You are currently viewing Kesan Pembajaan Sawit Di Tanah Kurang Subur Lebih Tinggi Berbanding Di Tanah Subur

Kesan Pembajaan Sawit Di Tanah Kurang Subur Lebih Tinggi Berbanding Di Tanah Subur


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com

Keberkesanan pembajaan untuk tanaman sawit bergantung kepada beberapa faktor termasuk jenis tanah di ladang masing-masing. Inilah antara sebab yang menerangkan perolehan hasil sawit yang tidak sama selepas penaburan baja. Jurang hasil sawit boleh wujud dengan ketara. Umpamanya tanah jenis Munchong, Durian dan Bungor (sila lihat jadual 1) yang menunjukkan selepas pembajaan, hasil sawit telah meningkat dengan ketara di antara 40 – 270% berbanding tanah serupa yang tidak dibajakan.


Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan tanah asal itu sememangnya kurang subur jika dibandingkan dengan dengan jenis tanah lain. Umpamanya tanah jenis Munchong, Rengam, Durian dan Bungor yang berasal dari batu igneous yang walaupun sesuai untuk tanaman sawit kerana tekstur tanah yang membolehkan pengembangan sistem akar sawit tetapi ia kekurangan nutrien tertentu di dalam tanah asal manakala tanah jenis Batu Anam mempunyai struktur keras di dalam serta kadar saliran air yang tidak baik justeru tidak sesuai untuk tanaman sawit.

Jadual 2 pula menunjukkan pelbagai jenis tanah yang setelah diberikan baja telah menghasilkan pelbagai kesan positif. Hasil purata sawit terkumpul setelah pembajaan selama 7 tahun itu di tanah jenis Briah meningkat 5 tan/ha/tahun bersamaan 19.5%. Bagi tanah jenis Bernam pula, hasil sawit meningkat 7.3 tan/ha/tahun bersamaan 50.7% manakala tanah Rengam meningkat 6.9 tan/ha/tahun bersamaan 32.2%. Peningkatan hasil sawit yang paling banyak dapat diperhatikan di tanah jenis Melacca dengan kenaikan 12.4 tan/ha/tahun atau bersamaan 95.4%.


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Tanah yang telah diberikan baja akan memulih ke tahap normal dari segi kandungan nutrien serta mengalami peningkatan kesuburan selanjutnya memperbaiki struktur dan keberkesanan tanah. Sifat semual jadi tanah dari segi pegangan nutrien, air serta nisbah komponen tanah juga berkitan dengan keberkesanan baja. Dengan kata lain, tanah yang berstuktur baik serta diberikan baja akan memberi kesan pembajaan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan tanah berstruktur tidak baik seperti tanah yang mengandugi lapisan keras di dalam yang akan menghalang pengembangan sistem akar sawit. Kesan pembajaan pembajaan bagi tanah asal yang sememangnya lebih subur kelihatan tidak setonjol kesan pembajaan ke atas tanah asal yang kurang subur. Hakikat ini perlu diambil dalam kiraan semasa menilai kesan pembajaan di ladang masing-masing.

Sumber maklumat :

1. P.D. Turner and R. A. Gillbanks, Oil Palm Cultivation and Management, ISP, 2003.
2. R.H.V. Corley and P.B. Tinker, The Oil Palm, Blackwell Publishing, 2003.


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com