You are currently viewing Mengawal Serangan Pengorek Buah Durian Menjamin Kelestarian Hasil

Mengawal Serangan Pengorek Buah Durian Menjamin Kelestarian Hasil

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Di kebun durian, sering kelihatan kupu-kupu dan rama-rama terbang bebas ke sini ke sana mencari tempat perhentian. Di situ ia mungkin ada menelur di permukaan buah, pada bunga malahan di bahagian pucuk pokok. Apabila larva menetas, ia akan menyerang bahagian-bahagian tersebut dan mengakibatkan buah rosak, bunga gugur serta tumbesaran pokok terjejas.

Di antara kupu-kupu ini, Mudaria magniplaga merupakan serangga perosak yang akan memudaratkan hasil tanaman khususnya buah durian melalui korekan ke dalam buah sehingga ke bahagian biji benih. Buah yang diserangi menampil isi buah reput dan busuk. Hanya isi buah dalam pangsa yang diserang menjadi rosak manakala yang tidak diserangi biasanya masih normal dan boleh dimakan. Buah seumpama ini tidak dikehendaki oleh pembeli dan merugikan pekebun. Kupu-kupu ini kelihatan tertarik oleh buah berspesies durio kerana didapati ia juga menyerang durio spesies Lowianus dan Oxylenus yang tumbuh liar di hutan.

Serangan larva kupu-kupu ini mudah dikesan di permukaan buah melalui penampilan butiran fras kasar dan basah menandakan larva tersebut masih ada di dalam buah. Jika fras itu sudah kering ia menunjukkan larva mungkin sudah dewasa atau telah membentuk kepompong. Larva yang matang akan keluar daripada buah untuk membentuk kepompong dalam tanah. Aras serangan larva kupu-kupu Mudaria magniplaga ke atas buah durian amnya di paras sederhana sehingga tinggi. Oleh kerana buah akan kehilangan nilai selepas serangan, maka kawalan amat penting untuk mengelak daripada kerugian hasil.

Kupu-kupu ini boleh dikawal dengan memasang perangkap cahaya untuk memerangkapnya di waktu malam memandangkan perosak ini aktif di waktu malam. Malangnya perangkap cahaya juga memerangkap serangga bermanfaat seperti lebah tualang dan mush semula jadinya. Bagi pokok yang rendah, membalut putik buah dengan karung kertas tebal ketika berumur 3 – 4 minggu memberi kesan positif. Amalan ini juga dapat mengelak serangan kulat Phytophthora ke atas buah. Menjaga kebersihan ladang adalah amalan penting. Buah yang telah diserangi hendaklah dibuang dan ditanam ke dalam tanah supaya tidak membiak.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Bagi pokok tinggi yang susah dikawal dengan kaedah budaya, semburan racun serangga boleh digunakan. Racun serangga seperti deltametrin (contoh: Decis, 10-22 ml/10 liter air), methidathion (contoh Ultracide 4030 EC, 10 ml/4.5 liter air), cypermethrin (contoh: Garrison 5.5 EC, 12 – 18 ml/9 liter air), chloryrifos + cypermethrin (contoh: Nurelle-D505 EC, 5-12 ml/10 liter air) dan dimethoate (contoh: Dimet 40, 7-15 ml/10 liter air) disembur bergilir-gilir selang 10 14 hari bermula daripada buah berumur 3 minggu hingga ke peringkat buah hampir masak, iaitu kira-kira 2 3 minggu sebelum buah gugur.

 

Bahan rujukan :

Ithnin Badri et al., Serangga Perosak Buah-buahan Tropika Malaysia, 2008, MARDI.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sila kongsi kepada kawan :