You are currently viewing Sabun lutsinar daripada minyak sawit

Sabun lutsinar daripada minyak sawit

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Sabun dihasilkan dengan mencampurkan asid lemak dengan cecair alkali. Apabila gliserin ditambahkan, maka ketelusannya akan meningkat menjadi sabun lutsinar. Sabun harus menepati ciri-ciri mencuci, kadar berbuih serta kestabilan buihnya.

Minyak sawit telah digunakan untuk pembuatan sabun lutsinar dan didapati ia memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan. Kajian menunjukkan bahawa daya sabun lutsinar menghilangkan kekotoran dalam keadaan cecair adalah lebih tinggi daripada dua jenis sabun komersial yang digunakan dalam kajian yang sama.

Begitu juga dalam keadaan air deionised, sabun lutsinar berasaskan minyak sawit mempunyai daya berbuih dan kestabilan buih yang tertinggi berbanding dengan dua produk komersial bandingan.

Kajian yang turut dijalankan ke atas 20 orang relawan menunjukkan bahawa penggunaan sabun lutsinar berasaskan minyak sawit secara berulang-ulang tidak menyebabkan sensitiviti kulit seperti kulit bermerah dan sebagainya. Ini menyatakan bahawa sabun ini sesuai dan selamat untuk digunakan.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Memandangkan kadar lutsinar sabun berasaskan minyak sawit ini adalah lebih baik daripada sabun lutsinar komersial yang lain, ia selanjutnya menambah nilainya dari segi hiasan. Dengan kata lain, sabun lutsinar boleh dibuat dalam pelbagai bentuk bagi menambah nilai estetiknya serta dijadikan produk hiasan komersial.

 

Sumber Maklumat :

Norashikin Ahmad dan rakan-rakan, “Palm-Based Transparent Soap For Skin Care” MPOB TT No. 357 dan “Palm-Based Transparent Soap For Decoration”, MPOB TT No. 358, MPOB Information Series, June 2007.

 

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com

Website: www.fgvfertiliser.com.my