You are currently viewing Belimbing Buluh Sesuai Dijadikan Lauk Serta Berfungsi Perubatan : Adakah Ini Potensi Komersialnya?

Belimbing Buluh Sesuai Dijadikan Lauk Serta Berfungsi Perubatan : Adakah Ini Potensi Komersialnya?

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Belimbing buluh (Averrhoa belimbi) sama famili dan genus dengan belimbing besi atau lebih dikenali sebagai belimbing manis (Averrhoa carambola L.) justeru memiliki pertalian paling rapat dengannya. Buah nadir ini agak popular di kalangan penduduk Malaysia, Thailand dan Singapura. Di India, tumbuhan ini wujud di dusun mereka yang biasanya tumbuh dengan sendiri tanpa ditanami. Justeru itu, belimbing buluh agak sukar dijumpai melainkan di tempat berasalnya yang dipercayai di Malaysia dan Indonesia.

Belimbi adalah perkataan India, kini telah menjadi perkataan popular bagi tanaman ini. Dilihat dari segi luaran buah ini, ia agak berbeza dengan belimbing manis khasnya corak pembuahan di atas pokok serta kegunaannya. Namun begitu, anak benih kedua-dua pokok belimbing ini agak serupa dan sukar dibezakan antara satu sama lain.

Ketinggian pokok belimbing buluh di kawasan tropika boleh mencapai 35 kaki tetapi di kawasan sub-tropika, ketinggian pokok biasanya di antara 15 – 20 kaki. Bunganya kecil, beraroma, berwarna sama ada hijau kuning atau ungu gelap akan tumbuh terus daripada dahan utama serta cabang-cabang. Buahnya masam serta mengandungi biji benih. Kulit buah adalah licin serta berkilau tetapi nipis. Apabila masak, buah menukar dari warna hijau ke warna kuning cetek. Buahnya berjus tetapi masam belaka. Pokok belimbing buluh yang matang biasanya berhasil tinggi sehingga mengeluarkan ratusan buah di atas pokok. Mengikut sumber, tumbuhan ini kelihatan tiada spesies lain tetapi menurut laporan, di Filipina terdapat satu spesies belimbing buluh yang dikatakan manis.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Di Costa Rica, buah belimbing buluh digunakan dalam lauk dan dimakan bersama nasi, ikan atau sayuran. Di negara-negara Asia, buahnya sering dimasak dalam kari atau dijadikan jem. Kandungan vitamin C di dalam buah ini adalah tinggi justeru sesuai dijadikan minuman berkhasiat. Tambahan, buahnya juga boleh dikeringkan dan dijeruk menjadi makanan ringan yang sedap.

Dari segi fungsi perubatan, daun pokok belimbing buluh dapat menghilangkan gatal-gatal, lebam, sakit lutut serta penyakit kulit tertentu. Gigitan dari makhluk bertoksik juga menggunakannya untuk tujuan rawatan. Selain itu, daun yang direndam dalam air kononnya bermanfaat terhadap wanita yang baru lepas beranak atau untuk merawat demam dan batuk. Orang melayu menggunakannya sebagai ubat mata yang cekap.

Kelebihan tanaman belimbing buluh ialah ia senang hidup serta hanya memerlukan pengurusan minimum. Cara pengurusan tanaman ini serupa dengan belimbing manis, serta tanaman ini hampir tiada serangan serangga perosak. Ada penggemar tanaman pasu menanam belimbing buluh dan memangkasnya selalu, berjaya menjadikannya tanaman pasu yang molek.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sila kongsi kepada kawan :