Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Selama 13 tahun, tumbuhan kekacang penutup bumi Pueraria phaseoloides dikaji di sebuah ladang sawit antara tahun 1967 – 1980. Walaupun perkara ini sudah lama berlalu tetapi tidak hilang kesahihannya. Tumbuhan kekacang penutup bumi secara amnya ditanami di ladang industri sama ada itu tanaman koko, getah ataupun sawit. Tanah yang ditutupi menjadi subur kerana biojisim tumbuhan itu semakin menghimpun dalam tanah dan lama-kelamaan, tanah menjadi gembur serta kegiatan mikrob tanah menjadi aktif. Tanah seumpama ini lebih berkesan untuk ditanami apa jua tanaman. Kajian ini hanya menggunakan Pueraria phaseoloides untuk melihat kesannya terhadap tumbesaran dan pengeluaran hasil sawit. Hasil kajian tersebut diturunkan seperti di bawah :
Kesan Ke atas Tumbesaran Sawit
Tumbuhan kekacang P. phaseoloides menunjukkan kadar pertumbuhan paling aktif di peringkat sawit belum matang kerana permukaan tanah masih dimasuki oleh pancaran cahaya matahari. Sebelum pengeluaran hasil, panjang pelepah sawit tidak menunjukkan kesan ketara walaupun baja sudah ditaburi. Namun, apabila sawit mula mengeluarkan hasil, kesan positif terus berlaku kerana pelepah menjadi panjang ke paras 683.0cm serta juga pelepah yang lebih berat pada 10,093g dengan taburan baja nitrogen 3.64kg/pokok/tahun pada pokok sawit sedangkan plot tidak dibaja yang ditumbuhi rumpai hanya mencapai panjang pelepah 654.2cm dan keberatan pelepah pada 8,943g. kenyataan ini menunjukkan P. phaseoloides membawa kesan lebih baik kepada tumbesaran sawit belum matang berbanding penutupan oleh rumpai.
Kesan Terhadap Pengeluaran Hasil Sawit
Hasil sawit untuk 2 1⁄2 tahun kutipan hasil pertama juga lebih tinggi berbanding plot yang ditutupi dengan rumpai. Ini hasil kajian yang diperolehi dari plot tidak diberikan baja. Dalam tempoh 5 tahun selepas itu, kawasan ditanami P phaseoloides masih mendahului plot yang ditutupi rumpai. Tanpa baja, kesemua plot menunjukkan hasil berkurangan, namun di plot yang ditanami tumbuhan kekacang, kesan penurunan hasil kelihatan lebih ringan berbanding plot yang ditanami rumpai. Penaburan baja 3.64kg/pokok/tahun ke atas pokok sawit membawa kepada pengeluaran hasil paling baik untuk tempoh 10 tahun berikutnya. Dai analisis komponen buah tandan, didapati plot yang ditanami P. phaesoloides serta diberikan baja (1970-1979) memberi kesan lebih baik dalam peningkatan bilangan dan berat buah tandan.
Dua tahun selepas penanaman P. phaseoloides, penaburan baja 3.64kg/pokok/tahun pada pokok sawit meningkatkan hasil sawit sebanyak 17.7% dengan keseluruhan hasil 34.24 tan/ha. Penutupan muka bumi dengan P. phaseoloides selama 4 tahun selanjutnya meningkatkan hasil sawit sebanyak 19.8% menjadikan keseluruhan hasil 38.28 tan/ha. Sebaliknya penutupan oleh rumpai bukan sahaja tidak meningkatkan hasil tetapi menurunkan hasil tersebut sebanyak 0.8%.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Kesimpulan
Hasil kajian di atas menunjukkan P. phaseoloides memberi kesan positif kepada tanamna sawit termasuk meningkatkan tumbesaran dan hasil sawit. Proses ini mendapat manfaat daripada peningkatan nitrogen yang dijana oleh kulat penetap nitrogen yang bersebati dalam sistem akar tumbuhan kekacang. Kulat penetap nitrogen akan wujud dalam akar tumbuhan kekacang selepas 2 -3 minggu tumbuhan itu ditanam.
P. phaseoloides hanya bersaing dengan tanaman sawit pada kadar yang rendah sahaja. Keadaan ini amat berbeza dengan tumbuhan penutup bumi lain yang bukan bersifat kekacang. Lagipun, nutrien yang diwujudkan dengan mudah dapat disebatikan dengan tanah dan diserap oleh tanaman sawit.
P. phaseoloides juga menghasilkan banyak bahan organik melalui biojisim yang reput berjumlah 7.5 tan/ha bersamaan 230kg/ha nitrogen. Hanya menanam tumbuhan kekacang ini selama 6 bulan, penghasilan bahan organik sudah terbentuk. Akhir sekali, penanaman tumbuhan kekacang ini memperbaiki struktur tanah terutama tanah di bawah permukaan tanah menjadi gembur untuk tanaman sawit tumbuh dengan baik.
Sumber maklumat :
K. H. Yeow, T. K. Tan dan Mohd Hashim, “Effects of interline vegetation and management on oil palm performance”, Editors E. Pushparajah & Chew Poh Soon, The Oil Palm In AgricultureIn The Eighties, Vol. 2, ISP, 1982.
Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com