You are currently viewing Pasaran Avocado Semakin Berkembang

Pasaran Avocado Semakin Berkembang

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Avocado, sejenis buah-buahan tropika dan sub-tropika, berasal dari Amerika Tengah dan Kepulauan Indies Barat, kini menjadi perhatian kepada banyak negara dengan harapan dapat menanam dan mengeksportnya bagi menambah pendapatan negara. Namun, buah-buahan ini sudah dimonopoli oleh negara-negara di Amerika Tengah dan Selatan serta beberapa negara di Afrika. Kesatuan Eropah walaupun juga mengeluarkan avocado, namun ia masih wujud sebagai pengimport yang penting bagi buah-buahan ini.

Negara China dengan jumlah penduduk mencecah 1.3 bilion kini adalah negara yang menjadi tumpuan saingan kepada beberapa negara dalam pengeksportan buah ini ke negaranya. China mengenakan syarat ketat terhadap pengimportan avocado sebagai langkah penjaminan keselamatan makanan. Langkah-langkah tersebut termasuklah buah avocado wajib membasmi kuman serta mengikuti pelbagai piawai yang ditetapkan oleh negara itu.

Setakat tahun 2021, tiga negara bangkit sebagai pengeksport avocado terbesar di dunia, iaitu Mexico, Belanda dan Peru. Ketiga-tiga negara ini merangkumi eksport dunia sebanyak 71.4%. Mexico adalah pengeluar avocado terbesar di dunia. Pada tahun 2018, Mexico mengeluarkan 210 juta tan avocado iaitu merangkumi 1/3 jumlah keluaran sedunia yang pada 640 juta tan.

Negara pengeluar avocado sedunia tahun 2021 mengikut susunan perolehan nilai (USD) adalah seperti berikut :

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

1. Mexico: USD 3 bilion (Merangkumi 40.9% jumlah eksport sedunia)
2. Belanda : USD 1.2 bilion (16%)
3. Peru USD 1 bilion (14.4%)
4. Sepanyol: USD 462 juta (6.4%)
5. Chile: USD 213.8 juta (2.9%)
6. Columbia: USD 204.6 juta (2.8%)
7. USA: USD 157.5 juta (2.2%)
8. Kenya : USD 140.1 juta (1.9%)
9. Afika Selatan : USD 110.5 juta (1.5%)
10. Perancis : USD 93.8 juta (1.3%)
11. Morocco: USD 89.4 juta (1.2%)
12. Belgium: USD 85.2 juta (1.2%)
13. Dominican Republic: USD 78 juta (1.1%)
14. New Zealand: USD 77.7 juta (1.1%)
15. Jerman : USD 58.9 juta (0.8%)

Jumlah nilai pengeluaran oleh kesemua negara di atas merangkumi 95.8% keseluruhan nilai avocado sedunia.

Dalam pada itu, sejak tahun 2020, 4 negara di dunia mencapai kadar pertumbuhan penanaman avocado paling pesat, yakni Afrika Selatan (43.7%), Columbia (40.1%), Peru (38.1%) dan kenya (20.5%).

Di rantau Asia Tenggara, malah di seluruh Asia, hanya Indonesia banyak menanam avocado dengan jumlah pengeluaran 660.83 ribu tan (2021) berbanding 294.2 ribu tan pada tahun 2012. Jumlah pengeluaran ini adalah setanding dengan pengeluaran dari negara Republik Dominican yang menghasilkan sejumlah 640 ribu tan pada tahun 2018. Cara penggunaan avocado di Indonesia adalah berbeza dengan negara-negara di Amerika Tengah dan Selatan. Di Indonesia, avocado dirumus dan dihidang sebagai minuman goncang dengan ramuan coklat yang dikenali sebagai “jus alpukat”. Di Amerika tengah dan Selatan pula, avocado kebanyakan dirumus dalam hidangan makanan.

 

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Sila kongsi kepada kawan :