All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Durio testudinarum
Jika dilihat dari luaran, durio testudinarum bagaikan durian mini tempatan. Ia boleh didapati di hutan Pulau Borneo. Di kawasan Ulu Dusun Sabah, Kampung Lingkungan Brunei dan Limbang Sarawak, durio ini sering dijumpai. Karakteristik durio ini ialah ia tumbuh melimpah di bahagian pangkal pokok. Disebabkan oleh buahnya tumbuh berdekatan permukaan tanah sehingga kura-kura juga sanggup memakannya, barangkali ini yang menjadi nama buahnya sinonim dengan kura-kura dalam bahasa Mandarin. Mungkin juga buah ini membawa bau kura-kura yang menyebabkan penamaannya ini. Namun semua ini hanya agakan sahaja.
Oleh kerana buah Durio testudinarum berbau kuat, ramai orang menganggapnya tidak boleh dimakan. Pada hakikat, buahnya berwarna kuning berperisa sederhana manis dan mempesonakan ketika dimakan.
Isi buah Durio testudinarum berwarna hijau cerah semasa mengkal dan warna menukar ke kuning tembaga ketika masak. Duri buahnya tidak begitu tajam. Kini sudah ada orang yang menanam durio ini secara kecil-kecilan. Pendebungaan buah dijalankan oleh serangga, semut dan juga lalat pada waktu pagi kerana bunganya akan mekar sepenuhnya pada jam 10.00 pagi. Ini satu fenomena yang berbeza dengan durian tempatan yang bunga mekar mulai lewat petang sehingga ke larut malam. Buah Durio testudinarum tahan terhadap takungan air. Demi untuk mengawal buahnya dimakan oleh binatang liar, penduduk yang tinggal berdekatan dengan durio ini akan membuat pagar untuk melindunginya.
Tabiat pertumbuhan buah di pangkal pokok juga memupuk sesetangah pengusaha tanaman menggunakan baka durio ini untuk dijadikan pokok penanti dalam proses percantuman (pembiakan) dengan durian tempatan, Cuma tidak tahu buah yang bakal terjadi itu akan tumbuh di pangkal pokok ataupun di atas pokok.
Durio oxleyanus
Durio ini juga dikenali sebagai durian Sukang, ia berasal di Sabah, Sarawak dan Kalimantan di samping juga terdapat di hutan Semenanjung Malaysia dan Sumatera. Buahnya bersaiz kecil dan dipenuhi dengan duri hijau yang menonjol. Berat buah durio oxleyanus jarang-jarang melebihi 500 g, isi buah berwarna krim putih atau kuning cerah tanpa aroma seperti dalam durian tempatan tetapi perisanya juga mempesonakan ketika dimakan.
Durio oxleyanus kini juga ditanam oleh sesetangah pengusaha tanaman atas sebab minat dan rasanya bukan kerana potensi komersialnya. Buahnya dipenuhi duri serta agak sukar dikopek justeru sedikit sebanyak mempengaruhi nilai komersial. Walau bagaimanapun, isi buahnya juga cukup halus serta manis. Biasanya terdapat 3-4 ulas isi buah dalam satu biji durio oxleyanus. Buah ini juga boleh didapati di warung berdekatan tempat berasalnya. Akhir kata, kedua-dua jenis durio ini yang pada dahulu merupakan durio liar di hutan tetapi kini semakin mendapat perhatian di kalangan penanam. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh trend durian yang hangat di masa ini.
Sumber maklumat :
1. Zainal Abidin Mohamed et al., Siri Buah-Buahan Komersial Malaysia-Durian, DBP, 2016 (cetakan kedua).
2. Salma Idris, Durio of Malaysia, MARDI, 2011.
3. Durian of The Year, portal information.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350