You are currently viewing Perihal Pembungaan Pokok durian

Perihal Pembungaan Pokok durian

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Selepas musim kutipan hasil, daun tua pokok durian biasanya akan gugur dan digantikan dengan daun baru. Kebiasaan setiap tahun pokok durian akan mengeluakan pucuk daun baru sebanyak 2 – 5 kali. Permukaan daun durian berkilat dan di bawah tiupan angin menampilkan kilauan yang mempesonakan. Baka durian dapat dibezakan melalui corak dan bentuk daun yang belainan di antara satu sama lain.

Bunga akan tumbuh di atas dahan pokok kerana dahan dapat menampung keberatan yang lebih tinggi. Satu tandan bunga mengandungi 20 – 30 kuntum bunga. Kuntum bunga ini mengambil masa satu bulan baru boleh mekar. Bunga lazimnya berwarna kuning, merah atau putih dan warna bungalah yang menentukan warna isi durian.

Kebanyakan bunga durian tidak boleh didebungakan secara sendiri (self – pollination) dengan erti kata lain bunga sesama baka tidak dapat didebungakan. Inilah sifat semula jadi bagi tumbuhan ini. Menurut satu kajian yang dijalankan di Jerantut, Pahang, pokok durian hanya berbunga apabila musim kering berlanjut selama 18 hari serta dengan taburan hujan kurang daripada 1mm/hari (jika hari ingin berhujan juga). Tunas bunga mula muncul selepas 8 hari kering dan mekar pada 8 minggu kemudian. 90 120 hari kemudian, buah akan matang mengikut baka. Semua buah akan habis gugur dalam masa 30 – 35 hari. Seminggu sebelum buah matang, sekiranya hari berhujan ataupun hari berhujan dalam musim pungutan hasil, sebahagian buah akan menunjukkan isi separa masak.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Di Thailand, bunga durian muncul selepas 7 – 14 hari kering serta diiringi oleh suhu udara 20°C – 22°C dan kelembapan udara 50 60%. Di Australia, beberapa hari bersuhu yang rendah daripada 15°C akan merangsang bunga durian terbit 1 – 2 minggu kemudian dan mekar pada 4 – 6 minggu selepas itu. Suhu udara di antara 15°C – 25°C biasanya akan melanjutkan tempoh bunga berkembang selama 2 – 3 bulan kemudian buah masak 110 130 hari selepas itu. Bunga juga boleh dirangsang berkembang lebih awal melalui penyungkupan tanah bagi mencipta hari kering sebagai syarat pengeluaran bunga durian. Penggunaan penyelaras tumbuhan dalam bentuk cecair juga mampu memupuk pengeluaran bunga lebih awal.

Bunga betina dan debunga durian pada pokok yang sama atau baka yang sama walaupun mungkin muncul serentak, tetapi kadar kejayaan pendebungaan amat rendah. Umpamanya, baka durian Chanee dan Kanyao walaupun boleh didebungakan sesama baka tetapi kadar kejayaan amat rendah mencacatkan 0 – 6% bagi Chanee dan 21% bagi Kanyao. Jika pendebungaan silang secara manual dijalankan, kadar kejayaan meningkat kepada 30 64% bgi Chanee dan 87 – 90% bagi Kanyao. Pendebungaan silang selain membawa kepada kadar kejayaan pendebungaan yang lebih tinggi, kualiti isi dan bentuk buah juga lebih canggih.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Sila kongsi kepada kawan :