You are currently viewing Guna Penuh Ciri Optimum Di Malaysia Dan Merancakkan Aspirasi Penanaman Durian

Guna Penuh Ciri Optimum Di Malaysia Dan Merancakkan Aspirasi Penanaman Durian

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Ketua Pengarah Jabatan Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia Datuk Zahimi Hassan berkata tidak lama lalu bahawa hasil durian pada tahun 2020 mencatatkan 390,635 tan merangkumi jumlah keluasan 76,89 hektar. Nilai eksport mencapai RM 145 juta. Dianggar pada tahun 2025, hasil durian dalam negara akan meningkat kepada 493,397 tan. Pada masa itu, permintaan dunia global terhadap durian akan mencecah USD30 bilion atau bersamaan RM 132 bilion. Setakat ini, durian Malaysia telah dieksport ke China, Taiwan, Korea, Australia, New Zealand, USA dan lain-lain lagi.

Ketua Pengarah MARDI Datuk Mohamad Zabawi Abdul Ghani pula berkata, pekebun dari Malaysia tidak harus berkhuatir terhadap pengeluaran durian oleh Pulau Hainan di negara China. Setakat 2,000 hektar dengan hasil 2,450 tan sahaja sebenarnya tidak dapat menampung permintaan rakyat China. Mereka memerlu 4 – 5 tahun lagi untuk meningkatkan hasil durian.

“Kami sudah ada teknik untuk mengurus tanaman durian, sebaliknya mereka baru belajar. Segala ini memerlukan masa, bukan cakap dan terus boleh dapat.” Katanya. Menurut beliau lagi, berdasarkan statistik yang dibuat oleh satu agensi bahawa 95% rakyat China berpendapat durian Malaysia lebih unggul daripada durian Thailand.

Selain itu, seorang pakar durian bernama Lim menyebut di satu ceramah bahawa Malaysia berpotensi besar memperluaskan tanaman durian serta meningkatkan hasilnya memandangkan syarat cuaca dan tanah di Malaysia sangat optimum untuk tanaman durian. Katanya, 90% pelabur ke bidang pertanian pernah memikirkan agenda durian dalam kepala mereka. Tambahan, pekebun durian di Malaysia secara umumnya tahu akan teknik memangkas, pengurusan perosak dan penyakit, penjarangan putik buah serta mengawal pemucukan baru di peringkat permulaan pengeluaran buah supaya buah tidak gugur secara pra-matang.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Katanya lagi, pokok durian mula berbuah selepas 4 – 6 tahun ditanam. 3 4 tahun kemudian pengeluaran hasil baru mencapai peringkat lebih memuaskan. Namun bukan semua ladang mencapai ke tahap ini. Ada ladang berakhir dengan kegagalan. Pada hakikat, pokok durian lebih cerewet daripada kebanyakan pokok buah-buahan atau tanaman industri seperti sawit. la mempunyai keperluan air dan nutrien yang khusus supaya memperolehi cita rasa yang diingini dalam buah.

“Banyak cita rasa ada dalam buah durian, kekurangan salah satu akan menjerumuskan kualitinya ke gred B. Penilaian durian hendaklah mengambil kira tekstur isi sama ada halus, kering atau berair, bagaimana pula dengan perisa krimnya, kelekitannya, keharuman serta kemanisan. Malah sesetengah juga membawa bau buah-buahan, kepahitan atau bau alkohol. Oleh yang demikian, tidak mudah untuk menghasilkan durian berperisa 100% sempurna.

“Setakat ini sudah ada pekebun memiliki teknik untuk menghasilkan durian sama ada berkulit tebal atau nipis, atau menjadikan isi buah lebih manis serta lebih berkrim. Kesemua teknik ini perlu ditangani dalam penanaman durian khasnya oleh kerana pengguna kini kehendak yang lebih tinggi terhadap cita rasa buah durian.” Katanya.

Beliau akhirnya menyaran supaya kerajaan menubuh Lembaga Durian di Malaysia agar industri ini dapat berkembang dengan lebih baik. Industri durian semakin besar potensinya di peringkat global dan Malaysia adalah hub penting dalam pengeluaran serta juga hub penting dalam menyediakan kualiti durian tertinggi di dunia. Dengan ini berharap faktor-faktor yang baik-baik belaka ini akan memacu industri durian ke suatu tahap yang bakal menunjangi sektor ekonomi negara.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sila kongsi kepada kawan :