You are currently viewing Penanaman Timun, Apa Yang Diperlukan?

Penanaman Timun, Apa Yang Diperlukan?

  • Post category:Blog / Hextar

Kami selanjutnya menyambung lawatan ke kebun Encik Yap Seng Heng yang juga terletak di Sekinchan, Selangor. Kebunnya ditanami timun dengan keluasan 3 ekar. Masa lawatan lebih kurang jam 4.30 petang tetapi cuaca sudah mendung menyatakan hujan akan sampai tidak lama lagi. Pekerja Encik Yap sedang mempercepatkan pungutan hasil timun untuk dipasarkan esok pagi. Inilah keadaan cuaca dalam tempoh masa ini yang selalunya berhujan menyebabkan tanaman timun tumbuh dengan segar. Keadaan ini telah berlanjut untuk seketika masa. Memandangkan satu musim tanaman timun hanya 34 hari kemudian boleh pungut hasil selama 45-50 hari, oleh itu keadaan cuaca yang kurang menentu ini tetap mempengaruhi tanaman timun di situ. Namun begitu, pengaruh tersebut sudah dikurangkan oleh Encik Yap melalui penggunaan produk Hextar Fertilizers Sdn Bhd.


Yang pertama, apabila air hujan telah berlebihan, maka ia akan meningkatkan kadar reputan akar tanaman timun. Oleh yang demikian, Encik Yap telah menggunakan RootMost pada kadar sekali setiap 3-4 hari untuk mengurangkan risiko penyakit akar. Pada hakikat, RootMost bukanlah racun kulat untuk akar tetapi ia dapat menguatkan sistem akar tanaman timun. Apabila akar sihat, tentu masalah akar akan berkurangan. Dengan kata lain, RootMost yang digunakan oleh Encik Yap bukan sahaja dapat mengurangkan kadar penyakit akar malah ia juga berfungsi untuk pencegahan.

Hujan berlebihan juga akan menyebabkan kadar penyakit daun yang lebih tinggi. Maka itu, Encik Yap telah menggunakan Leili2000 iaitu sejenis penyelaras nutrien tanaman untuk meningkatkan daya ketahanan penyakit tanaman. Penggunaan produk ini membawa kesan positif kerana dapat menokok tambah nutrien dalam tanaman. Ketidakseimbangan nutrien akan menyebabkan tanaman menjadi rencat maka melalui Leili2000 ini masalah tersebut dapat diselesaikan.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Bagi produk Alga600 pula, ia adalah input yang disenangi oleh Encik Yap kerana ia dapat memupuk pembungaan dan pembuahan timun serta merangsang pertumbuhan pucuk baru. Timun juga menjadi lebih besar dan padat serta lebih sedap dimakan selepas penggunaan produk ini. Ia sejenis produk 100% rumpai laut berlarut yang disembur pada daun untuk melancarkan mekanisme dalaman tanaman yang selanjutnya akan mempertingkatkan prestasinya. Tanaman jangka pendek seperti timun amat perlu dijaga keseimbangan tersebut supaya tumbesaran dapat diperkasakan.

Akhir kata, Encik Yap telah menggunakan siri produk edaran Hextar Fertilizers Sdn Bhd untuk menguruskan tanaman timun. la bermula dari peringkat bawah iaitu akar sehingga bahagian atas iaitu daun dan buah dengan harapan menjauhi sebarang penyakit yang mungkin akan timbul dalam masa perantaraan itu. Prestasi yang tercapai oleh Encik Yap tentu satu pendekatan yang boleh dijadikan tauladan dalam pengurusan tanaman masing-masing.

Lawatan ini telah dijayakan oleh kerjasama Jason Tan dari Hextar. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Hextar Fertilizers Sdn Bhd di talian 03-3003 3333. atau Jason Tan di talian 012-296 5108.

Sila kongsi kepada kawan :