Keperluan Nitrogen
Menurut sumber, dalam 3 tahun pertama penanaman sawit di tanah gambut, keperluan nutrien nitrogen (N) bagi setiap pokok ialah 0.2 – 0.5kg/tahun iaitu bersamaan 0.4 – 1.0kg urea/pokok/tahun. Mula tahun keempat, keperluan N meningkat ke 1.0kg/pokok/tahun bersamaan 2.2kg urea/pokok/tahun. Walaupun ada pendapat yang mengatakan keperluan tanaman sawit terhadap N di tanah gambut akan menurun mengikut umur pokok, namun satu kajian di Sumatera Utara, Indonesia Indonesia mendapati sebuah ladang yang telah dibekal dengan urea selama 5 tahun berturut – turut dengan kadar 1.0 – 1.5kg belum nampak ada penurunan keperluan N pada tanaman sawit tersebut. Keadaan ini memberi implikasi bahawa sawit yang diusahakan di tanah gambut mempunyai keperluan N yang lebih tinggi berbanding di tanah mineral.
Keperluan Fosforus
Penggunaan baja fosforus (P) secara berlebihan di tanah gambut akan menyekat pengeluaran hasil di samping menghalang penyerapan nutrien zink dan kuprum oleh tanaman sawit. Oleh itu, dicadangkan dalam 3 tahun pertama, penaburan 0.2kg P205 atau 0.6kg CIRP/pokok/tahun sudah memadai. Bermula tahun keempat, P205 ditingkatkan kepada 0.4 – 0.6kg atau 1.2 – 1.8kg CIRP/pokok/tahun. Ada pendapat yang mengatakan CIRP untuk sawit matang di tanah gambut tidak harus melebihi 1.25kg/pokok/tahun. Oleh yang demikian, kadar penggunaan nutrien ini untuk sawit di tanah gambut diyakini perlu berada di tahap yang munasabah untuk meraih hasil sawit yang menggalakkan.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Keperluan Kalium
Nutrien kalium (K) amat kurang di tanah gambut. Pokok sawit dalam 3 tahun pertama dicadangkan mengunakan 1.5kg K20 atau 2.5kg MOP/pokok/tahun. Bermula tahun keempat, K20 ditingkatkan kepada 2.0 – 2.5kg atau 3.3 4.2kg MOP/pokok/tahun. Kajian dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mendapati keperluan MOP untuk sawit di tanah gambut boleh meningkat ke tahap 6kg/pokok/tahun atau penggunaan abu buah tandan kosong sebanyak 9.6kg/pokok/tahun. Abu buah tandan kosong sawit mengandungi 30 – 40% K20 serta 4% P205 di samping memiliki nilai pH 11 – 12, oleh itu ia dianggap sebagai satu sumber kalium yang baik serta memiliki kelebihan dalam meneutralkan kemasaman tanah.
Sumber maklumat :
Mohd Tayeb Dolmat. Technologies for Planting Oil Palm on Peat, MPOB, 2005.