggunakan pengorek. Jarak di antara lubang 1m dan di antara baris 1.5m.
Penanaman
Tebu ditanam dengan menggunakan keratan berukuran 15cm yang mempunyai hingga 3 mata tunas. Hanya keratan sihat dan tidak berpenyakit serta mempunyai mata tunas hidup sahaja dipilih. Sebelum ditanam, keratan tersebut perlu dicelup ke dalam larutan racun kulat seperti benomyl (Benlate) pada kadar 3g/5 liter air.
Bagi sistem alur, keratan keratan tebu diatur bersambungan antara satu sama lain di dalam alur. Baja ditabur di dalam alur sebelum keratan tersebut ditimbus dengan tanah. Bagi sistem lubang, hanya dua keratan yang sihat diperlukan untuk setiap lubang. Selepas ditabur dengan baja dan dirawat denag racun kulat, keratan ini ditimbus dengan tanah sedalam 10cm. Tanah ditambah ke dalam lubang tersebut dari masa ke masa selepas keratan bercambah.
Pembajaan
Biasanya baja sebatian hijau (15/15/15) pada kadar 550kg/ha digunakan semasa menanam. Baja urea ditambah pada kadar 100kg/ha apabila tanaman berumur 2 – 3 bulan. Pembajaan tambahan ini boleh dibuat beberapa kali tetapi jumlahnya mestilah sama.
Pengawalan Rumpai
Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my
Website: www.aarsb.com.my
Selepas menanam, racun rumpai pracambah iaitu campuran 2.5 liter paraquat dengan 0.5kg diuron sehektar disembur untuk mengawal pertumbuhan rumpai selama hampir 3 bulan. Rumpai seterusnya dikawal dengan menggunakan cangkul ataupun racun paraquat pada kadar 2.5 L/ha. Namun, paraquat sudah dilarang untuk digunakan di masa kini, justeru racun yang setimpal boleh dipilih sebagai alternatif.
Penjagaan Tanaman
Tanaman tebu kuning memerlukan penjagaan yang rapi untuk memperoleh hasil dan mutu yang tinggi. Aspek ini termasuk kawalan perosak dan penyakit. Ulat pengorek batang dan anai-anai hendaklah dikawal apabila perlu sahaja. Terdapat 3 jenis serangga pengorek batang yang utama iaitu Proceras spp, Eucosma spp. dan Sesamia spp. Cara kawalannya ialah dengan menyembur racun serangga seperti Malathion pada kadar 8ml/5 liter air. Racun carbofuran (Furadan 3G) pada kadar 35kg/ha hendaklah ditabur di dalam tanah semasa menanam untuk mengawal anai-anai.
Penyakit tebu kuning adalah seperti bulir hitam, reput merah, fiji dan terencat ratun bermula dari benih lagi. Keratan yang dipilih mestilah bebas daripada penyakit tersebut sebelum ditanam. Varieti yang ditanam mestilah rintang terhadap penyakit tersebut. Untuk memastikan tiada jangkitan berlaku, benih tebu hendaklah direndam di dalam air suam bersuhu 50 C selama 2 minit. Rawatan selanjutnya ialah mencelupnya ke dalam racun kulat seperti Benlate untuk mengawal penyakit kulat.
Amalan menimbun tanah di kawasan perdu untuk menggalak pertumbuhan anak serta mengelak pokok-pokok tebu daripada tumbang adalah wajib. Kerja ini mula dilakukan apabila tanaman berumur 5 bulan ke atas. Selain itu, daun lama tebu juga perlu dibuang supaya air hujan atau embun tidak bertakung di celah daun. Ini untuk menghindar percambahan mata tunas di batang tebu. Serangan penyakit dan serangga perosak juga boleh dikurangkan dengan amalan ini. Aktiviti ini dicadang supaya dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Anak tebu perlu dibuang uintuk menjamin batang pokok tebu menjadi panjang dan besar untuk mencapai tahap gred 1 di pasaran. Anak-anak tebu ini tidak disyorkan untuk ditanam kerana hasilnya kurang menggalakkan. Amalan penjagaan tebu kuning juga termasuk mengikat batang tebu dengan tali rafia supaya mengelaknya daripada tumbang.
Pengairan
Tanaman tebu kuning tidak memerlukan banyak air di peringkat percambahan. Pada musim kering, pengairan secara pemercik diberikan selama 1 – 2 jam sekali selepas menanam. Jumlah air ini sudah cukup untuk menampung pertumbuhan. Selepas peringkat percambahan, lebih banyak air diperlukan dalam proses tumbesaran pokok termasuk bekalan air 1 – 2 jam sekurang-kurangnya seminggu sekali di musim kering atau di musim tidak berhujan. Sebaliknya ait bertakung melebihi 24 jam akan mematikan pokok tebu. Justeru itu air berlebihan hendaklah disalur keluar. Warna batang tebu hendaklah sentiasa berwarna hijau muda untuk pertumbuhan berterusan. Sekiranya masa ini tanaman mengalami kekurangan air, batang tebu akan bertukar menjadi kuning dan pertumbuhan akan terbantut.
Apabila tebu mencapai peringkat hampir matang, cuaca paling baik ialah bersifat kering serta jatuh pada iklim yang sederhana sejuk (20 C). Pengairan hendaklah dihentikan. Kebanyakan biojisim pokok akan ditukarkan kepada gula sukros dan disimpan di dalam sel batang tebu.
Pengutipan Hasil
Hasil dikutip apabila tanaman tebu telah bertukar warna menjadi kuning keemasan. Kalau tanaman ini tidak menghadapi kekurangan air atau baja, peringkat kematangan ini akan dicapai 9 – 10 bulan Ketika itu pokok selepas menanam. dianggarkan setinggi 2m. Sekiranya lambat dituai, batang pokok akan bertukar ke warna kuning perang dan berpulur. Ketika ini hasil juga akan berkurangan.Tiap-tiap batang tebu dipotong di bahagian pangkal untuk dipasarkan. Untuk pasaran jauh ataupun bertujuan disimpan buat seketika, tebu batang hendaklah dituai bersama-sama sedikit akarnya.
Sumber maklumat :
R. Siti Zainab, “Amalan Penanaman Tebu Kuning”, Teknologi Pelbagai Tanaman, MARDI, 1994.