You are currently viewing Teknologi Baru Air Buangan Kilang Sawit Dari MPOB

Teknologi Baru Air Buangan Kilang Sawit Dari MPOB

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Masalah pencemaran air buangan minyak sawit (POME) kini diselesaikan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) setelah lembaga itu memperkenalkan satu teknologi baru dan berjaya menyelesaikan isu kumbahan minyak kelapa sawit.

MPOB telah bekerjasama untuk membina sistem rawatan efluen kelapa sawit (POME) dan rancangan ini telah dijalankan di kilang milik IOI Group di Kluang, Johor.

Ketua Kumpulan Penyelidikan MPOB, Ts. Dr. Nahrul Hayawin Zainal berkata, hasil daripada pembinaan teknologi secara komersial yang dijalankan oleh kedua-dua pihak telah menghasilkan air efluen sawit yang berkualiti dan memenuhi standard yang diperlukan oleh Jabatan Kualiti Alam Sekitar (JAS).

“Air yang telah dirawat ini tidak perlu dilepaskan ke sungai. Air ini boleh digunakan semula untuk proses di kilang ataupun boleh membasuh semula sistem arang teraktif kita,” katanya ketika ditemui pada Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa MPOB yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.

Jelasnya, projek itu telah bermula sejak 2008 tetapi MPOB baru sahaja mengaplikasikan kepada rawatan efluen kelapa sawit di mana kajian telah dibuat pada tahun 2015.

“Projek ini dimulakan selepas mendengar cadangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mengetatkan lagi undang-undang pelepasan air terutamanya dari segi warna air,” ujarnya.

Ts. Dr. Nahrul Hayawin berkata, kaedah rawatan POME dengan menggunakan arang teraktif ini adalah sangat mesra alam dan tiada bahan kimia digunakan semasa proses rawatan.

Menurutnya, teknologi itu menggunakan bahan sumber daripada biojisim sawit iaitu tempurung kelapa sawit yang telah diaktifkan supaya dapat merawat efluen kilang sawit.

“Tempurung kelapa sawit juga mempunyai karbon tinggi dan kandungan abu yang rendah yang menunjukkan ciri-ciri yang sesuai untuk digunakan sebagai bahan suapan bagi penghasilan karbon teraktif,” ujarnya.

Sementara itu, MPOB turut bekerjasama dengan Fusionex International Malaysia memperkenalkan revolusi pintar kilang minyak sawit pertama di dunia yang memanfaatkan kuasa kecerdasan buatan (AI), Internet Perkara (IoT), dan teknologi Industri 4.0 untuk mengoptimumkan pengeluaran minyak sawit yang mampan.

Naib Presiden Kanan syarikat itu, Jacob Isaac berkata, ia adalah satu langkah strategik ke arah menerima rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

“Mampan dalam erti kata lain, kita mencipta sifar sisa. Kami menggunakan semula apa sahaja produk sampingan yang keluar dan kami merawatnya supaya tiada pencemaran alam sekitar.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Simple Farm Sdn Bhd
Tel : 011-10709708 / 012-7699702
E-mail : mrbanana@simple-farm.com

Website: www.mrbanana.com.my

“Teknologi juga boleh membantu pengurangan pelepasan karbon, meningkatkan kecekapan pengekstrakan minyak, mengurangkan terlalu bergantung pada buruh manual dan membolehkan pemantauan masa nyata dan kawalan parameter pengilangan” katanya.

Beliau memberitahu, projek itu telah dijalankan di Keratong, Pahang tetapi masih di peringkat awal namun dijangka siap pada bulan September tahun hadapan.

“Pengilang kelapa sawit konvensional kebiasaannya menghadapi banyak masalah untuk melepaskan air buangan ke sungai sehingga mencemarkan sungai.

“Jadi, apa yang kami lakukan adalah merawat air sisa dan menggunakannya dalam beberapa proses di kilang,” katanya.

Katanya, sejak 10 tahun lalu, Fusionex telah dijemput oleh pemain industri kerana mereka mempunyai teknologi dan kepakaran dalam pengilangan pam minyak.

“Oleh itu, kami bersama beberapa perunding dan jurutera membentuk beberapa jalan penyelesaian” ujarnya.

Katanya, melalui projek perintis itu, ia bukan sahaja menggalakkan pertumbuhan ekonomi tetapi juga melindungi alam sekitar dan memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya.

“Kami cuba mengubah konsep bahawa pengilangan pintar adalah sesuatu yang inovatif dengan menggunakan teknologi yang sangat canggih yang mana anak-anak muda akan menyukainya.

 

Sumber maklumat :

Utusan Malaysia, 22/11/23

 

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Sila kongsi kepada kawan :