You are currently viewing Tanaman Buah Naga Berhasil Tinggi

Tanaman Buah Naga Berhasil Tinggi

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Setiap tahun, antara bulan April – bulan Oktober dan dari bulan Disember ke bulan April, buah naga akan mula berbunga dan berbuah. Dari peringkat bunga ke buah matang, masa diperlukan hanya 30 hari. Apabila hujung bunga mula kering, maka buah naga tersebut perlu dibalut- kan agar tidak menjadi mangsa kepada burung dan serangga perosak. Bulan November dan Disember adalah musim kecil yang mana buah naga jarang-jarang terjadi di atas pokok.

Satu pokok matang buah naga akan menghasilkan antara 7 10 biji buah menandakan ia sejenis tanaman berhasil tinggi. Bagaimanapun, pangkasan dahan perlu dijalankan selalu dan keadaan ini agak memakan masa. Dua jenis dahan perlu dipangkas, yang pertama ialah dahan tua dan tidak produktif lagi, kedua ialah dahan berpenyakit. Satu dahan buah naga dapat menghasilkan buah maksimum 4 kali sahaja dan selepas itu tidak akan berbuah lagi. Namun, dahan tua tersebut mampu lagi mengeluarkan dahan cabang yang boleh mengeluarkan buah. Oleh yang demikian, pangkasan hanya dapat dijalankan apabila dahan tua telah dipastikan tidak akan berbuah lagi.

 

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Dahan yang reput juga perlu dipangkas sebelum ia merebak ke seluruh pokok menyebabkan kematian. Selain semburan racun kulat hendaklah dijalankan selalu agar pokok tidak diserangi kulat.

Memandangkan buah naga sejenis tanaman yang cepat berbuah, ia telah menarik minat ramai penanam untuk mengusahakannya. Satu pokok memerlukan masa 9 bulan sahaja selepas tanam untuk berbuah. Di bawah jagaan yang baik, pokok buah naga boleh hidup selama 20 malahan 30 tahun serta tidak akan tumbuh tinggi memudahkan pungutan hasil.


Bunga pokok buah naga dapat menjalankan pendebungaan secara sendiri dan keadaan ini memudahkan pekerja ladang yang hanya perlu menumpukan perhatian kepada kerja ladang lain. Dari segi bekalan nutrien, satu pokok matang memerlukan 200 gram baja sebatian sebulan yang mana kalsium dan besi adalah elemen penting kepada tanaman ini. Baja organik juga perlu ditokok tambah secara bergilir dengan baja sebatian.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sila kongsi kepada kawan :