You are currently viewing Keberkesanan Beberapa Jenis Baja Organik Terhadap Tumbesaran Tanaman Cili Kulai

Keberkesanan Beberapa Jenis Baja Organik Terhadap Tumbesaran Tanaman Cili Kulai

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Tanaman cili berasal dari Amerika Selatan. Di zaman penjajahan Portugis dan Sepanyol, ia dibawa masuk ke negara tropika termasuk negara-negara Asia Tenggara. Penerimaannya di rantau ini sangat menggalakkan kerana ia merupakan sayuran eksotik yang dapat menyelerakan makanan.

Dua bulan lebih selepas ditanam, cili mulai dikutip hasil dan berterusan selama 5 – 6 bulan jika pengurusan adalah baik, umpamanya tiada serangan penyakit berlaku. Sebagai tanaman jangka pendek, ia memberi pulangan cepat kepada pekebun. Hal ini menjadikan tanaman ini sangat popular di kalangan penanam termasuk juga penanam dari Malaysia.

Pengurusan pembajaan tanaman ini umumnya menggunakan baja sebatian. Lama-kelamaan, kepentingan baja organik sudah diabaikan. Padahal, baja organik juga berbaloi untuk tanaman ini malahan dapat meningkatkan kesuburan tanah secara mesra alam. Baja organik yang berasaskan tumbuhan memberi kesan besar terhadap daya pemeliharaan kelembapan tanah. Manakala baja organik berasaskan haiwan lebih memberi kesan dalam tumbesaran awal tanaman terutama untuk sayuran daun.

Secara perbandingan, baja sebatian memberi kesan lebih cepat berbanding baja organik, tetapi akibatnya ialah tanah mudah menjadi masam, berketulan serta kesuburan meleset. Memandangkan aplikasi dengan baja organik pula, keadaan ini jarang-jarang berlaku. Justeru itu, menimbangkan kesannya untuk masa berpanjangan, maka penanam digalak memasukkan baja organik dalam program pembajaan mereka kerana kesannya terhadap tanah sangatlah penting.

Cili wujud sebagai salah satu tanaman yang bertindak balas baik terhadap baja organik. Satu eksperimen dalam bilik hijau telah dilakukan di Malaysia ke ats cili panjang Kulai yang ditanami dalam polibeg. Pengairan diberikan dua kali sehari serta masing-masing dirawat dengan 5 jenis baja organik seperti berikut :

1. Baja cacing tanah
2. Baja tahi ayam
3. Peat moss
4. Baja sisa ikan
5. Baja tahi lembu

Hasil Eksperimen

Ketinggian pokok dalam plot rawatan baja cacing tanah adalah tertinggi (63.38cm) berbanding plot kawalan yang tidak menggunakan sebarang rawatan baja yang berketinggian pada 42.12cm. Hal ini menyimpulkan baja organik mampu meningkatkan tumbesaran pokok ekoran kandungan NPK di dalam yang mudah diambil oleh tanaman cili.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Bilangan daun tanaman cili juga tertinggi di plot rawatan dengan baja cacing. Dalam plot ini, jumlah dahan sebanyak 24 batang telah diperolehi berbanding plot kawalan yang hanya mendapat 5 batang sahaja. Julat ini agak besar. Kesemua ini adalah aspek pertumbuhan vegetatif pokok yang telah diperkasakan oleh baja organik sebagaimana dapat diperhatikan di dalam eksperimen ini.

Satu lagi parameter boleh digunakan untuk mengukur pertumbuhan vegetatif pokok ialah konduktiviti stomata yang bermaksud kadar kemasukan CO2 ke dalam daun melalui liang udara serta kadar sejatan air melalui liang tersebut. Lagi tinggi konduktiviti itu maka lebih berkesan proses tumbesaran dicapai. Sekali lagi plot rawatan baja cacing memperolehi bacaan tertinggi kemudian diikuti oleh plot rawatan baja tahi ayam, peat moss, sisa ikan dan akhirnya tahi lembu.

Mengenai kandungan klorofil di dalam daun tanaman cili, plot rawatan dengan baja cacing tetap paling unggul berbanding plot lain. Kandungan N yang lebih tinggi dalam baja cacing merupakan puncanya mendahului semua plot lain dalam kandungan klorofil. Bahan ini penting dalam proses fotosintesis. Kesediaan klorofil yang lebih banyak di dalam daun bermakna penjanaan karbohidrat akan meningkat dan selanjutnya meningkatkan tumbesaran. Cacing tanah sangat baik terhadap kesuburan dan penambahbaikan tekstur tanah. Ini juga antara faktor penting yang menyumbang kepada hasil eksperimen di sisi ini.

Jika dibandingkan dengan bilangan bunga tanaman cili yang dihasilkan, baja cacing tanah kelihatan lebih berkesan lagi. Bunga yang banyak adalah hasil secara tidak langsung dari pengeluaran daun yang banyak. Dari aspek pengeluaran hasil cili, hanya baja cacing dan baja tahi ayam didapati berkesan kerana kedua-dua jenis baja ini lebih tinggi proses fotosintesisnya yang menjelma menjadi hasil cili yang lebih lumayan serta lebih berat dan besar. Selain baja cacing dan tahi ayam, baja-baja organik lain semuanya tidak berkesan kerana tidak mampu memupuk pengeluaran hasil cili.

 

Sumber maklumat :

Mohammad Moneruzzaman Khandaker et al., ‘Effects of different organic fertilizer on growth, yield and quality of Capsicum annuum L. Var. Kulai (red chilli Kulai), Biosciences Biotechnology Research Asia, March 2017.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sila kongsi kepada kawan :