Durian, buah-buahan paling hangat buat masa ini adalah tanaman yang diidam-idamkam oleh ramai pengusaha tanaman semasa kerana harga pasaran yang amat baik, malah durian kampung kini mencecah harga runcit RM12.00 sekilo di kota adalah satu paras yang tidak terduga sebelum ini.
Dalam keadaan sedemikian, ramai pengusaha tanaman durian memacu penggunaan bahan kimia demi memupuk pengeluaran hasil tanaman durian termasuk penggunaan racun kimia dalam penentangan perosak serangga. Walaupun amalan ini adalah rasional dari segi tersebut, ia mendatangkan kesan negatif terhadap tanaman durian kerana penggunaan bahan bahan tersebut akhirnya akan mendatangkan akibat buruk seperti gangguan agen pendebungaan dan juga kemerosotan tanah ekoran bahan kimia khususnya baja kimia yang akan meningkatkan kemasaman tanah. Banyak eksperimen telah menunjukkkan kemasaman tanah mengurangkan keberkesanan nutrien untuk diserapkan oleh tanaman.
Oleh yang demikian, trend pemupukan tanaman durian seperti diamalkan oleh pengusaha tanaman lain tidak semestinya sesuatu yang harus ditauladani demi kelestarian pengeluaran hasil durian. Pada hakikat, tanaman durian tetap memberi hasil lumayan melalui kaedah organik termasuk pengggunaan bahan pemupuk bersifat organik dan mesra alam. Keadaan ini pernah dialami oleh sepasang adik-beradik di Bukit Koman, Raub, Pahang yang memiliki 4 ekar pokok durian berumur 12 – 13 tahun terdiri daripada baka Musang King (D197), Buluh Bawah (D160), 101 (D168) dan D24. Baka Musang King merangkumi 70% daripada sejumlah 120 pokok durian di situ.
Adik-beradik Tan itu mirip menggunakan produk bersifat organik dan mesra alam iaitu rangkuman baja organik dan baja kimia dalam nisbah 9:1 serta pengelakan semburan racun kimia di kebunnya. Mereka mulai satu tahun lalu telah menceburi dalam penggunaan siri produk yang diedarkan oleh Brightonmax Sdn Bhd. Siri produk itu ialah Naturamin-WSP, Naturfos-WSP, Cytoplant-400 dan Naturcomplet-G keluaran sebuah syarikat Sepanyol yang ulung dikenali Daymsa. Semua produk keluaran syarikat ini mempunyai label ECOCERT iaitu pensijilan organik dan mesra alam.
Umpamanya Naturamin-WSP mengandungi asid amino yang tinggi mampu mengurangkan stres pada pokok selanjutnya memupuk pengeluaran hasil. Asid amino merupakan suatu bahan yang amat penting dalam pertumbuhan dan mempertingkatkan kesihatan tanaman. Naturamin-WSP dihasilkan daripada kacang soya dan ia mengandungi asid amino tulen yang berasaskan tanaman. Naturamin-WSP mudah diserapkan oleh tanaman durian kerana kandungan berkadar larut yang tinggi. Adik-beradik Tan biasanya menyembur bancuhan produk ini ke atas daun pokok sebulan sekali semasa pungutan hasil durian di peringkat 70% yang telah memberi kesan positif khususnya kelestarian pertumbuhan pokok serta pengeluaran hasil lumayan selepas itu.
Begitu juga dengan Natufos-WSP mengandungi 59% nutrien fosforus 39% nutrien kalium juga berkadar larut tinggi mampu menentang sintesis toksik khususnya kawalan terhadap kulat Oomycetes selanjutnya mengurangkan jangkitan penyakit pokok. Pengalaman adik-beradik Tan menyatakan produk ini jika disiramkan ke bahagian pangkal pokok durian membawa kesan kawalan terhadap penyakit Canker yang digeruni oleh pekebun durian secara umum.
Pada masa yang sama, penggunaan produk Cytoplant-400 rumusan 100% daripada Ascophyllum nodosum iaitu rumpai laut turut memberi kesan baik sekali dalam melestarikan pengeluaran hasil durian apabila digunakan semasa pembungaan pokok durian kerana rumusan produk itu kaya dengan elemen keperluan tanaman termasuk nutrien surih dan sebagainya. Cytoplant-400 keluaran syarikat Daymsa dihasilkan dengan teknologi tinggi mengandungi sitokinin semula jadi sebanyak 400ppm. Ia merupakan produk yang mengandungi kandungan sitokinin tertinggi di dunia.
Rawatan tanah juga amalan penting untuk tanaman pokok durian dan aspek ini dapat dipenuhi dengan penggunaan produk Naturcomplet-G yang mengandungi 50% bahan organik dengan tujuan utama meningkatkan kesan tanah demi memudahkan pengambilan nutrien oleh akar pokok.
Siri produk tersebut di atas secara langsung memberi manfaat terhadap prestasi pengeluaran hasil durian di kebun itu yang terletak di kawasan berhujan tinggi serta tiupan angin kencang. Produk-produk itu turut meningkatkan kekuatan dahan pokok dan keadaan ini telah membantu dalam kawalan kerosakan pokok oleh tiupan angin kuat. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Brigtonmax Sdn Bhd di talian : 07-595 3580 / 595 3680.