You are currently viewing Tebu Telur Sama-sama Diminati Oleh Pekebun Malaysia

Tebu Telur Sama-sama Diminati Oleh Pekebun Malaysia

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Keluasan tanaman tebu kuning di Malaysia setakat tahun 2021 mencatatkan 1,534 hektar dengan jumlah pengeluaran 23,519 tan. Boleh dikatakan kebanyakan pekebun tebu masih terpikat oleh tanaman tebu kuning kerana ciri-cirinya yang unik seperti ruas yang panjang serta lurus. Warna kulitnya juga menarik. Namun, oleh kerana jusnya agak manis berbanding tebu lain, justeru ada pekebun dan pengguna memilih tebu telur yang berjus sederhana manis.

Mengikut sumber, kedua-dua jenis tebu ini mempunyai pasaran yang cerah khasnya eksportnya ke Singapura sehingga bekalan tidak dapat menampung permintaan di situ. Selain untuk pasaran eksport, ia juga dirumus menjadi jus tebu dalam botol dan dijual khususnya dalam bulan Ramadhan dan mendapat permintaan yang sangat tinggi. Jus tebu sangat digemari sebagai minuman berbuka puasa.

Beberapa ciri tebu telur yang memikat hati pekebun selain pasarannya tidak bermasalah, kualiti jusnya dianggap sama-sama bermutu malah ada pihak yang mendapatinya lebih bermutu daripada tebu kuning terutama jus tebu telur berbau lebih harum, mengandungi lebih air serta tidak terlampau manis.

Dilihat secara perinci, didapati tebu telur mempunyai ruas yang pendek-pendek serta membujur dan membulat seakan-akan bentuk telur. Tambahan kulitnya adalah lebih rapuh dan lembut justeru sangats sesuai diperah dengan mesin untuk penghasilan jus. Jusnya juga berwarna hijau muda berbanding jus tebu kuning yang lebih keruh. Ciri morfologi pokok tebu telur juga berlainan daripada tebu kuning seperti daunnya tidak miang serta pokok tidak mengeluarkan bunga tidak kira berapa lama ditanam. Pentingnya ialah harga pasaran bagi tebu telur lebih menarik iaitu antara RM1.40 – RM1.80/batang berbanding tebu kuning pada RM1.00/batang.

Secara perbandingan, tebu kuning mempunyai ruas yang lebih panjang serta lurus. Untuk tujuan mengunyah secara segar, tentu tebu kuning lebih mempesonakan. Namun, mengunyah tebu segar kini sudah semakin berkurangan, sebaliknya fungsi utamanya ialah dirumus menjadi jus yang mempunyai pasaran lebih meluas.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Penanaman tebu telur memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Namun amalan agronomi terhadapnya serupa dengan tebu kuning. Menurut sumber, tebu telur boleh dikutip hasil selepas 9 bulan ditanam. Pengeluaran ratun turut boleh dituai 3 bulan selepas pokok induk dituai. Keadaan ini dijangka akan berterusan selama 3 – 4 tahun. Dengan kata lain, hasilnya akan diperolehi secara berterusan tanpa perlu menanam semula. Hanya selepas 3 – 4 tahun, kegiatan tanam semula baru dilakukan.

Dari segi kawalan serangga perosak, apabila daunnya mengembang dalam tempoh 3 – 4 bulan selepas ditanam, semburan racun serangga dan kulat dimulakan bagi mengawal serangan seperti pengorek batang tebu. Kawalan rumpai juga wajib bagi mengelak populasi tikus dan ular di situ yang mungkin akan membahayakan pekebun.

Sama ada tebu kuning atau tebu telur lebih berpotensi untuk diusahakan adalah terpulang kepada pekebun sendiri untuk memilihnya. Dari segi harga pasaran, kelihatan tebu telur lebih menarik tetapi keadaan ini juga bergantung kepada status permintaan dan pembekalan di pasaran yang menentukan harga jualannya. Kelihatan kedua-dua jenis tebu ini sama-sama memiliki kelebihan masing-masing serta sama-sama mempunyai potensi pasaran yang cerah, terserahlah kepada budi bicara pekebun masing-masing untuk memilihnya.

Satu keunikan tebu telur ialah kononnya pokok tidak akan berbunga. Mengikut sumber (P. Seshagiri Rao, Effects of Flowering on Yield and Quality of Sugarcane, 2008), pembungaan tanaman tebu akan menjejaskan pengeluaran hasil dan kandungan sukros. Menurutnya, hasil tebu akan meningkat 56.6% bagi pokok induk dan 33.8% bagi pokok ratun jika pokok tidak berbunga, manakala kandungan sukros turut meningkat sebanyak 69.1% bagi pokok induk serta 35.4% bagi pokok ratun. Sebab itu, ciri tidak berbunga pada pokok tebu telur wujud sebagai salah satu kelebihan dalam pengeluaran hasil.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Sila kongsi kepada kawan :