You are currently viewing Kambing BK,Baka Kambing Baru MARDI

Kambing BK,Baka Kambing Baru MARDI


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Usaha membiak baka kambing terus dijalankan oleh MARDI sejak dahulu sehingga kini. Pelbagai penerokaan telah diikhtiarkan dan mendapat kejayaan sewajarnya dalam memperbanyakkan baka kambing untuk tujuan ternakan di Malaysia. Kejayaan MARDI melancarkan baka kambing baru pada 28 Sept 2019 di stesen MARDI Kluang menandakan satu langkah ke hadapan dari MARDI dalam usaha usaha mengurangkan import negara terhadap daging kambing yang selama ini masih dalam proses penyelesaian. Pelancaran tersebut disempurnakan oleh bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia YB Dato’ Salahuddin Ayub.

Di majlis pelancaran itu, YB berkata kambing baru MARDI ini dikenali sebagai kambing BK merupakan kacukan antara kambing betina Boer dan kambing jantan Katjang dan menghasilkan kambing BK bersaiz sederhana sesuai untuk pasaran domestik pada umur 2 tahun dengan berat badan antara 45 – 55 kg. Menurutnya, kambing BK berbadan lebih besar daripada kambing Katjang tetapi lebih kecil pula daripada saiz badan kambing Boer dan justeru itu dikategorikan sebagai bersaiz sederhana.


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com

Menurutnya lagi, kambing BK memiliki ciri kadar pertumbuhan dan kebuntingan yang tinggi sehingga 93% serta dengan kadar anak kembar mencapai 42%. Dagingnya juga kurang berbau hamis serta lebih sesuai dibiak pada umur lebih awal iaitu sekitar 10 bulan. Antara ciri-ciri unik lain bagi kambing BK ialah baka ini mempunyai daya ketahanan penyakit dan jangkitan parasit yang lebih tinggi serta badannya lebih berotot dan kurang lemak. Berikutan pelancaran kambing baka baru, kini penternak mempunyai pilihan baru dalam penternakan mereka.

 


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com