Mangga merupakan tanaman penting di negara Mexico. Di negeri Nayarit sahaja sudah terdapat tanaman mangga seluas 19,000 hektar. Tanaman mangga yang diusahakan di situ kebanyakan adalah baka Tommy atkins, Haden, Atauflo dan Manila serta bergantung pada air hujan sebagai sumber air pada taburan tahunan 1200 – 1500mm. Hasil biasanya dikutip antara bulan Jun – Okt setiap tahun. Baka-baka mangga ini juga berbunga pada bulan Jan – Mac kemudian matang pada Jun – Ogos untuk dikutip menyebabkan bekalan di pasaran melimpah dan harga merurun secara mendadak. Oleh itu pihak berkuasa mulai memperkenalkan teknik pengeluaran hasil di luar musim melalui aruhan bunga supaya harganya dapat distabilkan malah ditingkatkan.
Kaedah yang diterapkan ialah penggunaan ammonium nitrate yang amnya digunakan sebagai input untuk mengaruh bunga mangga dari pelbagai baka. Potassium nitrate (KNO3) juga boleh digunakan dalam aspek yang sama tetapi harga lebih mahal daripada ammonium nitrate, justeru itu ammonium nitrate menjadi fokus penanam sebagai pengganti potassium nitrate.
Kepekatan ammonium nitrate pada 1.5 – 3% dianggap kadar yang sesuai untuk digunakan sebelum permulaan musim buah. Namun tidak dinafikan bahawa baka-baka mangga memberi kesan aruhan bunga yang berbeza-beza.

Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my
Website: www.aarsb.com.my
Selepas 3 kali semburan dengan ammonium nitrate pada kadar 2% atau 4% dengan selangan 2 minggu/kali di awal bulan November, la berjaya memupuk baka mangga Manila mengeluarkan bunga yang banyak serta berbunga lebih awal 37 hari berbanding pembungaan di musim biasa di samping buahnya juga dapat dikutip lebih awal 44 hari.
Bagi baka mangga Atauflo pula, semburan ammonium nitrate juga memupuk pembungaan lebih awal serta kutipan hasil lebih awal 22 hari. Bagi baka mangga Tommy atkins pula, produk ini tidak mendatangkan sebarang kesan pembungaan dan kutipan hasil lebih awal. Barangkali disebabkan semasa penyemburan ammonium nitrate pada pokok, kebetulan pokok sedang mengeluarkan pucuk baru, oleh itu tiada kesan positif dapat diperolehi. Dengan erti kata lain, pokok buah-buahan tidak dapat berpucuk dan berbunga serentak sebaliknya pembungaan hanya akan berlaku selepas pucuk baru sudah matang. Keadaan ini boleh diperhatikan apabila daun di pucuk sudah berwarna hijau gelap menandakan sudah matang. Mulai dari situ, semburan ammonium nitrate baru berupaya memberi kesan positif dalam pengaruhan bunga.
Sumber maklumat :
S. Salazar-Garcia et al.,”Effect of ammonium nitrate sprays on flowering and harvest time of ‘Manila’, ‘Ataulfo’ and ‘Tommy Atkins’ mango in Nayarit, Mexico”, Acta Horticulture 2000.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336