You are currently viewing Sawit Di Tanah Gambut Memberatkan Nutrien Kalium, Kuprum dan Zink

Sawit Di Tanah Gambut Memberatkan Nutrien Kalium, Kuprum dan Zink

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Kandungan nutrien di dalam tanah gambut amnya lemah. Jika pembajaan tidak diberikan, hasil sawit mungkin tidak dapat mencapaikan seperti disasarkan. Oleh itu para penyelidik telah membuat kajian mengenai aspek ini supaya masalah tersebut dapat diperbaiki.

Nitrogen (N)

Tindak balas tanah gambut terhadap N hanya sekadar 8 15%. Inilah penemuan dalam kajian awal yang menunjukkan tahap nutrien ini tidak begitu lemah dalam tanah gambut. Gurmit (1989) menganggap bekalan 0.5 – 1.0kg urea (sumber nitrogen) sudah dapat memenuhi keperluan sawit di tanah gambut. Jaman dan Kueh (1996) juga memegang pandangan yang sama, bagaimanapun, mereka juga berpendapat dos baja N ini hanya cukup untuk 3 tahun pertama, mulai tahun keempat, setiap pokok perlu ditokok 2.2kg urea. Pendapat ini adalah berdasarkan tanaman sawit di Sarawak.

Mohd Tayeb Dolmat dari MPOB pula menganggap sawit di tanah gambut biasanya hanya menunjukkan tindak balas yang lebih besar di peringkat baru tanam dan sebelum matang. Tindak balas tersebut akan semakin berkurangan apabila masa berlanjutan. Di peringkat akhir penanaman sawit, penaburan N sebaliknya akan menyekat pengeluaran hasil sawit. Oleh yang demikian, disimpulnya bahawa sawit dewasa di tanah gambut hanya boleh diberikan N tidak melebihi 1kg/pokok setahun keran dos yang lebih akan membazir serta menyekat hasil sawit.

Namun, di Indonesia, satu kajian yang lebih baru menunjukkan tanaman sawit di tanah gambut mendapat manfaat optimum selepas dibekal 1.0 – 1.5kg urea. Malahan keperluan N tetap kukuh dalam tempoh 5 tahun dan keperluan ini tidak merosot mengikut masa.

Fosforus (P)

Pengalaman United Plantation Berhad (UPB) mendapati kebanyakan pokok sawit di tanah gambut sudah cukup dengan dos P pada 1kg/pokok/tahun. Jika dos ini ditingkatkan, ia akan menyekat pengambilan nutrien kuprum dan zink. Pengalaman MPOB juga telah mengenal pasti perkara ini khasnya dos untuk sawit pada jenis tanah ini tidak harus melebihi 1.25kg/pokok/tahun. Bagaimanapun, untuk keadaan sawit di tanah gambut Sarawak, Jaman dan Kueh (1996) mencadangkan dos serbuk P untuk pokok sawit berumur 4 tahun dan ke atas harus dihadkan pada 1.2 – 1.8kg/pokok/tahun manakala pokok sawit di peringkat belum matang diberikan dos separuh seperti di atas sudah mencukupi. Kelihatan P bukanlah nutrien yang kurang di tanah gambut. Kajian Manjit (2004) selanjutnya mencadangkan penaburan P pada dos 0.5kg/pokok/tahun sudah dapat memenuhi keperluannya.

Kalium (K)

Tidak begitu pula dengan kalium kerana tanah gambut memerlukan nutrien ini pada dos yang agak besar. Dalam laporan Gurmit (1989), sawit dewasa di tanah ini perlu dibekal 5kg/pokok/tahun dengan MOP (sumber K). Jika pengusaha tanaman boleh mendapat abu buah tandan kosong, itu lagi baik kerana bahan ini mengandungi 30 – 40% kalium klorida dan 4% fosforus di samping juga mengandungi beberapa jenis nutrien surih. Abu buah tandan kosong memiliki nilai pH antara 11 – 12 justeru wujud sebagai bahan yang baik untuk meneutralkan kemasaman tanah gambut. Bahan ini boleh digunakan bersama dengan MOP. Dos MOP sebanyak 6kg/pokok/tahun ataupun abu buah tandan kosong 9.6kg/pokok/tahun juga boleh diterima memandangkan pokok mampu menyerap kesemua dos ini. Kajian MPOB sudah membuktikan perkara ini.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Pihak Indonesia sudah juga menunjukkan kaitan yang rapat di antara hasil sawit dengan dos aplikasi K. Untuk mendapat hasil 23 tan/ha atau ke bawah, 3kg MOP sepokok/tahun sudah mencukupi. Bagi sasaran hasil melebihi 30 tan/ha, dos MOP diperlukan sebanyak 6kg/pokok/tahun. Daripada sini jelas kelihatan K merupakan nutrien paling penting di antara kesemua NPK. Menurut satu analisis kewangan, pembajaan adalah satu amalan berbaloi walaupun dalam tempoh masa harga minyak sawit adalah rendah ataupun harga baja meningkat. Jika pembajaan dihentikan semasa harga minyak sawit dan baja kurang menyenangkan, pengusaha tanaman akan menghadapi kurang hasil apabila harga minyak sawit meningkat.

Magnesium dan Kalsium (Mg dan Ca)

Kebiasaan tanah gambut tiada kekurangan nutrien magnesium dan kalsium. Oleh itu bekalan 2 – 3kg batu kapur untuk 2 – 3 tahun pertama selepas ditanam dianggap dos yang sesuai. Penambahan selanjutnya adalah bergantung kepada keadaan. Penaburan batu kapur secara berlebihan akan menyekat penyerapan nutrien surih. Untuk meneutralkan kemasaman tanah, penaburan abu buah tandan kosong kelihatan lebih baik. Dos batu kapu boleh dikurangkan malah dihentikan sama sekali. Pihak MPOB juga berhati-hati dalam pengursan nutrien ini supaya tidak mendatangkan kesan negatif. Mohd Tayeb Dolmat pernah melaporkan bahawa aplikasi batu kapur mengganggu pengeluaran hasil sawit sehingga kutipan hasil tahun keenam khasnya bahan ini akan menyekat penyerapan kalium, kuprum dan zink oleh tanaman. Abu buah tandan kosong sebaliknya tidak memberi kesan negatif seumpama ini. Sungguhpun baja magnesium kelihatan tidak diperlukan untuk tanah gambut, namun sekiranya berlaku gejala kekurangan magnesium terutama semasa penaburan kalium pada dos yang tinggi mengakibatkan kejadian gejala kekurangan magnesium, inilah masa untuk menokok tambah nutrien ini bagi membetulkan keadaan kekurangan.

Nutrien Surih (TE)

Tanah gambut lemah dalam kandungan kuprum dan zink. Gejala penyakit mid-crown chlorosis dan peat yellow sudah terbukti berkait rapat dengan kekurangan kedua-dua nutrien ini. Maka itu, pengusaha tanaman dicadang supaya menabur copper sulphate 15g ke dalam lubang tanaman semasa menanam diikuti oleh 200g/pokok ditabur di sekeliling pokok. pokok. Penokokan selanjutnya adalah bergantung kepada analisis kandungan nutrien dalam daun. Zink sulphate juga ditabur pada masa dan dos yang sama. Untuk membetulkan gejala penyakit peat yellow, dicadangkan menyembur bahan ini mengikut kepekatan 1,000 3,000ppm sebanyak 2 pusingan/tahun akan memberi kesan yang baik.

Baja dan Penyakit Ganoderma

Tanah gambut tetap berisiko penyakit Ganoderma. Bekalan baja ke dalam jenis tanah ini berhubung rapat dengan kejadian tersebut khasnya N dan P didapati meningkatkan kadar jangkitan manakala K pula mengurangkan kadar jangkitan khususnya apabila abu buah tandan kosong ditabur pada dos 9.6kg/pokok/tahun. MOP juga memberi kesan positif yang serupa.

 

Sumber maklumat :

Mohd Tayeb Dolmat, Technologies in Planting Oil Palm on Peat, MPOB, 2005, pp. 46-53.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Sila kongsi kepada kawan :