You are currently viewing Kulapuk Hitam Menguasai Daun Sawit

Kulapuk Hitam Menguasai Daun Sawit


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Seringkali terlihat tompokan hitam terjadi pada bahagian daun pokok kelapa sawit. Kejadian ini pada kebiasaan berlaku pada daun-daun lama pokok berumur 5 tahun dan ke atas. Walaupun tiada bukti menunjukkan tompokan hitam tersebut menusuk masuk ke dalam tisu daun, namun pertumbuhan menyeluruh dipercayai boleh mengganggu proses fotosintesis. Sungguhpun begitu, pandangan ini masih perlu tinjauan selanjutnya. Memandangkan kejadian tersebut amnya terhad pada daun-daun lama yang tidak begitu cekap lagi menjalankan proses fotosintesis, maka pengaruh ekonominya dianggap tidak besar.

Tompokan ini merupakan kulapuk hitam yang dihasilkan oleh mikroorganisma dan fungi. Di Afrika Barat, kejadian ini wujud di permukaan atas lai daun manakala di Asia Timur termasuk Malaysia, kulapuk hitam tumbuh pada permukaan bawah lai daun lama. Biasanya, kehadiran pepijat bertepung (mealybugs) atau aphids bersama semut pengikutnya adalah penyebab kejadian ini. Kulapuk hitam tersebut jika digoris secara ringan didapati permukaan terbabit itu tiada kerosakan berlaku, melainkan warna permukaan tersebut lebih pucat dibandingkan dengan permukaan yang tidak dikuasainya.

Beberapa jenis fungi telah dikenal pasti mempunyai kebolehan membentuk kulapuk hitam seumpama ini. Fungi-fungi ini ialah Brooksia tropicalis yang hadir di Negara Sierra Leone, Ghana, Nigeria, Malaysia, Papua New Guinea dan lain-lain lagi. Di sabah pula, spesis Ceramothyrium dan Chaetothyrium juga dikesan. Kehadiran fungi pada bahagian daun adalah disebabkan oleh adanya bahan-bahan buangan serangga yang dijadikan pula sebagai sumber makanannya.

Fungi tersebar dalam bentuk spora yang dibawakan oleh angin, kemudian hinggap pada permukaan daun. Selagi ada bahan-bahan buangan serangga di situ, tempat tersebut akan menjadi lokasi penetapan dan pembiakan sehingga bahan makanan sudah habis digunakan dan populasinya akan mula menurun. Oleh kerana kulapuk hitam ini tiada pengaruh signifikan ke atas pokok, maka tiada rawatan diperlukan apa lagi daun-daun tersebut akan dipangkas apabila sampai masanya tidak lama lagi.


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com

 

Sumber maklumat :

P. D. Turner, Oil Palm Diseases And Disorders, Oxford Univesity Press, 1981.


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com