You are currently viewing Tanaman Betik Berhasil Tinggi Melalui Penggunaan Produk Brightonmax

Tanaman Betik Berhasil Tinggi Melalui Penggunaan Produk Brightonmax

Encik Khoo seorang penanam buah betik yang berpengalaman. Beliau mengusahakan tanaman betik “Sekaki” seluas 42 ekar. Kebunnya jarang diserangi penyakit dan serangga perosak kerana beliau mengamalkan pengurusan yang baik mengikut kesesuaian situasi.

Kebun beliau terletak di Ara Kuda, Seberang Perai, Pulau Pinang. Selain betik, kebun itu juga mempunyai 10 ekar pokok jambu batu baka “Lohan”. Mengikut pengalaman beliau yang melebihi 10 tahun, pokok betik yang umurnya melebihi 3 tahun selepas ditanam perlu ditanam semula supaya mendapat hasil yang baik.

Selain itu, beliau mengamalkan pengurusan yang bersesuaian dengan keadaan semasa terutama cuaca, tumbesaran pokok dan lain-lain lagi untuk memupuk pengeluaran hasil betik. Umpamanya, daerahnya sering menghadapi musim kering dalam tempoh masa akhir tahun sehingga awal tahun. Oleh yang demikian, beliau akan mengekalkan rumpai lembut di kebunnya untuk memelihara kelembapan tanah. Apabila musim hujan tiba, beliau akan membersihkan rumput tersebut supaya tanah tidak terlalu lembap sehingga akan membangkitkan masalah penyakit tanaman.

Selain itu, di musim kering, beliau juga tidak menggunakan baja butiran kerana pada masa itu, baja butiran sukar dicairkan dan sukar juga untuk diserap oleh tanaman. Namun begitu, beliau tetap menggunakan baja foliar yang diedarkan oleh Syarikat Brightonmax Sdn Bhd iaitu Acrecio dan Excel CaB. Kedua-dua produk ini akan memberi khasiat yang cukup untuk memperkasakan prestasi tanaman.

Acrecio adalah produk yang dikeluarkan oleh Syarikat De Sangosse dari Perancis. Produk ini mengandungi 4 jenis bahan aktif iaitu Acreciactiv, sejenis bahan semula jadi yang inovatif yang mampu merangsang tumbesaran sistem akar serta meningkatkan kadar fotosintesis; asid humik yang berdaya memupuk aktiviti mikrob tanah dan meningkatkan kebolehgunaan nutrien dalam tanah; asid amino L-Tryptophan yang akan meningkatkan pembesaran sistem akar serta pemecahan sel serta asid amino L-Methionine yang akan menjana etafon iaitu sejenis bahan yang amat penting untuk tumbesaran pokok dan juga pengembangan akar dan pucuk.

Dengan adanya bahan-bahan ini di dalam Acrecio, maka penggunaan Acrecio telah merangsang pertumbuhan tanaman betik dengan baik melalui pemupukan pengambilan nutrien serta meningkatkan kecergasan tanaman. Acrecio juga dapat memperkasakan tanaman melalui daya rintangan yang lebih tinggi terhadap musim kering serta kemasaman tanah. la juga mengandungi nisbah kandungan NPK yang sesuai untuk digunakan oleh tanaman.

Bagi produk Excel CaB pula, ia sejenis baja cecair yang kaya dengan kalsium, magnesium dan boron yang sama-sama penting untuk tumbesaran tanaman selain membantu mengelakkan gejala buah pecah dan juga buah abnormal. Produk ini juga akan meningkatkan daya rintangan tanaman terhadap perosak serangga selanjutnya meningkatkan kualiti buah.

Sebagai penanam yang berpengalaman, Encik Khoo memahami kewibawaan produk berasaskan nutrien kelaan berganda iaitu Oregon 11/3 sejenis baja butiran merangkumi baja surih yang lebih senang diambil oleh tanaman. Tanaman khususnya papaya memerlukan baja surih ini untuk mendapat kadar pertumbuhan dan hasil pengeluaran yang optimum.

Dari segi hasil, kebun Encik Khoo ini mengeluarkan purata 18 tan papaya setiap minggu merangkumi buah gred A melebihi 70%. Beliau tidak menjarangkan buah yang lebat di atas pokok kerana pasaran di Utara Malaysia lazimnya lebih suka terhadap buah yang lebih kecil. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Brightonmax Sdn Bhd di talian 07-595 3580 / 595 3680.

Sila kongsi kepada kawan :