You are currently viewing Pembajaan Durian Mengikut Peringkat Tumbesaran

Pembajaan Durian Mengikut Peringkat Tumbesaran

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Pokok durian wajib dibekal baja supaya tumbesaran dan pengeluaran hasil mencapai tahap yang wajar. Teknologi perumusan baja baik baja butiran mahupun baja foliar telah merombak pemikiran penanam dari tahap konvensional ke tahap baru yang selanjutnya mendatangkan manfaat lebih besar terhadap tanaman. Perumusan baja tersebut termasuklah baja sebatian yang mencampurkan NPK mengikut nisbah yang dikatakan seimbang untuk keperluan tanaman. Justeru itu, tanaman durian juga dimanfaatkan oleh baja sebatian ini yang dapat menjimatkan masa dan tenaga ketika melakukan pembajaan kerana pelbagai nutrien NPK telah disekalikan dalam setiap pusingan pembajaan.

 

Buat masa ini, tanaman durian menjadi fokus ramai penanam sama ada yang memiliki dusun malahan tanah terbiar juga diusahakan dengan tanaman ini dengan harapan sempat mendatangkan hasil sebelum terlambat. Tanaman durian sama seperti tanaman lain mempunyai peringkat tumbesaran yang amnya dibahagikan kepada peringkat belum matang dan peringkat matang. Peringkat belum matang pula dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat anak benih dan peringkat muda sebelum berbunga dan berbuah. Baja sebatian yang diperlukan oleh kedua-dua peringkat ini adalah berbeza.

Baja Anak Benih

Baja sebatian kuning, contohnya 15/15/6/4 + TE atau setimpal adalah baja sesuai untuk anak benih durian di tapak semaian. la diaplikasi kepada setiap anak benih pada kadar 5 – 20g/kali/bulan. Baja organik juga boleh dibekal kepada setiap anak benih dengan kadar 10 50g/kali/bulan. Demi melancarkan tumbesaran anak benih ini, baja foliar berbentuk larutan (rumusan 15/15/15 + TE) juga boleh digunakan secara semburan mengikut kadar bancuhan 30ml/20 liter air/kali/2 minggu.

Baja Pokok Muda

Apabila anak benih telah dipindah tanam ke ladang, baja sebatian hijau pula digunakan. Baja ini mengandungi rumusan 15/15/15 atau setimpal beserta kandungan CaO dan sulfur di dalam dan ditabur di bawah pokok pada kadar 1 – 3kg/pokok. Baja organik juga bermanfaat untuk dibekal kepada setiap pokok pada kadar 10 – 25kg/pokok. Sehubungan itu, baja foliar yang mengandungi nutrin surih (TE) turut
digunakan terhadap setiap pokok mengikut kadar 30ml dibancuh ke dalam 20 liter air kemudian disembur sekali pada setiap 2 minggu. Peringkat pokok muda ini bertempoh selama hampir 3 tahun selepas ditanam di ladang. Ini bermakna baja sebatian hijau ini turut digunakan sepanjang tempoh tumbesaran pokok.

Baja Pokok Berbunga

Menjelang tempoh pembungaan pokok, baja sebatian biru yang mengandungi rumusan 12/12/17/2 atau setimpal beserta kandungan sulfur dan nutrien surih (TE) pula digunakan. Pembungaan pokok menandakan hasil sudah dekat di depan mata penanam. Rumusan baja biru ini mengandungi nisbah N dan P yang sama menandakan peringkat tumbesaran pokok di masa ini masih perlu dipupuk pertumbuhan vegetatif serta pembentukan akar dan bunga yang banyak.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Simple Farm Sdn Bhd
Tel : 011-10709708 / 012-7699702
E-mail : mrbanana@simple-farm.com

Website: www.mrbanana.com.my

Namun, kelihatan kandungan K dalam rumusan ini (12/12/17/2 atau setimpal) adalah lebih tinggi kerana nutrien ini memainkan peranan penting dalam pemupukan buah dan kualitinya. Pada masa sama, baja foliar yang mengandungi fosforus (P) serta boron (B) beserta kalium (K) dan nutrien surih (TE) adalah wajib untuk pokok di peringkat umur ini. Dengan adanya bekalan P, B, K dan TE secara semburan foliar, pokok akan mendapat nutrien diperlukan dengan kadar lebih cepat berbanding baja butiran untuk melancarkan pembungaan.

Selepas pembungaan, pokok akan mula berbuah. Inilah saat penting kepada penanam kerana pembentukan buah yang banyak akan menjamin pendapatan mereka. Saat ini turut boleh menggunakan rumusan baja 12/12/17/2 di peringkat pembentukan putik buah.

Baja Pembesaran Buah

Di peringkat pembesaran buah, baja sebatian merah (contoh 12/6/22, 8/8/20, 13/11/18, 10/5/20, 15/5/20 atau setimpal beserta kandungan sulfur dan nutrien surih sangat penting supaya buah dapat membesar dengan lancar. Baja sebatian merah dibekal kepada setia pokok pada kadar 3kg/kali/pokok dan diulang semula pada setiap 2 minggu sehingga kira-kira buah hampir matang. Bagi tanaman durian yang buahnya sedang membesar, nutrien sulfur sangat penting supaya meningkatkan kualiti buah seperti keharuman, isi lebih lazat serta cita rasa buah yang lebih unggul. Demi menjamin pokok mendapat nutrien secukupnya di peringkat pembesaran buah ini, baja foliar yang mengandungi rumusan K yang tinggi beserta nutrien surih juga boleh diaplikasi secara semburan.

Baja Pemulihan Pokok

Selepas kutipan hasil, pokok durian memerlukan baja untuk memulih daripada kehilangan nutrien yang banyak melalui buahnya yang sudah dikutip oleh penanam.

Di peringkat masa ini, baja seimbang atau baja sebatian hijau (15/15/15, 16/16/16, 17/17/17 atau setimpal) digunakan kembali supaya proses pemucukan daun dan ranting baru boleh berlaku. Namun, pokok hendaklah dipangkas dengan membuang ranting dan daun berlebihan atau yang layu bagi menggalak pemucukan baru. Pembajaan dengan baja sebatian hijau di peringkat masa ini akan memanfaatkan pokok untuk bersedia terhadap musim pembuahan akan datang.

 

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :