MOPNA MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-19 DI PPPTAR, SG. TEKAM, PAHANG BERSEMPENA NURSERI DAY 2026

Pada 21 April 2026, Persatuan Pengusaha Semaian Sawit Malaysia (MOPNA) melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-19 di PPPTAR, Sg. Tekam, Pahang atas kerjasama FGV Agri Services Sdn Bhd. Presiden MOPNA Tuan Haji Mohd. Damanhuri Bin Mohd Jamli mengucapkan ribuan terima kasih kerana sumbangan dan komitmen tinggi yang diberikan oleh FGV Agri Services serta juga sumbangan dari syarikat lain. Perasaan bersyukur juga disampaikan kepada para penceramah dari FGV Research & Development dan MPOB atas kesudian mereka memberi pencerahan dalam AGM ini.

Dalam ucapan aluan, Tuan Haji menasihatkan ahli MOPNA supaya lebih peka terhadap trend semasa terhadap permintaan anak benih sawit kerana tekanan sudah meningkat susulan perang di Asia Barat. Kepekaan ini akan membolehkan semua ahli MOPNA lebih bersedia menghadapi cabaran masa hadapan termasuk kemungkinan kekurangan atau lambakan anak benih di pasaran.


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Tuan Haji selanjutnya menyeru supaya MPOB dapat mempertimbangkan cadangan MOPNA mengenai pembatasan pengusaha tapak semaian sawit baru kepada jarak 20km. Seruan ini bukan untuk mengekang siapa-siapa tetapi lebih kepada pengelakan perang harga, penurunan standard kualiti serta tekanan kewangan yang tidak sihat dalam kalangan pengusaha semaian sawit. Cadangan ini juga mengambil kira pelaburan sesebuah tapak semaian yang amnya memakan belanjaan besar serta keperluan mematuhi banyak peraturan dari MPOB justeru demi mewujudkan ekosistem industri yang lebih teratur, mampan dan adil kepada semua pihak, menghadkan jarak tapak semaian baru diyakini adalah perlu.

Selain itu, isu menyatakan keluasan sesebuah tapak semaian sawit dalam sijil kelulusan beroperasi oleh MPOB juga dibangkitkan. Dengan adanya butir keluasan dalam sijil tersebut, ia membantu pengusaha tapak semaian dalam urusan permohonan kuota pekerja asing dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Tanpa maklumat ini secara rasmi dalam sijil, pengusaha tapak semaian terpaksa mengemukakan pelbagai dokumen sokongan untuk membuktikan keluasan tapak semaian sawit mereka. Sekiranya keluasan itu dinyatakan dalam sijil, maka urusan akan menjadi lebih mudah, lebih cepat serta lebih jelas dari sudut pengesahan selain juga membantu semakan oleh pihak kerajaan jika perlu.

Akhirnya Tuan Haji menegaskan peranan MOPNA, antara lainnya ialah menjadi suara kepada pengusaha samaian sawit di Malaysia kerana hasrat sekalian ialah melihat industri ini berkembang secara sihat, berdaya tahan dan mampu menyokong keperluan sektor perladangan sawit dalam jangka masa panjang.

—————————————————————————————–

Sesi ceramah seterusnya dimulakan. Tiga (3) penceramah undangan, masing-masing dari FGV Research & Development dan MPOB, turut mengkongsikan informasi bermanfaat kepada semua hadirin, seperti berikut :

Penceramah Sesi 1 : Dr. Mohd Azinuddin Bin Ahmad Mokhtar (Senior Lead Researcher, Plant Breeding & Seed Technology (FGV RD) dengan tajuk FGV’s Next-Gen Plantung Materials : Integrating Biotechnology Innovation for Sustainable Oil Palm Varieties Development.

Penceramah Sesi 2 : YBrs. Dr. Norkaspi Khasim (Ketua Unit Pemerkasaan MPOB, khususnya dalam Bahagian Pengembangan Pekebun Kecil dan Pensijilan (SECD) dengan tajuk Haja Tuju Industri Sawit.

Penceramah Sesi 3 : En. Yakup Ibrahim (Ketua Unit Pelesenan & Penguatkuasan MPOB, diwakili oleh Pegawai Kanan MPOB dengan tajuk isu-isu Pelesenan dan Penguatkuasan Terkini MPOB.

—————————————————————————————–


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Mesyuarat Agung Tahunan Ke-19 ini juga menjalankan pemilihan AJK baru mengikut Peraturan Persatuan. Tuan Presiden  dan Timbalan   Presiden sesi lalu (2025) iaitu Tuan Haji Damanhuri Bin Mohd Jamli dan Encik Tan Kim Tun diberikan mandat sekali lagi untuk menyandang jawatan yang sama. AJK baru yang dipilih adalah merangkumi AJK lama serta wajah baru.

—————————————————————————————–     

Jamuan Makan Malam pada hari yang sama dimulakan pada jam 8.00 malam di PPPTAR. Sepanjang masa jamuan tersebut, 40 hadiah cabutan bertuah disediakan untuk para hadirin. Malam yang meriah ini memperlihatkan semua hadirin berceria bersama dengan hidangan makanan sedap serta siri hiburan pentas yang menarik!

—————————————————————————————–   

Pada hari berikutnya iaitu 22 April 2026, para hadirin menyertai program NURSERI DAY 2026 yang dianjurkan oleh FGV Agri Services Sdn Bhd sekali pada setiap dua tahun. Sehingga kini, sebanyak 9 – 10 kali NURSERI DAY sudah diadakan bersama MOPNA.

FGV memperuntukkan anggaran 15 pick-up 4 x 4 membawa para hadirin mengunjungi 3 lokasi iaitu Pusat Bahan Tanaman, Nurseri dan Ladang Sawit Kota Gelanggi 6. Di Pusat Bahan Tanaman, para hadirin disampaikan dengan maklumat penting mengenai kualiti ketat bahan tanaman sawitnya. Para hadirin kini dapat melihat dengan mata sendiri bagaimana bahan tanaman DxP Yangambi ML 161 dihasilkan dan dihantar ke destinasi masing-masing mengikut tempahan mereka.

Di nurseri, selain pemandangan anak-anak benih DxP kemas tersusun di lapangan, pelbagai produk khusus untuk anak-anak benih sawit turut disyorkan. Antaranya ialah PalmaGro (25kg) sesuai untuk kegunaan anak benih sawit kerana produk ini mengandungi Asbucular mycorrhizae fungus (AMF) yang mampu mengkoloni sistem akar dan memperkasa penyerapan air dan nutrien.

Satu produk baru yang dikenali BacNFlx turut diperkenalkan kepada para hadirin. Produk ini berada dalam bentuk larutan dan kaya dengan mikrob yang berupaya menetapkan nitrogen dari udara selepas diaplikasi pada anak-anak benih sawit. Ujian lapangan telah membuktikan bahawa baja kimia dapat dijimatkan sehingga 30% dengan aplikasi produk ini. Namun, keberkesanan terhadap pokok sawit matang masih di peringkat ujian.

Pada masa sama, FGV turut mengesyorkan bagaimana teknologi dron  digunakan dalam aplikasi BacNFlx ke atas anak-anak benih sawit. Aplikasi dron memendekkan masa semburan serta mencapai kesan optimum. Anak-anak benih yang sudah diaplikasi dengan BacNFlx menunjukkan daun yang lebih hijau berbanding plot tiada rawatan. Ini adalah testimoni terbaik untuk menyatakan keberkesanan BacNFlx.


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Selanjutnya para hadirin dibawa untuk melawat Ladang Sawit Kota Gelanggi 6. Di situ, banyak hasil penyelidikan pembiakbakaan sawit disyorkan. Buah tandan dari pelbagai sumber diketengahkan untuk dilihat oleh para hadirin. Produk umpan tikus (Butik S dan Butik G2) yang laris dijual di pasaran juga disyorkan sebagai salah satu pendekatan kawalan berkesan terhadap perosak tikus di ladang sawit.

Ladang Kota Gelanggi 6 ini kebanyakan terdiri daripada pokok-pokok sawit berumur 20 tahun. Kaedah pengurusan di ladang ini adalah mengikut standard operasi ladang yang tipikal justeru tidak meghairankan laporan hasil buah tandan segar di ladang ini tetap utuh walaupun umur pokok sudah mencapai 20 tahun.

—————————————————————————————–      

Aapabila lawatan sudah tamat, para hadirin dijemput makan tengahari di tepi tasik di PPPTAR. Makanan khas disediakan termasuk jamuan durian jenis baka Musang King, Black Thorn dan Udang Merah. Cenderahati berbentuk buah melon wangi dan beg cantik turut diberikan kepada setiap hadirin. Sesi NURSERI DAY 2026 diakhiri dengan taklimat oleh Encik Mustazah Mohamed mewakili FGV Agri Services Sdn Bhd dan Encik Tan Kim Tun dari MOPNA.

—————————————————————————————–

Presiden MOPNA Tuan Haji Mohd Damanhuri Bin Mohd Jamli memberi ucapan aluan.

 

Suasana AGM.

 

Gambar kumpulan AJK Sesi Baru.

 

Para hadirin di dewan tetamu makan malam di PPPTAR.

 

Presiden MOPNA Tuan Haji Mohd Damanhuri Bin Mohd Jamli sampaikan hadiah cabutan bertuah.

 

Timbalan Presiden MOPNA Encik Tan Kim Tun menyampaikan hadiah cabutan bertuah.

 

Encik Mustazah Mohamed menyampaikan hadiah cabutan bertuah.

 

Gambar kumpulan para hadirin di NURSERI DAY 2026.

 

Taklimat di Pusat Bahan Tanaman.

 

Taklimat di Nurseri mengenai produk baru BacNFlx.

 

Taklimat produk PalmaGro kepada para hadirin.

 

Produk BacNFlx.

 

Demo teknologi Dron di tapak semaian PPPTAR.

 

Taklimat oleh Pengurus Ladang Sawit Kota Gelanggi 6.

 

Penyampaian hasil penyelidikan pembiakbakaan FGV kepada para hadirin.

 

Gambar kumpulan di Ladang Kota Gelanggi 6.

 

Taklimat mengenai produk Umpan tikus Butik S dan Butik G2.

 

Melon wangi dari FGV Agri Services Sdn Bhd diberikan kepada setiap hadirin.