You are currently viewing Serangan Nematod ke atas Tanaman Durian Dan Kaedah Kawalan

Serangan Nematod ke atas Tanaman Durian Dan Kaedah Kawalan


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com

Nematod sejenis cacing halus berukuran 0.2mm – 10mm bergantung kepada spesies. Taburannya di kawasan pertanian agak meluas dan kewujudannya bergantung kepada jenis tanah, jenis tanaman serta kehadiran organik. Nematod menyerang sistem akar tanaman dan mengakibatkan hujung akar cedera dan bengkak serta membentuk akar-akar kecil yang gemuk dan pendek. Atas sebab ini, akar menjadi mudah hancur dan kering. kering. Dengan kata lain, serangannya menyebabkan fungsi akar terjejas. Justeru itu, simptom serangan nematod sukar dibezakan dengan simptom kemarau dan kekurangan nutrien ekoran simptom tersebut agak sama. Bagi tanaman, apabila sistem akar sudah terencat, tumbesaran pokok akan terjejas, jika tidak dirawat, kemungkinan besar pokok akan mati.

Serangan nematod ke atas pokok durian lebih jarang dilaporkan. Namun, itu tidak bermakna perkara ini tidak berlaku. Menurut sumber, kehadiran nematod amnya berlaku di kawasan kering atau kemarau serta di kawasan yang tidak menerima baja dengan sempurna. Justeru itu, penjagaan aras kelembapan tanah dan nutrien di satu-satu kawasan penanaman dengan baik dijangka dapat mengurangkan populasinya. Di samping itu, sistem akar tanaman jika dipupuk supaya tumbuh dengan lebih kuat juga berbantu dalam kawalan serangan nematod.

Racun kawalan nematod jenis butiran yang mengandungi bahan organofosfat seperti racun fenamifos dan profos serta mengandungi organokarbamat seperti oksamil (Vydate), aldikarb (TeTemik) dan Karbofuran (Furadan) merupakan racun sentuh, hendaklah digaul ke dalam tanah jika ingin digunakan. Racun ini akan meresap ke dalam tanah dengan kadar cepat ekoran kelarutan yang tinggi. Namun, organofosfat mungkin tidak memberi kesan ketara jika tanah tersebut kaya dengan bahan organik. Fenamifos dan karbofuran merupakan racun tidak meruap dan telah didaftarkan di Malaysia untuk digunakan.


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com

 

Sumber maklumat :

Lim Tong Kwee dan Kamaruzaman Sijam, Penyakit Tanaman Durian, DBP, 2015 (cetakan kedua), hal. 30-33.


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com