Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Jambu bol (Syzygium malaccense (L) Merr. & Perr) menyerupai jambu air atau jambu merah dari segi rupa bentuk dan warna buah. Ia dikenali sebagai Malay Apple atau Mountain Apple dalam bahasa Inggeris. Tanaman tropika ini kini terdapat di merata dunia termasuk benua Amerika, Afrika dan Kepulauan Pasifik. Ia merupakan spesis Eugenia yang paling penting dalam flora Pulau Hawaii dan dari situ nama Mountain Apple itu atau ‘Ohia’ berasal. Jambu bol digolongkan dalam famili Myrtaceae iaitu satu famili tanaman yang merangkumi kebanyakan jenis jambu (Eugenia).
Buah jambu bol mengandungi 0.06% asid dan 0.21% protein manakala kandungan vitamin C adalah sederhana pada 31.85 – 40.00 mg/100g. Buah ini ada yang membawa rasa masam dan dimakan sebagai rojak. Pokok jambu bol boleh tumbuh setinggi 5 – 20m dengan struktur pokok yang besar, kasar dan padat, termasuk batang dan cabangnya. Kulit batangnya berwarna kelabu dan bergabus. Apabila pokok mencapai ketinggian 6m, ia akan mula mengeluarkan buah.
Pokok akan mengeluarkan jambak bunga merah cerah terus dari bahagian dahan dan ranting. Semasa musim membunga, pokok terhias dengan bunga-bunga mekar dengan stamen merah cerah yang indah.
Buah jambu bol di di peringkat mentah menunjukkan warna hijau pucat, kemudian menukar ke warna putih, putih bergaris merah muda, merah tua bergaris-garis putih dan akhirnya menjadi merah sepenuhnya apabila masak. Jambu bol wujud dalam bentuk sama ada panjang, bujur telur atau bujur panjang serta berbiji satu di dalamnya walaupun juga terdapat buah yang tidak berbiji langsung.
Memandangkan tiada program kultur bagi jambu bol sepanjang masa, maka baka yang berasal daripada biji benih amnya menunjukkan mutu yang berbeza-beza. Misalnya, terdapat buah warna putih yang kurang bermutu jika dibandingkan dengan buah berwarna merah.

FGV Fertiliser Sdn Bhd
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com
Website: www.fgvfertiliser.com.my
Jambu bol berbunga sebanyak 4 kali setahun dan buahnya boleh dipetik pada bulan Jun, Sept, November dan Februari. Spesis tanaman ini lebih dianggap sebagai tanaman tidak bermusim kerana pokok yang sedang berbunga juga terdapat buah yang hampir matang.
Tidak sukar untuk menanam pokok jambu bol kerana ia boleh dibiak dengan menggunakan biji benih (hanya 50% biji yang boleh cambah selepas disimpan 3 hari), cantuman tunas, tut dan keratan batang.
Nilai komersial jambu bol kelihatan belum diterokai secara mendalam. Walaupun ia dianggap oleh sesetengah orang sebagai spesis jambu yang paling baik, namun kekurangan usaha biak baka yang teratur ke atasnya menyebabkan ia masih berada di taraf buah-buahan jarang sehingga kini tanpa menunjukkan potensi yang memikat hati.
Sumber maklumat :
A. Rukayah,” Mengenali buah-buahan nadir Semenanjung Malaysia 2. Jambu bol “, Teknologi Buah-buahan, MARDI, 1988.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd