Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Selepas perkembangan beberapa abad, tanaman timun kini wujud lebih kurang 100 baka komersial di merata tempat di dunia. Pembungaan tanaman timun, seperti dapat diperhatikan, kedua-dua bunga jantan dan betina muncul pada pokok yang sama. Justeru itu ia memerlukan serangga atau kehidupan lain untuk menjalankan pendebungaan. Pendebungaan antara bunga betina dengan debunga dari bunga jantan dari pokok yang sama akan menghasilkan buah. Pendebungaan seumpama ini dikenali sebagai self-pollination atau pendebungaan diri. Maksud pendebungaan diri tidak bermakna proses pendebungaan tersebut berlaku dengan sendiri, sebaliknya bermaksud debunga jantan dan bunga betina sama pokok boleh menyempurnakan proses pendebungaan jika berjaya didebungakan. Ada tanaman lain walaupun bunga jantan dan bunga betina muncul di atas pokok yang sama, tetapi debunga dari bunga jantan tidak serasi dengan bunga betina dari pokok sama justeru menggagalkan pendebungaan. Umpamanya tanaman durian merupakan salah satu contoh ini.
Sungguhpun demikian, banyak baka timun hanya menghasilkan bunga betina tanpa pengeluaran bunga jantan. Pokok seperti ini boleh menghasilkan buah timun tanpa sebarang persenyawaan. Sehubungan itu, bunga betina hanya mengembang (mekar) sehari sahaja. Oleh yang demikian, pendebunga yang banyak mengunjung pada hari tersebut akan meningkatkan kadar dan kualiti pembuahan. Menurut sumber, sekuntum bunga berkehendakkan 8 12 kali kunjungan serangga baru boleh menghasilkan buah boleh diterima oleh pasaran. Justeru itu, kesediaan serangga ini merupakan pra-syarat penting dalam penentuan keberhasilan timun.
Di kawasan penanaman timun secara terbuka, kualiti dan jumlah hasil timun adalah ditentukan oleh jumlah kunjungan serangga ke atas bunganya. Menurut sumber, serangga sering mengunjungi bunga timun bagi mendapatkan madu termasuk lebah madu Asia (Apis cerana), Lebah Madu Barat (Apis mellifera), Bombus haemorrhoidalis, semut, Halictus spp., lalat dan sebagainya.
Banyak kawasan penanaman timun sudah menunjukkan lebah madu dan kelulut adalah pendebunga utama kepada tanaman timun. Dalam rumah hijau, ada petani sudah menyediakan koloni lebah madu dan kelulut untuk menjalankan pendebungaan selain juga pendebungaan berbantu oleh manusia. Namun untuk mengurangkan tenaga buruh, pendebungaan oleh lebah dan kelulut kelihatan lebih menjimat masa di samping mencapai kecekapan yang tinggi.
Di Amerika Syarikat, satu eksperimen di kawasan 0.64 ekar menunjukkan kunjungan lebah madu paling banyak mengunjungi kebun timunnya. Perlu diingatkan bahawa hanya pendebungaan yang lengkap dan sempurna akan menghasilkan buah timun sesuai untuk kehendak pasaran. Jika debunga yang melekat di stigma bunga betina itu tidak mencukupi, buah terhasil nanti mungkin akan cacat, atau bersaiz kecil malahan mungkin gugur awal. Justeru itu, kualiti buah termasuk aspek berat dan bentuknya adalah berkaitan dengan kecekapan proses pendebungaan dan bukannya semata-mata berkaitan dengan bekalan nutrien. Proses pendebungaan yang lebih cekap juga bermaksud jumlah biji benih dalam buah timun adalah lebih banyak. Keadaan ini akan meningkatkan berat buah.
Sebagai kesimpulan, pengeluaran hasil timun boleh ditingkatkan melalui pendebungaan yang lebih cekap melalui beberapa amalan seperti berikut :

Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
1. Menambah koloni lebah madu atau kelulut di kebun timun melalui menternak dan meletakkan sarangnya di situ.
2. Menanam pelbagai tumbuhan bunga-bungaan di sekitaran tanaman timun bagi menarik kedatangan lebah madu atau serangga pendebunga lain.
3. Semasa aplikasi racun serangga, memilih sahaja jenis biopestisid yang memberi kesan lebih ringan terhadap serangga atau menyembur racun selepas penutupan bunga yang amnya berlaku semasa lewat petang.
Bahan rujukan :
1. Cucumber Pollination, PennState Extension, 2021.
2. Maximizing Honey Bee Pollination In Pickling Cucumber, MSU Extention, Michigan State University, 2020.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350