You are currently viewing Kenapa Pendebungaan Durian Susah Berjaya Pada Siang Hari ?

Kenapa Pendebungaan Durian Susah Berjaya Pada Siang Hari ?

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Dalam alam tumbuhan-tumbuhan, kecekapan pendebungaan berlaku mengikut spesies serta kelakuan masing-masing. Ada tumbuhan yang bunganya boleh mekar selama beberapa hari, manakala ada bunga yang hanya berkesan selama satu malam dalam pendebungaan seperti durian. Justeru itu, tanaman durian walaupun cekap berbunga, tetapi tidak menjamin pembuahan yang setimpal. Terutama tabiat bunga betina yang hanya berkesan menerima debunga pada waktu malam ketika banyak serangga pendebunga sedang berehat atau tidak beraktif di waktu malam. Keadaan ini menyebabkan kadar pendebungaan lebih rendah dan selanjutnya mempengaruhi kadar pembuahan.

Negara Thailand pernah menjalankan satu eksperimen untuk menilai masa pendebungaan yang sesuai serta cara pendebungaan yang paling efektif melalui penggunaan baka durian Monthong mengikut beberapa rawatan seperti berikut :

T1. Pendebungaan diri ke atas pokok dan baka yang sama (waktu 6.00pm).

T2. Pendebungaan diri ke atas pokok lain tetapi sama baka (waktu 6.00pm).

T3. Pendebungaan diri ke atas pokok lain tetapi sama baka (waktu 2.00pm)

T4. Pendebungaan terbuka.

*Pendebungaan diri dimaksudkan sebagai pendebungaan di antara bunga betina dan debunga daripada baka yang sama, tidak kira daripada sama pokok atau lain pokok.

 

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Hasil Eksperimen

Hasil eksperimen itu menunjukkan rawatan T4 memberi kesan paling rendah. Sementara itu, bunga betina T1 dan T2 sesudah didebungakan, tiub debunga berjaya menganjur ke bahagian rahim bunga dan menjayakan pendebungaan. Bagi T3 dan T4 pula, 24 jam selepas pendebungaan, tiub debunga baru sampai ke bahagian rahim bunga. Sungguhpun demikian, kesemua rawatan di atas memperlihatkan tiub debunga berjaya menganjur ke bahagian rahim bunga dalam masa 72 jam, iaitu satu petanda kejayaan pendebungaan telah berlaku.

Akan tetapi, selepas mengira buah matang selepas 120 hari pengeluaran putik buah, didapati kesemua buah matang itu adalah datang dari T1, T2 dan T4. Buah T3 sudah habis gugur dalam 42 hari yang pertama. Hasil eksperimen ini menunjukkan durian (diwakili oleh Monthong) tidak dapat didebungakan dengan jayanya pada siang hari (diwakili oleh jam 2.00pm).

Jika meninjau lebih lanjut kes T3, didapati masa bagi tiub debunga menganjur ke bahagian rahim bunga mengambil lebihan masa sebanyak 12 jam menyatakan itu adalah satu proses yang agak lambat dan tidak normal. Keadaan ini mengakibatkan kesemua putik buah gugur secara pra-matang. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh suhu siang hari yang lebih tinggi dan seterusnya mempengaruhi keberkesanan persenyawaan. Jika dilihat dari aspek ini, maka rasional sekali bagi pendebungaan durian berlaku dengan jayanya pada waktu malam ketika suhu udara lebih kondusif.

Dengan memahami hakikat ini, maka barangkali tidak perlu bagi kita bertanya kenapa keadaan sedemikian berlaku ke atas durian. Sebaliknya, lebih baik bagi kita menyesuaikan keadaannya yang sedemikian bagi mendapat manfaat lebih besar daripadanya.

 

Bahan rujukan :

K. Jutamanee et al., Pollination and Fruit Set in Durian “Monthong” at Various Times and with Various Methods of Pollination, International Society for Horticultural Science.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Sila kongsi kepada kawan :