You are currently viewing Perangkap Feromon Bagi Menyebar Kulat M. anispoliae Ke Dalam Koloni Kumbang Badak

Perangkap Feromon Bagi Menyebar Kulat M. anispoliae Ke Dalam Koloni Kumbang Badak

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Kulat Metarhizium anispoliae adalah musuh semula jadi kepada kumbang badak. Kumbang badak merupakan perosak utama tanaman sawit khususnya semasa tanam semula. Semasa diserang, anak benih sawit boleh mati jika tidak dirawat. Oleh itu, kawasan sawit belum matang sering berwas-was terhadap perosak ini termasuk pemasangan perangkap feromon bagi memerangkap kumbang dewasa jantan yang tertarik oleh bahan isyarat seks (feromon) yang digantung di atas perangkap tersebut.

Perangkap feromon yang konvensional hanya berfungsi memerangkap kumbang badak dewasa sahaja. Kumbang yang jatuh ke dalam baldi perangkap itu tidak dapat keluar lagi dan akhirnya akan mati di dalam. Sekarang ini ada perangkap feromon lebih moden yang fungsinya untuk memerangkap kumbang badak kemudian menjangkitinya dengan kulat M. anispoliae yang diletakkan dalam tong feromon.

Selepas itu kumbang tersebut dibiar merangkak keluar daripada lubang yang sengaja dibuat di bawah tong supaya membolehkan kumbang terbang balik ke tempat kediaman masing-masing. Secara langsung, kulat M. anispoliae akan disebarkan ke koloni mereka termasuk larvanya. Penyebaran ini akan berlangsung untuk jangka masa panjang iaitu dari generasi ke generasi. Dengan kata lain, kulat M. anispoliae wujud sebagai agen kawalan biologi yang cekap untuk menghapuskan koloni kumbang badak.

Satu kajian untuk membandingkan keberkesanan kedua-dua jenis perangkap feromon ini (konvensional vs baru) mendapati bilangan kumbang terperangkap adalah lebih kurang sama di antara kedua-dua perangkap tersebut. Di antara 15 ekor Kumbang badak yang dijangkiti M. anispoliae dalam bentuk cecair di dalam perangkap itu, 12 ekor mati dalam masa 30 hari iaitu mencapai kejayaan 80%.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Satu kajian lain pula menjangkitkan kulat M. anispoliae pada kumbang badak yag diperangkap secara manual. Kadar jangkitan pada larvanya mencatatkan 91.7% dengan kadar kematian sehingga 100%. Dalam kajian yang sama, kadar jangkitan kumbang dewasa kepada kumbang dewasa adalah di antara 63%-69% manakala kadar kematian di antara 88% – 100%. Justeru itu, perangkap feromon lebih moden ini sesuai digunakan di ladang sawit belum matang bagi mengawal serangan kumbang badak.

 

Bahan rujukan :

Ramli Moslim et al., ‘Trap For Auto-Dissemination of Metarhizium For The Control of Oryctes rhinoceros’, MPOB TT. NO. 210, 2004.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Sila kongsi kepada kawan :