You are currently viewing Amalan Mengelak Kejutan Pindah Tanam Anak Benih Sawit

Amalan Mengelak Kejutan Pindah Tanam Anak Benih Sawit

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Kejutan pindah tanam sering berlaku ke atas anak benih sawit kerana sekitaran penanaman yang asing. Daya penyesuaian diri anak benih itu menjadi faktor utama bagi menentukan hidup atau matinya anak benih di situ. Pengaruh kejutan ini adalah bergantung kepada cara pengurusan anak benih tersebut ketika diangkut ke ladang serta cara penanaman di ladang.

Apabila anak benih mencapai umur 10 – 14 bulan di tapak semaian, ia akan dipindah tanam di ladang. Gejala kejutan akan wujud selepas beberapa hari anak benih ditanami. Di kawasan kering, gejala ini mungkin berlanjutan selama dua bulan. Gejala kejutan amnya tidak akan mempengaruhi prestasi pengeluaran hasil awalan pokok. Namun, jika gejala ini bertambah serius, ia akan meningkatkan kadar jangkitan penyakit yang akhirnya akan mematikan anak benih sawit tersebut.

Keseriusan kejutan anak benih boleh dilihat dari aspek daunnya. Jika masih ada daun yang menghijau sementara yang lain sudah layu, keadaan ini menandakan pokok masih boleh sembuh daripada kejutan itu. Sebaliknya jika semua daun sudah layu sepenuhnya termasuk pucuk daun di bahagian meristem pokok, ini menandakan anak benih itu tiada peluang terus hidup lagi.

Beberapa faktor telah dikenal pasti sebagai penyebab kejutan anak benih sawit seperti berikut :

• Teknik pindah tanam yang salah.

• Perletakan anak benih terlalu lama di tapak semaian.

• Anak benih berumur lanjut (melebihi 14 bulan) dipindah tanam tanpa memangkas daunnya.

• Pindah tanam semasa musim kering khasnya ke atas tanah berstruktur longgar. • Paras air bawah tanah yang tinggi di ladang.

• Akar anak benih tidak dipadatkan dengan tanah semasa pindah tanam.

• Akar anak benih tercedera semasa pindah tanam.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Amalan mengelak kejutan pindah tanam anak benih sawit adalah seperti berikut :

• Semasa memotong beg plastik anak benih itu, sistem akar pokok jangan dicederakan.

• Memadatkan tanah selepas menanam anak benih sawit. Pantauan perlu dijalankan beberapa selepas itu bagi memastikan tanah sudah dipadatakan.

• Sebulan sebelum pindah tanam, anak benih diputar separuh pusingan bagi melonggarkan akar yang terkeluar daripada beg plastik di bahagian bawah.

• Mengelak pindah tanam dalam musim kering.

• Anak benih pada ketinggian melebihi 1.6m hendaklah dipangkas daunnya sebelum dipindah tanam. Amnya daun lama sahaja dipangkas manakala daun muda jarang-jarang dipangkas.

• Pangkasan berlebihan daun anak benih hendaklah dielakkan.

• Pastikan anak benih berada dalam keadaan kukuh semasa pengangkutan ke ladang untuk mengurangkan kadar goncangan pokok sehingga mencederakannya.

 

Sumber maklumat :

P.D. Turner, Oil Palm Diseases and Disorders, Oxford University Press, 1981, page 207 – 210.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Sila kongsi kepada kawan :