Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Tanah gambut (peat soils), walaupun dikategorikan sebagai tanah pinggiran (marginal soil) dan tidak sesuai untuk penanaman kelapa sawit, tetapi ia masih diusahakan secara besar-besaran di sektor penanaman ini terutama di Negeri Sarawak yang mempunyai kawasan tanah gambut yang luas. Keadaan yang sama juga wujud di Indonesia. Gejala ini adalah disebabkan oleh dua faktor, yang pertama ialah tanah pertanian yang sesuai untuk penanaman telah hampir habis diterokai, apatah lagi tanaman kelapa sawit yang amnya memerlukan kawasan penanaman yang besar. Faktor kedua ialah kawasan tanah gambut biasanya menghampar luas sebagai hutan paya. Maka dengan itu, setelah hutan dara tersebut dibersihkan, ia muncul sebagai kawasan lapang yang lebih sesuai untuk tanaman kelapa sawit kerana keluasan yang sangat besar.
Memandangkan pokok kelapa sawit pada asasnya merupakan sejenis tumbuhan liar yang hidup di hutan tropika, berhampiran tanah paya dan sebagainya, lantaran itu, ia boleh hidup di bawah suasana yang rumit selagi memperolehi nutrien, bekalan air dan pancaran matahari yang mencukupi. Dalam keadaan ini, maka kawasan tanah gambut setelah ditambah baik strukturnya serta pembekalan nutrien yang munasabah, ia muncul sebagai tanah yang sesuai juga untuk penanaman kelapa sawit dan berupaya memberi hasil buah tandan segar yang baik kepada pengusaha.
Dengan teknologi pengubahsuaian tanah gambut yang sedia ada, pembangunan tanah bagi penanaman kelapa sawit telah dapat diusahakan. Biarpun begitu, pengusahaan tersebut memerlukan kos yang tinggi, dengan itu, ia harus dijalankan secara besar-besaran supaya memperolehi kessn ekonomi berskala. Maka tidak hairanlah kebanyakan pengusaha ladang tanah gambut terdiri daripada syarikat perladangan yang besar. Perkara yang penting dalam pembangunan tanah gambut meliputi penanganan masalah paras air, ketidakstabilan tanah serta pembinaan landasan pengangkutan buah tandan segar. Mengenai sifat kmia tanah gambut yang kurang memadai untuk tanaman kelapa sawit, ia mudah untuk diselesaikan, iaitu mengadakan program pembajaan yang baik bagi memulih dan mengekalkan kesuburannya.
Tanah gambut mengandungi tahap nutrien yang rendah, terutama kandungan fosfat (P), kalium (K), kuprum (Cu) dan zink (Zn) amnya adalah tidak mencukupi untuk menyara keperluan nutrien tanaman di situ. Daripada penyelidikan dan kajian yang dijalankan, keperluan nutrien yang diperlukan oleh kelapa sawit di tanah gambut sebenarnya telah disimpulkan. Kerja menambah baik tahap nutrien tanah gambut harus bermula di peringkat awal lagi, iaitu semasa memindah tanam semaian besar di ladang. Sebelum semaian besar kelapa sawit dipindah tanam, sebanayak 250 g batu fosfat (rock phosphate), 15 gram kuprum sulfat (copper sulphate) dan 15 gram zink sulfat (zinc sulphate) harus ditaburkan ke dalam lubang tanaman yang disediakan.
Nutrien sedia ada dalam tanah gambut adalah berkaitan dengan kedalaman lapisan gambut. Umumnya, lapisan tanah gambut yang mendalam mempunyai tahap nutrien yang lebih rendah. Di samping itu, tanah gambut mempunyai kadar larut resap dan penetapan nutrien nitrogen yang lebih tinggi dalam bahan organik. Hal ini menybabkan kadar kehilangan nutrien yang lebih tinggi serta pengambilan nitrogen yang lebih rendah oleh tanaman. Nisbah C: N (C:N ratio) tanah gambut adalah tinggi dan boleh mencapai nisbah 40: 1 serta mempunyai tanah yang sangat masam, selanjutnya melambatkan proses mineralisasi yang akan mengurangkan rembesan nitrogen daripadanya.
Kelemahan semula jadi tanah gambut ini boleh diperbaiki dengan memperbaiki sistem saliran serta penaburan nitrogen bukan organik dengan lebih awal supaya mengurangkan nisbah C: N. Nisbah ini setelah dikurangkan, boleh mempercepatkan proses pereputan bahan organik dan proses mineralisasi. mineralisasi. Dengan bertambah baik kedua-dua proses ini, maka rembesan nitrogen akan akan meningkat dan memanfaatkan tanaman.
Dalam pada itu, banyak bahan organik dalam tanah gambut akan menambahkan ion positif nitrogen dan menyebabkan peningkatan keupayaan buffering. Hal sedemikian pula akan menyekat dan menurunkan kesan penggunaan batu kapur yang diterapkan untuk tujuan mengurangkan kemasaman tanah.
Keperluan Nitrogen
Menurut sumber, dalam tiga tahun pertama, setiap pokok kelapa sawit yang ditanam di tanah gambut dianggar memerlukan 0.2 – 0.5 kg nitrogen setahun. Ini bersamaan dengan 0.4 – 1.0 kg urea/ pokok/ tahun. Mulai tahun keempat, keperluan nitrogen tersebut akan meningkat kepada kira-kira 1.0 kg/ pokok/ tahun atau setara dengan 2.2 kg urea/ pokok/ tahun. Terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa keperluan nitrogen oleh pokok muda kelapa sawit adalah lebih tinggi dan kemudian menurun menurut kematangan pokok serta akan menyekat penghasilan buah sawit.
Namun begitu, satu kajian berkenaan yang dijalankan di Sumatera Utara menunjukkan bahawa di ladang kelapa sawit berlapisan gambut yang mendalam, setelah meletakkan 1.0 – 1.5 kg urea/ pokok / tahun selama lima tahun berturut-turut, tidak kelihatan pula petanda yang menunjuk keperluan nitrogen telah merosot menurut usia pokok.
Keperluan Fosfat (P)
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Penggunaan fosfat berlebihan akan menyekat penghasilan buah sawit serta mempengaruhi kesan pengambilan nutrien zink dan kuprum oleh tanaman. Oleh itu, dicadangkan pada tiga tahun pertama menggunakan 0.2 kg P2O5 atau 0.6 kg CIRP/ pokok / tahun. Mulai tahun keempat, kadar penggunaan meningkat kepada 0.4 0.6 kg P2O5 atau 1.2 1.8 kg CIRP/ pokok/ tahun. Sehubungan itu, kadar 0.5 kg abu fosfat/ pokok/ tahun pula adalah mencukupi untuk mengekalkan tahap fosfat daun.
Terdapat tanggapan bahawa jumlah penggunaan fosfat CIRP terhadap pokok kelapa sawit matang di tanah gambut tidak harus melebihi 1.25kg/ pokok/ tahun. Nampaknya penggunaan fosfat harus dijalankan secara munasabah bagi mendapat hasil buah sawit yang baik.
Keperluan Kalium (K)
Tanah gambut boleh dikatakan sangat kekurangan kalium. Dalam penanaman tiga tahun yang pertama adalah dicadangkan mengguna 1.5 kg K2O atau 2.5 kg MOP/ pokok/ tahun. Bermula dari tahun keempat, dos boleh ditingkatkan kepada 2.0 hingga 2.5 kg K2O atau 3.3 – 4.2 kg MOP/ pokok/ tahun. Serbuk buah tandan yang mengandungi 30% – 40% K2O dan 4% P2O5 serta mempunyai beberapa unsur surih di dalamnya, ditambah dengan nilai pH tinggi antara 11 – 12, selain boleh meneutralkan tanah gambut yang masam, ia juga meningkatkan proses mineralisasi bahan organik, menjadikannya salah satu sumber kalium yang terpilih. Dalam pada itu, kajian daripada MPOB telah menunjukkan tindak balas keperluan MOP oleh pokok matang kelapa sawit di tanah gambut adalah sehingga 6 kg/pokok/tahun manakala bagi abu buah tandan adalah sebanyak 9.6 kg/pokok/tahun.
Kajian di Sumatera Utara menunjukkan bahawa pada tanah gambut lama yang berstruktur mendalam serta penghasilan melebihi 30 tan/ hektar, penggunaan MOP yang ideal adalah 6kg/ pokok/tahun. Tetapi bagi tanah gambut muda berstruktur mendalam serta hasil buah sawit di bawah 23 tan/ hektar, MOP sebanyak 3.0 kg/pokok/tahun sudah memadai. Penggunaan yang berlebihan sehingga 4.5 – 6.0 kg/ pokok/ tahun juga tidak meningkatkan hasil. Hal ini mungkin menunjukkan bahawa keperluan kalium mempunyai kaitan dengan penghasilan dan peringkat mineralisasi tanah.
Tahap kalsium dan magnesium dalam tanah gambut pada amnya adalah normal. Oleh itu, ia tidak mempengaruhi pertumbuhan tanaman kelapa sawit. Walaupun demikian, penggunaan kalium yang tinggi mungkin akan mengurangkan tahap magnesium dalam tanah. Oleh itu, tokok tambah unsur magnesium mungkin adalah perlu bagi mengelakkan kejadian kekurangan nutrien tersebut. Namun begitu, unsur magnesium sebaliknya boleh pula menyebabkan keadaan kekurangan kalium.
Penyakit Klorosis Tengah Jemala (mid-crown chlorosis) dan penyakit gambut kuning (peat-yellow) masing-masing merupakan gejala penyakit yang disebabkan oleh kekurangan kuprum dan zink. Baja surih kuprum dan zink harus digunakan seawal mungkin bagi menjauhi daripada risiko kedua-dua penyakit ini. Dengan penaburan 15 gram kuprum sulfat (copper sulphate) dan 15 gram zink sulfat (zink sulphate) ke dalam lubang tanaman diikuti oleh penyerakan 200 gram masing-masing dalam bulatan berukuran 1 meter dari pangkal pokok, kemudian menokok tambah sebanyak 100 – 200 gram/pokok pada akhir tahun pertama dan tahun kedua, adalah amalan yang dicadangkan untuk mencegah jangkitan penyakit tersebut.
Sehubungan itu, tahap mangan (Mn) dan ferum (Fe) dalam tanah gambut amnya tiada kekurangan yang signifikan. Namun begitu, ini tidak bermaksud unsur-unsur tersebut tidak perlu ditokok tambah. Secara amnya, keperluan baja surih oleh pokok kelapa sawit hanya dalam kuantiti yang kecil tetapi pengabaian penggunaan akan pula mendatangkan kesan negatif yang ketara terhadap pertumbuhan pokok dan penghasilan buah sawit.
Rujukan:
Mohd Tayeb Dolmat, Technologies for Planting Oil Palm on Peat, MPOB, 2005.
Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my