Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Buah-buahan tropika terutama jenis ditanami di Malaysia kini memperolehi harga pasaran yang lebih baik. Sebagai salah satu sumber zat makanan yang penting, sektor penanaman buah-buahan akan terus menyeri dalam pembangunan negara.
Namun begitu, penanaman buah-buahan juga perlu menjaga aspek keperluan nutrien pada pokok supaya hasilnya kekal stabil malah meningkat. Jika nutrien tidak mencukupi, maka hasil menjadi rendah menyebabkan pengusahaan di sektor ini tidak berbaloi lagi.
Dahulunya, penanam kurang mementingkan aspek pembajaan pada tanaman buah-buahan. Keadaan ini telah berubah mengikut laluan masa. Transmisi ilmu pengetahuan yang lebih cepat di zaman moden ini telah membolehkan petani mendapat manfaat besar mengenai ilmu keperluan tanaman di kebun masing-masing. Pendek kata, tanaman buah-buahan memerlukan nutrien yang lebih daripada tumbuhan biasa kerana ciri penjanaan buah-buahan yang ada padanya.
Pembajaan pada pokok buah-buahan tidak sekadar menabur baja di atas tanah sahaja. la juga perlu dilakukan melalui semburan baja foliar atau baja dedaun. Inilah langkah kedua yang dimaksudkan. Pandangan ini juga semakin mendapat sambutan di kalangan petani terutama mereka yang mementingkan pembajaan pada pokok. Dahulu, kebanyakan petani membaja dengan baja butiran sekeliling tanaman buah-buahan. Inilah langkah pertama dan wajib supaya sistem akar pokok dapat menyerap baja yang ditaburkan itu untuk keperluan pokok.
Sungguh begitu, keadaan tanah di kebun tidak selalu optimum untuk memberi kesan setimpal, umpamanya kualiti tanah sudah merosot akibat sudah lama bercucuk tanam atau tanah marginal seperti tanah liat atau berpasir yang kurang memberi kesan kepada pembajaan. Hujan lebat yang datang tiba-tiba juga akan melarikan baja. Cuaca kering pula melambatkan kesan pembajaan. Semua kejadian yang tidak dapat diduga ini akan menyebabkan tanaman buah-buahan mengalami kekurangan nutrien dan akhirnya pengeluaran hasil terjejas.
Oleh yang demikian, tanaman buah-buahan perlu menjalankan pembajaan langkah kedua iaitu penyemburan dengan baja foliar yang amnya dalam bentuk cecair. Baja foliar umum di pasaran biasanya mengandungi pelbagai jenis nutrien, apabila disemburi pada bahagian daun pokok, akan memberi kesan pembajaan yang cepat kepada pokok. Melalui daun, baja foliar dapat diserap dan terus diangkut ke dalam pokok untuk kegunaan selanjutnya tanpa sebarang sekatan yang wujud seperti taburan baja di atas tanah. Dengan kata lain, baja foliar akan bertindak sebagai suplimen kepada pokok supaya pokok tidak kekurangan nutrien untuk membesar dan mengeluarkan hasil.
Baja foliar selain mengandungi pelbagai nutrien, terdapat produk tertentu yang juga mengandungi bahan perangsang dan bahan penyelaras fisiologi pertumbuhan supaya pokok dapat tumbuh dengan seimbang dan subur. Keseimbangan tumbesaran tumbesaran pokok amnya diperolehi melalui bekalan nutrien seimbang di samping fisiologi pokok juga diselaras ke arah keseimbangan. Pokok seimbang dari segi ini akan berbunga dan berbuah dengan banyak semasa musim pembuahan kerana sekatan sudah disingkirkan melalui bahan perangsang dan penyelaras di dalam baja foliar tersebut. Keadaan pokok juga kelihatan sihat, rimbun dan menghijau.
Dalam keadaan ini, ekstrak rumpai laut adalah salah satu bahan aktif semula jadi yang digunakan dalam rumusan baja foliar selain juga mengandungi pelbagai nutrien dalam kadar sederhana atau kecil. Apabila pokok disemburi baja foliar ini, bahan aktif atau perangsang di dalam baja foliar akan diserap ke dalam pokok melalui sel daun. Proses penyelarasan akan berlaku bagi menyeimbangkan keadaan pokok. Umumnya pokok yang disemburi dengan baja foliar ini lebih cergas kerana mendapat suplimen baja daripada baja foliar.
Oleh yang demikian, pembajaan bagi tanaman buah-buahan kini sudah menjurus ke arah dua langkah yang jika digunakan sekali gus tentu memberi kesan positif. Sayuran buah juga tergolong dalam kategori ini, dan semburan baja foliar tetap memberi kesan seperti disebutkan di atas.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com