You are currently viewing Memaksimumkan potensi pembajaan fosfat bagi meningkatkan hasil tanaman sawit matang

Memaksimumkan potensi pembajaan fosfat bagi meningkatkan hasil tanaman sawit matang

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Menurut kajian, ketika unsur fosfat (P), nitrogen (N) dan kalium (K) hadir bersama, kesan sintetik yang dihasilkan akan memberi kesan positif terhadap penghasilan buah tandan segar pokok kelapa sawit. Ini bermakna kesan nitrogen dan kalium dalam tanah ke atas pertumbuhan dan penghasilan tanaman sawit akan lebih baik dengan adanya kandungan fosfat di dalamnya. Kajian ini pernah dijalankan ke atas tanaman sawit matang berumur di antara 7 – 20 tahun bagi mengetahui kadar baja fosfat yang diperlukan bagi mendapat hasil buah tandan segar yang optimum di bawah kehadiran nitrogen dan kalium. Hasil kajian ini wujud sebagai teknik penggunaan fosfat secara cekap.

Kajian ini dimulakan oleh MPOB (ketika itu dikenali sebagai PORIM) sejak tahun 1970-an dengan kerjasama syarikat perladangan yang lain. 10 plot tanaman sawit merangkumi pelbagai jenis tanah telah diuji dengan dos baja fosfat yang berbeza.

Di antara 10 plot tersebut, 6 plot terdiri daripada kawasan tanah pedalaman berasal daripada batu sedimenteri (sedimentary rock) atau tanah alluvia asosiasi (associated alluvium soil) manakala yang 4 lagi terdiri daripada tanah pesisir pantai jenis alluvia (riverine & marine alluvium soil).

Hasil kajian tersebut adalah diperolehi melalui analisis dan perbandingan dengan menggunakan formula persamaan tindakbalas (response equation). Bagi mendapat keputusan yang lebih perinci, tanaman sawit dalam kajian tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan berumur 7 – 12 tahun dan kumpulan berumur 12 – 18 tahun.

Di atas tanah pesisir pantai, kedua-dua kumpulan kawasan yang masing-masing terdiri daripada tanaman sawit berumur 7 – 12 tahun dan 12 – 18 tahun tidak menunjukkan penambahan hasil sawit walaupun fosfat telah diaplikasikan. Hal ini berlaku semasa nitrogen dan kalium tidak digunakan bersama. Sebaliknya, penggunaan fosfat, nitrogen dan kalium bersama telah berjaya menaikkan hasil sawitnya  (sila lihat rajah 3 & 4).

Bahan Organik Meningkatkan Kadar Rungkaian Fosfat

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Dalam ujian tertutup, didapati tanah yang disungkupi dengan buah tandan kosong telah meningkatkan kadar rungkaian fosfat. Pada masa yang sama, ia juga mengurangkan kadar serapan fosfat sebanyak 45 – 50% oleh bahan oksida ferum dan aluminium dalam tanah. Serapan tersebut oleh kedua-dua bahan ini pada hakikat akan mengurangkan kesan fosfat pada tanaman. Oleh itu, penyungkupan permukaan tanah di ladang sawit dengan biojisim sebenarnya dapat meningkatkan kesan fosfat.

Kesimpulan

Bagi tanaman sawit yang berada di kawasan pesisir pantai, penggunaan fosfat CIRP pada kadar 3.0kg/pokok/tahun mendatangkan kadar pulangan pelaburan yang terbaik. Bagi tanaman sawit di kawasan tanah pedalaman pula, kadar pulangan bersih yang terbaik diperolehi pada kadar penggunaan CIRP 4.5kg/pokok/tahun.

 

Sumber Maklumat :

Zin Z Zakaria, Zulkifli Hashim and Tarmizi, A. M, “Maximizing The Potential of Phosphate Fertilizers For Increasing Mature Oil Palm Yield”, MPOB Information Series, MPOB TT NO. 347, June 2007.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :