Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Musim durian telah pun kembali dan ramai yang ingin membelinya. Pelbagai jenis buah durian terdapat di pasaran dengan rasa yang berbeza untuk dinikmati begitu dengan harganya yang berbeza mengikut gred. Banyak durian kahwin atau kacuk menghasilkan buah durian yang lebih besar, isi yang lebih besar dengan kulit yang nipis, rasa yang lebih pahit, manis dan lemak untuk dicuba. Tapi tahukah anda akan perbezaan jenis-jenis buah ini?
Durian D24
Isi durian kacuk atau kahwin biasanya tebal dan kulitnya nipis. Warnanya kilat kekuningan dan rasanya yang lemak, pahit dan manis. Kalau durian begini makan sebiji pun sudah puas hati banding makan durian kampung biasa beberapa biji. Jadi mari kita kenal jenis-jenis durian yang ada di pasaran ketika ini dengan lebih lanjut.
Durian D200
Durian duri hitam atau kodnya D200 dikatakan durian yang paling mahal di pasaran ketika ini. Harganya boleh mencecah RM80/kg atau dalam RM160 sebiji. Ciri-ciri durian duri hitam ini seperti dinyatakan dalam infografik FAMA di atas. Ciri utamanya adalah lekukan pada bahagian bawah buah.
Durian D197
Seterusnya mengikut ranking adalah durian musang king atau kodnya D197. Nama lama durian ini adalah Raja Kunyit. Ciri-cirinya adalah seperti yang ditunjukkan dalam infografik di atas. Bahagian bawahnya dikatakan menyerupai bentuk tapak sulaiman.
Durian D160
Lepas musang king ada pula durian musang queen atau dipanggil Tekka. Kodnya D160. Bentuknya lonjong, besar di bahagian atas dan kuncup di bawah, duri yang jarang besar dan pendek. Rasanya lemak manis berkrim sedikit pahit dan aromanya yang sederhana. Pasti nak cuba durian Tekka ini.
Durian D175
Seterusnya durian yang agak popular dan sering juga menjadi sebutan ramai iaitu durian udang merah atau lebih dikenali sebagai Ang Hee dikalangan masyarakat Cina. Kodnya adalah D175. Ciri utamanya adalah kulit berwarna hijau keperangan dan menampakkan kelabu keputihan di celah-celah duri. Isinya berwarna kuning kemerahan dan berkilat. Ada yang minat durian jenis ini?
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Durian D24
Durian D24 adalah yang terbaik untuk mereka yang sukakan durian yang berasa pahit. Aromanya juga cukup kuat menusuk hidung menambah lagi rasa kegairahan untuk memakannya. Antara ciri utama durian ini adalah bentuk bahu rata dan bercincin pada bahagian pangkal tangkal. Ini jenis durian yang masih popular di pasaran.
Durian D168
Durian IOI atau nama lainnya mas muar juga mempunyai ramai peminat tersendiri. Bagi mereka yang tidak suka rasa pahit, durian ini sesuai kerana ia tidak terlalu pahit seperti durian D24. Kodnya diberi D168. Ciri-ciri buah ini mempunyai duri yang rapat, halus dan sederhana panjang.
Durian D158
Durian tangkai panjang ni boleh dikatakan jarang-jarang ada. Ciri-ciri yang jelas adalah pada tangkainya yang panjang. Buah ini mempunyai biji yang agak besar. Kat mana nak dapatkan durian ini ya?
Durian D13
Akhir sekali adalah durian golden bun atau kodnya D13. Durian jenis ini agar jarang juga didapati di pasaran namun ianya ada. Kulitnya berwarna hijaun tua dan buahnya sederhana besar.
Jadi yang mana lebih menjadi pilihan anda? Semuanya rasa sedap dan warna isi yang cantik. Jika bajet menjadi kerisauan, D24 adalah yang terbaik dengan rasa yang padu dan harga yang tidaklah terlalu mahal. Selamat mencuba.
Sumber maklumat :
Azizulwmc.com, 5/7/2020.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350