You are currently viewing Jom! Ke arah Pertanian Organik

Jom! Ke arah Pertanian Organik

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Pertanian organik di Malaysia bermula agak lewat yang mana ladang organik pertama daripada usaha Pusat Persekitaran, Teknologi dan Pembangunan, Malaysia (CETDEM) bermula pada tahun 1986 dengan keluasan satu ekar di Sungai Buloh, Selangor. Senario ini tidak jauh berbeza dari arus perkembangan sektor tersebut di peringkat global iaitu pergerakan pertanian organik sebenarnya hanya mengumpul momentum pada tahun 1960-an dan 1970-an apabila munculnya gerakan persekitaran global yang prihatin terhadap degradasi persekitaran disebabkan oeh hakisan tanah, pencemaran air bawah tanah, penggunaan racun perosak dan pengurangan penggunaan sumber tenaga semula jadi.

Selanjutnya, keluasan pertanian organik di Malaysia meningkat kepada 131 hektar pada tahun 2000 kemudian 600 hektar pada tahun 2012 merangkumi 0.01% sahaja daripada keseluruhan kawasan pertanian negara. Senario terkini ini dapat juga dibayangkan melalui munculnya kebun organik berskala antara 13 hektar di Cameron Highlands, Pulau Pinang, Gopeng, Semenyih, Raub dan Kelantan dengan pengeluaran produk organik segar dan diproses.

Terdapat juga ladang organik yang telah diuruskan menurut konsep agro-pelancongan dan ini merupakan satu pendekatan menggalakkan terutama dalam meningkatkan kesedaran kalayak ramai terhadap pertanian organik. Sesungguhnya, perkembangan di sektor ini sepanjang masa ini dibelenggui oleh kekurangan pengetahuan orang ramai terhadap konsep organik. Lantaran itu ia mengakibatkan penggunaan input pertanian serta cara yang bukan digolongkan dalam kaedah pertanian organik sepenuhnya.

Menurut CODEX Alimentarius Commission iaitu program bersama bagi piawaian makanan FAO/WHO dan merupakan badan yang menetapkan piawaian makanan antarabangsa bahawa, pertanian organik didefinasikan sebagai satu sistem pengurusan pengeluaran ekologi yang menggalakkan dan meningkatkan biodiversiti, kitaran biologi dan aktiviti biologi tanah. Ia bersandarkan penggunaan minimum input luar ladang dan amalan pengurusan yang memulihkan, mengekalkan dan meningkatkan keharmonian ekologi.

Justeru itu, penggunaan agen sintetik atau bahan kimia pertanaian adalah tidak dibenarkan. Kesuburan tanah, kualiti dan kelestarian dicapai melalui penanaman kekacang, baja hijau atau tanaman berakar panjang dalam program kitaran yang sesuai, sesuai, dan melalui penggabungan bahan-bahan organik seperti tinja ternakan. Melalui pemilihan varieti dan tanaman yang dilakukan secara teliti, pusingan tananamn yang bersesuaian, kerja mekanikal tanah serta kaedah lain, masalah serangan perosak dan rumpai dapat dikurangkan (FAO/WHO 2001).

  

Definsi dan penghuraian konsep pertanian organik justeru itu merangkumi spekstrum yang luas. Dari segi pelaksanaan, walaupun ia boleh berbeza mengikut keadaan pertanian setempat, namun ia tetap mempunyai satu persamaan umum iaitu penolakan penggunaan racun perosak dan juga baja kimia.

Lantaran itu, ia membangkitkan cabaran agak besar kepada pengusaha tanaman komersial yang sering menghadapi ancaman perosak serangga, penyakit tanaman ataupun haiwan malahan serangan rumpai. Sungguhpun demikian, melalui penerapan kaedah penggendal- ian yang betul serta kegigihan hati, pertanian organik masih mampu diteruskan ke tahap lebih tinggi lagi pada masa akan datang melalui pen- emuan kaedah baru serta input pertanian yang mesra alam ekoran penggunaan rumusan berasaskan bukan-kimia.

Pelbagai produk pertanian organik telah diban- gunkan termasuk produk segar seperti sayuran, buah-buahan, produk tenusu, daging, sosej, roti dn kek, herba dan jus, produk kering seperti bijirin, kekacang, buah kering, pasta, minyak, rempah, minuman, teh, koko, herba kering dan produk konfeksi, dan produk yang diproses seperti makanan bayi, sos tomato, sayuran dan makanan sejuk beku, akhirnya produk bukan makanan seperti kosmetik, peru- batan, minyak pati, bahan pencuci rumah, pakaian dan kasut.

Pelaksanaan pertanian organik komersial hen- daklah dimulakan dengan membuta bererapa pertimbangan wajar. Umpamanya pemilihan tapak amat penting dan ia disarankan pada kawasan luar bandar atau pinggir hutan yang mana ia bebas daripada pencemaran udara dan air di samping kawasan seperti ini lebih kaya dengan biodiversiti daripada hutan berhampiran seperti kehadiran agen pende- bunga banyak.

Memandangkan pertanian organik mengutamakan aspek mesra alam dan ekologi, maka tapak seumpama ini tentu lebih sesuai untuk dibangunakan untuk tujuan pertanian organik kerana kesuburan tanah dan biodiversiti yang lebih tinggi. Bagaimanapun, ini tidak bermaksud kawasan berdekatan bandar tidak sesuai langsung selagi tempat tersebut tetap mempunyai sumber air yang bersih, tanah kurang tercemar tercemar ataupun mempunyai tempat pemasaran produk yang strategik tetap boleh dipertimbangkan. Dalam keadaan ini, zon penampan amat penting iaitu penggunaan pokok buah-buahan umpamanya, sebagai penampan akan dapat menarik kedatangan burung dan kelawar seterusnya mengawal serangga di ladang organik.

Dalam perkara ini, penampan lain yang harus digalakkan seperti pokok Sesbania yang mampu mengikat nitrogen daripada udara dan kandungan daunnya juga kaya dengan elemen ini selanjutnya baik untuk sungkupan dan kompos. Ia juga dapat menarik kedatangan burung dan serangga. Serai wangi digunakan sebagai tumbuhan penghalau serangga dan juga boleh bertindak sebagai penampan yang mana ia memainkan peranan menguatkan tanah supaya mengurangkan kadar hakisan tanah, kehilangan nutrien dan bahan organik tanah.

Sehubungan itu, penampan ‘bukan hidup’ seperti pagar batu-batan, kepingan zink malahan plastik juga boleh digunakan dalam pertanian organik dan ia akan meningkatkan kesan biodiversiti sekiranya dihiasi dengan tumbuhan menjalar bagi menarik kedatangan serangga. Umpamanya kacang botor adalah satu pilihan yang baik. Panampan lain termasuk juga pokok pisang, ubi kayu dan banyak lagi iaitu merangkumi segala tumbuhan yang tidak mendatangkan kesan negatif terhadap tanaman di ladang organik

Bagi kawasan pertanian konvesional, ia juga boleh diiktirafkan sebagai kawasan sayuran organik selagi syarat tempoh 12 bulan pelan peralihan diikuti sebagaimana ditetapkan oleh Piawaian Malaysian (SIRIM 2001) dan piawaian organik lain (IFOAM 2000) iaitu piawaian keperluan organik dipatuhi sekurang-kurangnya 12 bulan. Dalam tempoh masa peralihan ini, pengeluaran hasil pertanian mesti mengikut kaedah organik sepenuhnya tetapi hasil itu hanya boleh diakui sebagai produk organik selepas tamat tempoh peralihan. Hasil pertanian yang dikeluarkan dalam tempoh masa ini bagaimanapun boleh dilabelkan sebagai ‘peralihan kepada organik’.

Berhubung dengan pertanian organik, aspek lain yang perlu diketahui ialah sifat tanah pertanian yang akan digunakan untuk pengusahaan tersebut. Dalam keadaan ini penggunaan input pertanian serta kaedah penggendalian yang lain adalah cukup penting dan ia akan dihuraikan dalam keluaran majalah ini selanjutnya.

 

Sumber maklumat :

Wan Abdullah Wan Yusoff dan Illani Zuraihah Ibrahim (penyunting), Penanaman Sayuran Secara Organik Di Malaysia, MARDI, 2015.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 0082
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Sila kongsi kepada kawan :