Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Corak pertumbuhan dan penghasilan buah pokok kelapa sawit muda di peringkat awal berkaitan rapat dengan pengeluaran hasil di peringkat matangnya. Ini bermakna pokok dengan pembuahan awalan yang baik pada kebiasaan akan melanjutkan corak tersebut di sepanjang tempoh kematangan. Begitulah keadaan sebaliknya, pokok muda yang gagal memaparkan gaya pembuahan sewajarnya di peringkat pembuahan awal memberi implikasi negatif terhadap potensi pembuahannya kelak.
Sedangkan pokok-pokok sebaya di sekitaran sudah ghairah berbunga dan berbuah, pokok muda kurang berpotensi itu mungkin turut berbunga dan berbuah, tetapi hasilnya tetap lebih rendah daripada yang lain. Potensi pokok muda seumpama ini adalah rendah dan tidak ekonomi dalam jangka masa panjang. Penentuan selanjutnya harus dijalankan untuk mengenal pasti potensinya sebelum langkah penyulaman diambil.
Bagaimanakah menentu pokok sawit muda kurang berpotensi dan apakah yang harus dilakukan terhadap pokok tersebut adalah tujuan pembentangan artikel ini. Bahan-bahan dalam artikel ini berasal daripada kajian ke atas corak penghasilan buah tandan segar pokok sawit tunggal (individual palm) termasuk kajian ke atas julat hasil buah sawit di antara pokok berhasil tinggi dengan pokok berhasil rendah. Pokok sawit muda yang tidak lulus dalam penilaian ini merupakan pokok kurang berpotensi dan sulaman boleh dijalankan bagi mengelakkan kerugian lebih besar dalam jangka masa panjang.
Kajian atau ujian tersebut melibatkan tujuh plot terdiri daripada baka DxD, DXT dan DxP. Jenis tanah di situ merangkumi tanah pesisir pantai, tanah liat pesisir pantai, tanah pedalaman dan tanah gambut tanah mendalam melebihi 3m. Pokok-pokok dalam kajian kebanyakan ditanam pada tahun 60-an kecuali dua plot yang masing-masing ditanam pada tahun 1953 dan 1971. Kepadatan tanaman pula adalah di antara 111 – 371 pokok/ha. Statistik kajian dikumpul buat selama 2 -9 tahun untuk dianalisis dan dinilai. Keputusan kajiannya adalah seperti berikut :
Prestasi Pokok Tunggal Mempengaruhi Prestasi Hasil keseluruhan
Ujian untuk tempoh yang panjang ini bertujuan menentukan faktor-faktor yang mencorak perbezaan hasil di antara pokok tunggal. Daripadanya, didapati julat hasil buah tandan segar tahunan antara pokok tunggal adalah dalam lingkungan 9.9% – 41% manakala julat bilangan buah tandan antara pokok tunggal berada di antara 15% – 31.9%. Penemuan ini menyatakan wujudnya pokok-pokok berhasil rendah dalam plot dan pokok-pokok ini telah merendahkan prestasi hasil keseluruhan. Penggunaan baja pada kadar berbeza dalam empat plot kajian itu menunjukkan dos baja aplikasi tiada kaitan dengan julat besar yang wujud di antara pokok-pokok sawit tunggal dalam plot.
Dalam plot berkepadatan 111 pokok/ha, julat hasil purata antara pokok tunggal adalah 20.7% dan julat ini meningkat kepada 39.7% apabila kepadatan tanaman menjadi 371 pokok/ha, iaitu menyatakan bahawa kepadatan yang tinggi telah membesarkan julat hasil antara pokok dalam plot.
Gambarajah 1 menunjukkan taburan hasil sawit berkumpul selama lapan tahun dalam plot-plot kajian. Dari situ, suatu jurang perbezaan yang agak besar jelas kelihatan. Menurut kiraan, lebih kurang 9% pokok tergolong sebagai pokok berhasil rendah. Dalam plot yang terdiri daripada 968 pokok, julat hasil adalah lebih tinggi kerana jumlah pokok berhasil rendah telah bertambah banyak. Pada masa yang sama, peningkatan pokok-pokok berhasil rendah daripada 6% kepada 30% selanjutnya membesarkan julat hasil ke tahap 50%.
Corak Hasil Awalan Yang Rendah Akan Berterusan Ke Peringkat Matang
Nampaknya, 15% pokok berhasil rendah hanya menghasilkan buah tandan segar sebanyak 1.53 tan/ha/tahun, iaitu sekadar meliputi 6.2% daripada hasil purata sebanyak 24.76 tan/ha/tahun. Sumbangan hasil setakat 6.2% daripada jumlah hasil oleh 15% pokok adalah prestasi yang tidak ekonomi dan pokok-pokok muda tersebut boleh dipertimbangkan untuk disulam. (Gambarajah 1). Padahal hasil sepatut diperolehi ialah 29.13 tan/ha/tahun sekiranya tiada wujud pokok-pokok berhasil rendah di situ. Kewujudan pokok-pokok berhasil rendah sebanyak 15% telah menyebabkan kerugian hasil purata 2.84 tan/ha/tahun.
Daripada ujian keenam dalam kajian berkenaan, didapati corak pembuahan awalan yang tinggi telah diteruskan sehingga tahun ketujuh lepas tanam. Begitu juga dengan pokok berhasil sederhana dan pokok berhasil rendah menunjukkan hasil sederhana dan rendah masing-masing mengikut corak yang sama (sila lihat gambarajah 2). Hal ini menyatakan corak pengeluaran hasil pokok di peringkat awal sama ada tinggi, sederhana atau rendah akan terbawa ke peringkat kematangannya, iaitu, pokok berhasil tinggi akan terus memberi hasil tinggi manakala pokok berhasil sederhana akan mirip memberi jumlah hasil yang sederhana. Begitu juga dengan pokok berhasil rendah hanya akan memberi hasil yang rendah.
Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Dengan kata lain, kehadiran dan pengekalan pokok-pokok berhasil rendah akan terus memberi hasil rendah buat selama 20 lebih tahun sehingga ke peringkat tanam semula. Kerugian hasil seumpama ini dapat diminimumkan jika langkah jika langkah menyulam diambil lebih awal.
Hasil kajian selanjutnya menunjukkan 6% pokok berhasil rendah yang wujud dalam kepadatan 136 pokok/ha yang sekadar memberi hasil 0.41 tan/ha/tahun itu dengan digantikan dengan 6% pokok berhasil normal, maka hasil buah tandan segar yang mampu diperolehi ialah 1.39 tan/ha/tahun, iaitu penambahan 0.98 tan/ha/tahun, atau bersamaan dengan 19.6 tan/ha (0.98 tan x 20 tahun) untuk jangka masa 20 tahun. (Nota pengarang Pada harga buah tandan segar RM350/tan buat masa ini, ia merupakan kerugian RM6,860/ha (19.6 tan x RM350) dalam masa 20 tahun. Keluasan 10 ha akan mengalami kerugian hasil buah tandan segar sebanyak RM68,600 dalam tempoh 20 tahun, iaitu satu kerugian yang amat ketara).
Pokok berhasil rendah yang dimaksudkan dalam kajian adalah merujuk kepada hasil buah tandan segar pokok sekadar 50 kg/pokok/tahun manakala pokok berhasil tinggi merujuk kepada pokok yang memberi hasil buah tandan segar sebanyak 170 kg/pokok/tahun. Memandangkan rawatan baja sudah disyorkan tidak mampu memperbaiki potensi dan corak pembuahan pokok, maka boleh dikatakan aspek potensi pokok sukar diperbaiki melalui amalan agronomi.
Kurang Bunga Kurang Hasil
Dalam plot ketujuh, pembungaan pokok berusia antara 13 – 30 bulan telah dicatatkan (sila lihat jadual 1). Menurut catatan tersebut, sebanyak 7.2% pokok tidak tidak mengeluarkan sebarang bunga betina. Menjelang kematangan, pokok-pokok ini hanya memberi hasil purata buah tandan segar yang rendah, sekadar di antara 11.30 – 19.13 tan/ha/tahun manakala pokok sebaya ( berusia 13 – 30 bulan lepas tanam) yang berbunga betina pada masa yang sama, hasil purata buah tandan segar tersebut mencapai tahap lebih tinggi, iaitu di antara 23.40- 24.15 tan/ha/tahun menunjukkan julat sebanyak 8.56 tan/ha/tahun. Julat ini merupakan kerugian hasil. Walaupun catatan hasil diambil dari pokok-pokok yang baru matang, namun corak pembuahan tersebut akan diteruskan secara semula jadi ke peringkat kematangan seperti disyorkan dalam gambarajah 2. Harapan bagi corak pengeluaran hasil tersebut diperbaiki amatlah tipis.
Dengan memahami hakikat ini, maka langkah selanjutnya boleh diambil ke atas pokok-pokok berhasil rendah. Pokok-pokok muda selagi tidak berbunga atau sekadar menghasilkan bunga yang amat sedikit mengimplikasikan potensi pembuahan yang rendah pada masa seterusnya. Pokok-pokok itu boleh dipertimbangkan untuk disulam dengan semaian besar sihat berumur 24 bulan. Tindakan ini akan memastikan hasil ladang tidak terjejas oleh pokok-pokok berkualiti rendah dan yang penting, mengelakkan kerugian hasil seperti dibentangkan tadi.
Sebelum keputusan menyulam diambil, pokok tersebut harus dipastikan sebagai pokok yang benar-benar berhasil rendah. Ada kala naungan berlebihan terutama dalam keadaan tanam bawahan (underplanting) telah menyebabkan pokok-pokok muda lemah dari segi pembuahan awalan akibat kekurangan penerimaan cahaya matahari. Kelembapan proses fotosintesis adalah punca kepada pembuahan awalan yang kurang memuaskan dan tidak harus dibabitkannya dengan aspek potensi pokok-pokok tersebut.
Dari Mana Datangnya Pokok-Pokok Berhasil Rendah ?
Tam (1973) pernah menunjukkan semaian sawit abnormal akan memberi hasil buah sawit yang rendah di peringkat kematangan. Dengan kata lain, penggunaan bahan-bahan tanaman berkualiti tinggi dan tulen akan dapat meminimumkan keadaan tersebut. Di sisi ini, penakaian semasa pengeluaran biji benih oleh pengeluar biji benih dan penakaian anak benih oleh pengusaha tapak semaian sebelum dihantar ke ladang amatlah penting untuk meminimumkan kewujudan pokok-pokok berhasil rendah di peringkat ladang nanti. Namun begitu, terdapat juga pokok yang normal tetap berhasil rendah sepanjang masa walaupun keadaannya adalah normal di peringkat tapak semaian dan di ladang.
Bagi pokok matang, kerendahan pengeluaran hasil amnya berasal dari pokok mandul (sterile palms), pokok gugur (abortive) atau pokok abnormal. Pandangan konservatif menunjukkan bahawa 5% – 10% pokok di ladang merupakan pokok berhasil rendah yang disebabkan oleh faktor-faktor berikut :
• Pemilihan dan penakaian yang kurang efisyen sehingga pokok tersebut dipindah tanam di ladang walaupun umur pokok adalah tepat semasa dipindah tanam.
• Penanaman semaian yang belum cukup umur di ladang. Ini disebabkan oleh semaian tersebut belum kembang sepenuhnya dan ciri-ciri abnormal yang sedia ada belum dapat dikesan semasa pindah tanam.
• Kecacatan dalaman bahan tanaman seperti nisbah jantina yang rendah (bunga jantan yang banyak manakala bunga betina berkurangan), kadar keguguran dan kegagalan bunga yang tinggi, kadar pembentukan set buah yang rendah dan sebagainya.
Sumber maklumat :
K. H. Yeow, T.K. Tam, Y.C. Poon and P.Y. Toh, “Recent Innovation in Agronomic Practice : Palm replacement During Immaturity”, The Oil Palm In Agriculture In The Eighties, Vol. II, Editors E. Pushparajah and Chew Poh Soon, ISP, 1982.
Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com