Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Durio zibethinus Murr. adalah nama saintifik bagi durian tempatan iaitu baka durian yang umum ditanami di ladang. Umpamanya Musang King, Tekka, IOI, Udang Merah, Duri Hitam dan sebagainya semua tergolong dalam kategoti durian tempatan yang kini mendapat sambutan baik di kalangan pengguna.
Pada hakikat, durian tempatan juga seperti baka durio yang lain seperti D. lowianus, D. graveolens, D. kutejensis dan sebagainya adalah tumbuhan yang hidup di hutan belantara. Oleh kerana ia beraroma serta isi buah juga memikat hati justeru secara perlahan-lahan ia telah dibawa keluar daripada hutan untuk ditanami di dusun atau kawasan perkampungan. Lama-kelamaan, durian tempatan semakin popular tetapi banyak baka durio masih kekal dalam hutan.
Teknik pembiakan cantuman kemudian dijalankan ke atas durian tempatan. Morfologi pokok menjadi berlainan sedikit berbanding durio hutan kerana pembiakan cantuman telah menghasilkan pokok durian yang lebih kompak, bersaiz lebih kecil, lebih rendah, berakar cetek seta lebih cepat berbuah. Di bawah pelbagai amalan agronomi bertaraf berbeza-beza, durian tempatan mula mengalami kehilangan keseimbangan dalam tumbesaran berbanding pokok durio hutan yang biasanya tumbuh kuat tanpa sebarang amalan agronomi. Perbezaan ini perlu difikirkan secara serius dalam usaha menangani penyakit kanker batang yang merupakan penyakit utama durian tempatan. Terdapat 2 pandangan boleh digunakan untuk menjelaskan hal ini seperti berikut:
1. Penggunaan baja dan racun (serangga, kulat dan rumpai) ke atas kebun durian tempatan dalam masa berpanjangan telah menyebabkan habitat tanah hilang keseimbangan umpamanya tanah menjadi masam, bertoksik, berketulan serta kandungan nutrien di dalamnya juga lari daripada keseimbangan asal. Keadaan ini menganggu aktiviti mikrob tanah termasuk mikrob sihat yang mampu melawan penyakit akar pokok durian tempatan. Begitu juga dengan semburan racun sering mengakibatkan kehilangan pemangsa serangga perosak justeru menyebabkan tercetusnya pelbagai penyakit di kebun durian.
Oleh itu habitat tanah hendaklah dijaga supaya sentiasa berada dalam keadaan seimbang seperti tidak menjadi masam yang akan memupuk kebangkitan penyakit akar serta menyekat penyerapan nutrien oleh pokok durian tersebut. Maka itu sering menabur baja organik akan dapat meningkatkan kandungan bahan organik dalam tanah selanjutnya membantu meningkatkan aktiviti mikrob dalam tanah. Di samping itu penyemburan pokok dengan baja foliar yang sesuai dan berkualiti juga membolehkan pokok mendapat nutrien wajib dengan kadar cepat. Dalam keadaan ini kesihatan pokok durian tempatan dapat diperkukuhkan serta dapat merintangi penyakit dengan lebih baik.
2. Durian tempatan disebabkan oleh sistem akarnya cetek justeru adalah rentan terhadap serangan penyakit khususnya kanker batang. Menurut sumber, daya ketahanan durian tempatan terhadap serangan penyakit ini memang lebih rendah daripada baka durio lain di hutan yang berakar mendalam justeru menghasilkan saiz pokok yang lebih besar dan juga lebih kuat.
Untuk menangani masalah ini, pokok durian tempatan untuk ditanami di kebun hendaklah dibiak secara cantuman dengan menggunakan durian kampung sebagai pokok penanti. Durian kampung pada dasarnya juga berakar lebih mendalam dan kuat berbanding pokok cantuman. Dengan cara ini maka dipercayai pokok yang terhasil daripada cantuman ini mempunyai prestasi lebih tinggi berbanding pokok cantuman menggunakan juga pokok cantuman sebagai pokok penanti.
Menurut hasil kajian dari pengkaji durian yang ulung di Malaysia Dr. Salma Idris (2011), terdapat 3 baka durio yang boleh digunakan sebagai pokok penanti kerana didapati daya ketahanan mereka terhadap penyakit kanker batang adalah baik. Keadaan ini dipercayai disebabkan oleh sistem akar yang besar dan mendalam bagi baka-baka ini. Baka-baka ini ialah D. lowianus, D. graveolens dan D. kutejensis yang kini pun sudah ada dikultur dalam sesetengah dusun khususnya di Malaysia Timur. Maka dengan menggunakan baka-baka ini sebagai pokok penanti diharapkan masalah serangan penyakit kanker batang boleh dikurangkan.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd