You are currently viewing Pengaruh Lumut Dan Tumbuhan Duit-Duit Ke Atas Tanaman Durian

Pengaruh Lumut Dan Tumbuhan Duit-Duit Ke Atas Tanaman Durian


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com

Lumut amnya tumbuh di bahagian batang dan dahan pokok durian. Adakala ia juga tumbuh ke atas daun pokok. Lumut sejenis tumbuhan berwarna hijau yang tidak berbiji benih serta juga tidak berbunga. Namun ia mampu menjalani proses fotosintesis dengan sendiri untuk menjana makanan, justeru itu ia kurang bersaing dengan pokok durian untuk mendapatkan nutrien dan air. Walau bagaimanapun, litupannya di atas kulit atau daun pokok akan mempengaruhi proses pernafasan dan respirasi pokok dan selanjutnya mendatangkan kesan negatif tertentu terhadap prestasi pokok.

Pertumbuhan lumut menjadikan tempat tersebut kelihatan kurang bersih serta mengganggu pembungaan dan pembuahan. Taburan lumut yang banyak selanjutnya meningkatkan kehadiran pelbagai kuman kerana tempat yang menjadi tumpuan lumut amnya lebih basah dan sebab itu, tempat tersebut lebih digemari oleh penempatan kuman. Jika dilihat secara teliti, didapati lumut juga mempunyai batang dan daun tetapi tiada sistem akar.

Kebun durian yang bersih kebiasaan tidak akan ditumbuhi lumut. Sekiranya lumut tumbuh di situ, penyelesaian juga tidak sukar iaitu menyembur dengan air garam dapat mencegahnya daripada terus tumbuh. Ini kerana air garam dapat merencatkan daun dan mencapai objektif kawalan.

Pertumbuhan lumut juga akan menyebabkan kehadiran tumbuhan duit-duit. Kedua-duanya bagaikan adik beradik yang sering bersama. Tumbuhan ini mempunyai sistem akar yang cetek, oleh itu pengaruhnya ke atas tanaman durian juga datang dari aspek gangguan pernafasan dan respirasi pokok. Taburan tumbuhan duit-duit yang banyak di atas pokok tentu mengganggu pembungaan dan pembuahan.


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com

Tumbuhan ini boleh dihapuskan secara mencabut atau menggosok dengan berus. Dalam keadaan spesifik iaitu jika taburannya terlalu banyak, maka bahagian yang diliutupi itu mungkin perlu dipangkas. 1% paraquat didapati berkesan untuk mengawal tumbuhan duit-duit, tetapi semburan racun ini mungkin akan menjejaskan bahagian pokok tersebut justeru amalan ini tidak digalakkan. Keadaan sedemikian menjadikan pencabutan secara manual kelihatan adalah langkah kawalan paling baik terhadap tumbuhan ini.

 

Sumber maklumat :

Lim Tong Kwee and Kamaruzaman Sijam, Penyakit Durian, DBP, 2015 (Cetakan Kedua), page 59-60, 64-65.


Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my
Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/