You are currently viewing Kelebihan Baja Kalium Sulfat (SOP) Terhadap Tanaman Nanas MD2

Kelebihan Baja Kalium Sulfat (SOP) Terhadap Tanaman Nanas MD2

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Nanas muncul sebagai buah-buahan tropika ketiga terbesar di dunia selepas pisang dan mangga. MD2 pula ialah kaltivar nanas yang paling banyak ditanam di dunia. Tanaman ini memerlukan teknologi agro yang baik memandangkan ia rentan terhadap stres, perangsangan pembungaan semula jadi serta jangkitan penyakit kulat. la juga difahamkan sebagai tanaman yang memerlukan bekalan baja kalium dan nitrogen yang tinggi bagi melestarikan tumbesaran.

Teknologi agro melibatkan penggunaan baja yang mana baja foliar kini muncul sebagai jenis baja yang mendatangkan manfaat besar kepada tanaman buah-buahan kerana ciri baja ini mampu membekal nutrien kepada tanaman dengan kadar lebih cepat tanpa membimbangkan pembajaan berlebihan atau berkurangan. Baja foliar juga dapat menyokong tumbesaran pokok secara optimum.

Dari segi kalium, ia wujud sebagai baja yang amat diperlukan oleh tanaman MD2 pada kadar lebih kurang 600 kg/ha dalam satu kitaran penanaman. Kalium yang digunakan biasanya dalam bentuk kalium klorida (potassium chloride) atau kalium sulfat (potassium sulphate atau juga dikenali sebagai SOP). Tanaman nanas MD2 yang mendapat bekalan kalium secara umumnya mengandungi pigmen yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan warna dan bentuk buah. Namun, penggunaan kalium sulfat didapati mempunyai kelebihan yang lebih banyak berbanding kalium klorida dalam melestarikan prestasi tanaman nanas MD 2.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Pertama, jika baja kalium klorida digunakan, warna isi buah nanas menjadi lebih pudar, keasidan buah meningkat serta prestasi buah menurun. Dalam keadaan tertentu, semburan baja kalium klorida berlebihan akan menyebabkan daun tanaman melecur. Sebaliknya, penggunaan kalium sulfat akan meningkatkan warna buah ke aras lebih kuning dan juga lebih manis. Buah yang lebih besar juga telah diperhatikan dalam plot yang menggunakan kalium sulfat selanjutnya menghasilkan buah yang lebih berat serta peningkatan hasil. Dengan kata lain, kualiti buah dapat ditingkatkan melalui pembekalan kalium sulfat.

Namun begitu, penyemburan kalium klorida pada tanaman nanas MD 2 menghasilkan buah yang lebih tinggi dari segi jumlah pepejal berlarut (total soluble solids) dan kandungan asid ascorbik yang merupakan dua petunjuk penting dalam kualiti buah.

Sumber maklumat :

Romelio Rodriguez et al., “Effects of potassium chloride and potassium sulphate on md-2 pineapple fruit yield and quality”, Newslatter, Pineapple Working Group, International Society for Horticultural Science, 2018.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Sila kongsi kepada kawan :