You are currently viewing Durian Thailand Semakin Berdepan Saingan Di Negara China

Durian Thailand Semakin Berdepan Saingan Di Negara China

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Pengeksport durian Thailand harus mula membuat pelarasan kerana persaingan sengit pasti akan mengurangkan pasaran mereka di China mulai 2025.

Sebuah Pusat Penyelidikan di Thailand memberi amaran pada hari Jumaat bahawa penanaman durian yang berjaya di China dan pengembangan pesaing lain akan mengurangkan pasaran Thailand di China daripada 95.9 peratus pada 2021 kepada 90.4 peratus pada 2025 dan 88.1 peratus pada 2030.

“Walaupun pasaran pesaing masih lebih rendah daripada Thailand, ia berkemungkinan akan mula melonjak,” kata firma penyelidikan itu.

Laporan itu menunjukkan bahawa pasaran Malaysia di China telah berkembang sejak 2016 ekoran varieti Musang Kingnya semakin popular. la berkata pengguna China mula menggemari rasa varieti ini walaupun ia empat kali lebih mahal daripada durian Thai.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

la menambah bahawa China membuka pasaran duriannya terhadap Vietnam juga akan mewujudkan kemerosotan dalam pasaran Thailand di negara itu.

Bagaimanapun, ia berkata kejayaan China dalam mengusahakan durian tidak akan memberi kesan jangka pendek kepada eksport Thailand kerana hasil tuaian tidak cukup besar. la menjangkakan China akan menuai 150 hingga 250 tan jenis Musang King dan Duri Hitam bulan ini, menyumbang hanya 0.3 peratus daripada eksport durian Thailand.

Bagaimanapun, laporan itu berkata, produktiviti durian China dijangka meningkat sehingga 20 peratus setiap tahun antara 2024 dan 2030.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com