Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Urang-aring (Eclipta alba (L.) sejenis tumbuhan herba yang tersebar luas di seluruh dunia khususnya di Asia yang merupakan tempat berasalnya. Di India, ia dikenali dengan nama “Bhringraj” dan digunakan secara meluas. Di Pulau Jawa, Thailand serta Semenanjung Malaysia, ia sering dijumpai menumbuh di merata tempat.
Batang pokoknya berwarna merah keunguan dan berbulu halus serta lembut, manakala bunganya tumbuh dari ketiak daun serta mempunyai tangkai yang panjang. Semasa muda, bunga berwarna hijau dan semasa matang, warna bertukar ke putih. Pokok ini boleh tumbuh secara menegak atau merayap. Nama tempatannya termasuk keremak jantan atau keremak hutan.
1~6 – Pokok Urang-aring adalah tumbuhan herba yang mana daunnya boleh diproses menjadi bahan penyihat rambut. Bunganya berwarna hijau semasa belum matang dan menjadi warna putih apabila matang.
Bagi mereka yang mengenali tumbuhan ini, tahulah nilai komersialnya yang tinggi sebagai bahan untuk menyihat dan menghitamkan rambut. Daunnya yang telah dikering dan direndamkan dalam minyak kelapa panas buat beberapa jam lamanya boleh menghasilkan minyak rambut yang dapat mengekalkan kehitaman dan menyuburkan rambut. Daunnya dalam minyak dipupuk pada kepala dikatakan berfaedah terhadap pertumbuhan rambut.
Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Ekstrak daun urang-aring boleh menghasilkan pewarna asli yang mana ia menjadi bahan asas dalam pelbagai produk komersial berkaitan dengan rambut seperti shampu, losyen dan pewarna rambut (black dye).
Selain itu, akar urang-aring juga berfungsi perubatan. Di Afrika, akarnya digunakan sebagai ubat sembelit. Di kalangan Melayu, akarnya direbus dijadikan ubat periuk bagi wanita lepas bersalin. Daunnya juga diguna pakai untuk menyelesaikan masalah kulit seperti kurap, kusta dan untut. Malahan, air rebusan daun bersama ketumbar atau sahaja menggunakan bunganya, disapu pada gusi sakit dikatakan boleh mengubati sakit gigi.
Sumber Maklumat :
Azimah Abd. Kadir dan Rosnani Abd. Ghani, ” Urang-aring”, Agromedia, Bil. 26 2/2008.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com